Chapter 3

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : Bab 3
Content: Bab 3

Aku bersahaja berjalan menuju ke tingkat 3 iaitu tingkat yang merupakan lokasi kelasku. Apabila tiba di hadapan pintu kelas, bahu ku ditolak kasar oleh Ezlyn audriani. Entah apa pulak masalah bimbo ni dekat aku kali ini. Tiba-tiba tolak orang. Macam lah aku rampas pak we dia. Opps jap, sebelum ni dia break up dengan Mohamed sebab mamat tu syok dekat aku. Aku dengar cerita lah. Ok tu fakta. Dia ingat aku ni patung ke apa tak reti nak melawan. Aku bagi tangan jugak perempuan gila ni tak lama. Aku hanya meneruskan langkah memasuki kelas.

“Hoi Nizatul perempuan penggoda! Satu-satu jantan kat sekolah ni kau goda. Kau tak malu ke? Hari tu Mohamed, sekarang cikgu Eusoff pun kau nak goda ke? ” tinggi suara Ezlyn menengking. Pelajar lain yang tadinya membuat ulangkaji kini menutup buku dan menjadi pemerhati. keadaan semakin riuh.

“Mulut kau tu jaga sikit eh bimbo! Aku tak pernah goda si Mohamed ex kau yang tak seberapa tu. Lagi satu, cikgu Eusoff tu kita punya cikgu. Yang kau tuduh aku goda cikgu sendiri apa pasal? ” bentak ku.

“Kau jangan ingat aku tak tahu apa-apa lah Niza. Dua hari lalu masa kau kena usir keluar kelas subjek sejarah, kau pergi jumpa cikgu Eusoff kat koperasi kan? Kau goda dia! ”

“Cikgu Eusoff yang datang jumpa aku masa tu. Dia tanya aku kenapa aku tak masuk kelas. Itu je pun. Kau punya mulut ni lebih busuk dari longkang yang tak diselenggara! ” aku membalas segala tomahan yang diberikan oleh Ezlyn pada aku.

“kau ni Nizatul, sama je dengan mak kau. Anak beranak perempuan jalang! ”

EZLYN! Tidak semena-mena Ezlyn menerima Satu tamparan apabila menggelar aku dan mak perempuan jalang. Tamparan itu bukan datang daripada aku. Tetapi tamparan tersebut datangnya daripada REDZA!
Redza memang pantang jika aku dan mak dihina sebegitu rupa. Kalau aku sahaja yang dihina, Redza masih boleh diam. Tetapi jika melibatkan mak aku, iaitu mak long nya memang kena lah kau.

“Aku boleh terima lagi kalau kau hina Niza. Tapi once kau dah mention pasal mak dia iaitu mak long aku, memang kau kena berurusan dengan aku. ” Amaran daripada Redza sudah cukup membuat Ezlyn menjadi kaku. Tidak mampu bersuara lagi.

Lily Jemah yang baharu saja tiba entah dari mana menjadi hairan dengan situasi kelas sekarang. Sunyi, sepi dan satu suara pun tidak kedengaran. Macam kena sampuk jembalang. Tak pun iblis-iblis kecil dalam kelas ni sudah taubat sebab sedar diri nak ambik spm bulan 11 nanti.
Ada masa 10 bulan lagi kot. Sekarang baru pertengahan bulan 1.

“Kenapa senyap semacam je kamu ni? Kena sampuk jembalang ke. Mana perginya iblis-iblis kecil yang ada dalam kelas kita ni? ” Soal Lily yang kehairanan sambil menggaru kepala.

“Tak de apa-apa yang best pun. Malas aku nak cerita. Kau duduk lah dulu. Nanti kalau aku rasa nak cerita, aku cerita lah dekat kau. ” aku senyum senget. Lily sudah menarik muka masam nya. Jalan penyelesaian yang aku pilih adalah dengan berjanji akan beritahu dia petang nanti kat whatsapp. Bahagian siku pada lengan ku kemudiannya ditolak sedikit oleh Lily. Mesti ada sesuatu yang dia nak tanya pada aku. Aku dah kenal sangat si Lily Jemah ni. Dari A sampai Z aku tahu habit dia.

“Kau nak tanya aku apa pulak kali ni? ”

“kalau aku tanya kau jangan ambik hati ya? Aku cuma nak tanya, betul ke sabun joy mampu mencuci sehingga seribu pinggan? ” Soalan Si lily ni macam nak mintak penumbuk kidal aku. Aku punya lah serius nak jawab apa-apa soalan, dia boleh main pulak. Erghh. Nasib dia ni kawan baik aku, kalau tak memang aku dah gantung dia ni di atas pokok pinang kat belakang bangunan sekolah.

