Completed
37009
Subject : bab 31
Content: bab 31
Aku duduk termangu di balkoni rumah memandang langit yang gelap tangan kerdipan bintang. Malam itu bintang enggan menonjolkan sinarnya kerana hari hujan. Kerja sekolah sudah lebih awal aku siapkan petang tadi. Redza dan abang Isz pula sibuk bermain psp di ruang tamu. Aku malas nak kacau. Biarlah dua gayboy tu spend time together. Ingat nak tumpang sekaki, tapi aku tak reti nak main game. Aku mengeluarkan telefon ku dari dalam poket seluar. Terpampang wajah Eusoff yang sedang tersenyum lebar tatkala aku membuka album privite di galeri telefon. Macam tak percaya, sekarang hubungan ku dan Eusoff sudah kembali baik walaupun sebagai sahabat tanpa pengetahuan redza. Aku terpaksa berahsia dengan redza. Aku taknak berlaku salah faham di antara kami berdua. Aku menekan butang next yang ada pada skrin telefon. Tipu kalau aku kata setiap senyuman Eusoff di dalam gambar itu tidak membuat hatiku terpaku semula. Aku perlu ingat, Eusoff hanya lah luka lama yang kini menjadi sahabat ku. Hujan semakin lebat diluar dan kesejukan semakin terasa. Aku masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu kaca lutsinar yang memisahkan balkoni dan ruang tamu rumah.
Aku mengambil tempat bersebelahan dengan redza yang masih fokus bermain psp dengan abang Isz. Aku seperti tidak wujud sahaja disini. Aku mengambil keputusan untuk kembali ke bilik sahaja untuk tidur.
Aku berbaring di katil dan mencapai majalah remaja yang tersusun rapi pada rak di sebelah kanan ku. Hemm tak ada cerita menarik. Asyik gosip artis je uwarghhh. No life betul. Fokus ku kembali pada telefon apabila telefon ku memainkan lagu janam-janam. Some is calling me. Aku melihat nama yang terpapar pada skrin. Eusoff? Dia nak apa call aku tengah malam macam ni? Masa hujan pulak tu. Lain macam pulak Eusoff ni.
"Assalamualaikum Eusoff. Kenapa call Niza malam buta cam ni? "
"Niza tolong Eusoff Niza. Eusoff tak tahan dengan sakit ni. Tolong Eusoff sekarang. Eusoff dah tak mampu nak minta bantuan jiran dah ni Niza. " Suara Eusoff meminta tolong dari panggilan telefon menggusarkan aku. Tak mungkin Eusoff bohong. Suara Eusoff menujukkan Eusoff memang sedang menahan sakit dan sudah terlalu lemah. Aku perlu kesana untuk membantu nya. Tapi bagaimana?
"Okay okay. Eusoff tahan sikit. Kejap lagi Niza datang. " ujarku lalu memasukkan telefon ke poket. Aku segera membuka almari pakaian lalu mencapai hoodie jacket berwarna biru gelap lalu turun ke bawah.
Ketika aku turun kebawah dalam keadaan kelam kabut, redza dan abang Isz tercengang.
"Abang pinjam kunci motor sat. "
"Niza nak kemana hujan-hujan
ni ? " soal abang Isz.
"Bagitahu jela mana kunci. Urgent. "
"Ada kat atas meja dekat pintu tu hah. "
" niza nak kemana ? " soal ed pula. Soalan ed aku endah kan sahaja. Aku segera mengambil kunci tersebut lalu keluar meninggalkan rumah. Iszfan dan redza yang tidak senang duduk mengejar Niza menggunakan kereta abang Isz. Mereka berdua terlalu risau dengan kelakuan Niza yang keluar dalam keadaan kelam kabut tanpa sebarang izin.
Hujan lebat yang semakin kuat aku redah sahaja. Rumah ku dan rumah persendirian Eusoff tidak jauh mana. Hanya beberapa lorong sahaja yang memisahkan.
Bertahan Eusoff bertahan. Niza dah nak sampai ni. Bisik hati kecilku.
Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Eusoff, aku memberhentikan motor lalu berlari ke pintu rumah. Bertalu-talu mengetuk pintu rumah namun tiada sahutan. Aku tahu Eusoff ada di dalam. Aku memulas tombol pintu dan ia nya terbuka. Apabila pintu terbuka, Eusoff sudah terbaring kaku menahan sakit di ruang tamu rumahnya.
"Eusoff dah kenapa ni. Eusoff sakit apa. Tolong jangan takutkan Niza. Eusoff dah janji kan tak nak tinggalkan Niza lagi. Kenapa Eusoff boleh pucat ni. "
Tangan Eusoff aku pegang erat. Sejuk. Wajah pucat lesu Eusoff menambahkan rasa bimbang dalam diri aku.
"Eusoff dah tak mampu nak lawan penyakit ucopp lagi. Mungkin dah sampai masa untuk ucopp kembali kepada pencipta. Kalau ucopp mati sekarang pun ucopp tak kisah. As long you are here with me Niza. " ucap Eusoff walaupun keadaan nya terlalu lemah.
"Look. Eusoff kena bertahan. " aku menangis lagi. Aku memeluk erat tubuh Eusoff yang terbaring di pangkuanku.
Nizatul firdausi aszfar!
aku terkejut tatkala namaku diseru oleh satu suara yang aku kenali. Aku menoleh ke muka pintu. itu suara redza dan abang isz turut sama ada disebelahnya.
"ohh like this uhh ? Tak sangka niza sanggup buat macam ni pada ed. Apa kurangny ed pada niza? Am i not mature enough for you babe until niza lebih memilih untuk kembali pada mamat pengecut yang lari pada hari perkahwinan sendiri? " bentak redza sambil menendang pintu.
"Ed salah faham. Tolong dengar penjelasan niza dahulu. " teriak ku. Namun redza lebih memilih untuk pergi dan abang Isz masih berdiri di muka pintu.
"Abang isz kena tolong Eusoff. Niza tahu abang masih marah kat ucopp atas apa yang dia dah buat dulu. But please untuk kali ni je. Tolong bawa Eusoff pergi hospital. Dia tengah tenat ni abang. " rayuku di kaki abang Isz.
"After what have he done on you and Niza still nak tolong dia? Biarkan dia mati. Dah jom balik Niza. " jawab abang Isz.
"Biarkan Eusoff mati? Abang dah lupa ke separuh dari hati dan jiwa Niza ada dalam diri Eusoff. Abang sanggup ke nak tengok separuh dari diri Niza mati? " rayuku lagi.
"Fine. " abang Isz memapah Eusoff untuk dibawa ke hospital.
Di ruang menunggu, aku masih mendiamkan diri berseorangan. Abang Isz dah pergi selepas menghantar aku dan Eusoff ke hospital. Takkan abang Isz sangat benci pada Eusoff? Setiap manusia perlu di beri peluang kedua. Dan Eusoff layak untuk menerima peluang itu. Tidak cukup dengan hal Eusoff yang sedang menanggung sakit yang aku tidak ketahui apa, hal yang berkenaan redza juga semakin menghimpit aku. Kenapa redza tak tunggu dan dengar dahulu penjelasan daripada aku?
Redza tolong lah dengar penjelasan Niza dulu. Ed dah salah faham. Eusoff tu setakat kawan Niza sahaja sekarang. Tak lebih dari tu. Eusoff tengah sakit. Takkan atas sebab sejarah lama, Niza tak boleh bantu dia? Kenapa ed kenapa. Kenapa ed terlalu mencemburui Eusoff sedangkan perasaan cinta Niza dah wujud untuk ed? Takkan ed dah percayakan Niza. Maafkan Niza ed sebab rahsiakan semua benda ni.
Ahhhh. You lied on me Niza. Kenapa perlu Eusoff yang jadi sahabat Niza? Come on babe. You are my wife. Sah lah memang ed akan cemburu. Lebih-lebih lagi Eusoff tu adalah pesaing ed sendiri. Ed tak kisah dan ed taknak ambil tahu lagi. Niza kena buat pilihan di antara ed ataupun Eusoff. You need to choose one of us.
Eddddddddddd
"Wake up miss. "
"I'm sorry. Saya tertidur. Macam mana dengan keadaan Eusoff Hashim? "
"Encik Eusoff dah kami pindahkan ke wad biasa. Cik d ag boleh jumpa dia sekarang. "
"Terima kasih. " ujarku lalu meninggalkan doktor tadi.
Ed, kenapa ed semakin berubah bila benda yang melibatkan Eusoff berlaku di sekeliling ed? Tolonglah buang rasa cemburu dan ego yang ada dalam diri ed tu.
Share this novel