" weyyy cikgu Eusoff suruh kita semua pergi Makmal kimia Bawak buku teks addmath dengan kertas kajang." Ketua kelas yang tidak seberapa bertauliah menyampaikan amanat yang disuruh oleh cikgu Eusoff. Aku dan Lily saling berpandangan. Cikgu Eusoff ni waras ke tidak. Dia nak kita belajar addmath kat makmal kimia? Kalau dalam bilik bahasa atau library aku boleh terima lagi. Cikgu Eusoff ni very unpredictable lah.

Aku dan lily sememangnya akan menjadi orang terakhir yang meninggalkan kelas. Kita orang jugak lah yang bertanggungjawab nak matikan semua suis dalam kelas tiap kali bilik lain yang digunakan. Nak harapkan yang lain, bila disuruh je baru nak gerak buat kerja.

“Hah kamu berdua ni. Jalan laju sikit. Asyik melenggang je kerja. Sekarang kamu belajar subjek matematik tambahan kan. Cepat sikit jalan tu. Jangan ingat awak becinta dengan Cikgu Eusoff awak boleh lambat-lambat masuk. ” sindir teacher jemmy apabila terserempak dengan aku dan Lily. Aku dan lily hanya diamkan diri. Malas nak tanya siapa perempuan yang bercinta dengan sir Eusoff.

Sebaik sahaja masuk ke makmal kimia, hanya ada dua tempat kosong. Itupun bahagian depan sekali. Yang lain berlumba-lumba nak duduk belakang Sebab senang nak tidur. Dekat dengan aircond pulak tu. Fuhh. Aku dan Lily segera mengambil tempat yang semeja dengan Redza, orked dan farhah. Si Redza dengan Orked ni dah lama bercinta. Aku jugak lah yang kenakan diorang berdua sampai betul-betul bercinta. Power tak aku? Hahahaha.

Kali ini entah saka apa yang merasuk dalam diri aku sampai aku boleh fokus belajar addmath hari ni. Langsung tak mengantuk. Menguap pun langsung tak ada. Menakjubkan!
Aku yakin si Lily pun mesti naik hairan dengan perangai aku. Soalan yang cikgu Eusoff suruh aku selesaikan kat papan putih pun aku dapat selesaikan. Lagilah tak dijangka oleh sesiapa. Cikgu Eusoff sendiri pun terkejut bila aku dapat selesaikan soalan tu. Aku tak lah bangang mana pun dalam subjek ni sebenarnya. Aku je yang malas nak buat pengiraan. Maklumlah, iblis dalam diri aku ni lain macam jugak kadang-kadang.

“CIKGU! Ezlyn nak tanya something ni. Apa pendapat cikgu pasal Pelajar bercinta dengan guru? ” Ezlyn tiba-tiba bersuara dari belakang. Hari ni sahaja Ezlyn jadi orang kedua bercakap pasal pelajar bercinta dengan guru.

“Bagi cikgu lah kan, itu hak masing-masing nak bercinta dengan sesiapa. Asalkan cikgu tu bukan suami ataupun isteri orang. Kalau cikgu tu bujang apa salahnya kan. Kalau jodoh tak kemana. ”

“ohh patutlah. Makna nya betul lah kan gosip yang tersebar dalam sekolah ni? ” tambah Ezlyn.

“Gosip apa pulak ni Ezlyn. Curious cikgu dengan kamu. ” dahi cikgu Eusoff berkerut. Aku suka jugak perhatikan dahi cikgu bila berkerut. Lain macam kan? Hahahaha.

“Tak de apa-apa lah cikgu ” ujar Ezlyn. Ish Ezlyn ni dah start cerita, nak tamatkan begitu je. Aku pun nak tahu gosip tu pasal siapa. Nasib baik loceng waktu tamat persekolahan dah bunyi.

Tudung saji yang ada di meja makan pada petang itu aku buka. Yummilicious! Mak dalam bab masak memang terer. Patutlah ayah jatuh cinta dengan mak, pandai masak rupanya. Huh untung ayah dapat bini macam mak. Perfecto.

“Mak, sedapnya mak masak. ”

“Kamu kalau rajin belajar masak, pro jugak tu nanti Niza. Sebelum kahwin, baik kamu belajar awal-awal masakan yang simple. ” Mak dah start masuk intro pasal kahwin lagi. Baik aku blah sebelum melalut ke hal lain. Mak aku ni pandai tukar-tukar tajuk cerita. jangan sampai dia tanya pasal calon aku sudahlah.

Aku segera naik ke bilik lalu berbaring di katil bersaiz king. Cuba untuk memejamkan mata. Manalah tahu dapat mimpikan lelaki macam Shah rukh Khan jadi suami aku kan best. satu bayangan muncul. Bayangan yang muncul didalam mimpi ku adalah bayangan seseorang yang agak familiar bagiku. Macam pernah nampak Sahaja susuk tubuh itu.

Tok tok tok ! Pintu diketuk. Dan aku pun terjaga...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience