Completed
37009
Subject : Bab 25
Content: Bab 25
Aku menendang batu-batu kecil yang ada di sepanjang jalan menuju ke koperasi sekolah. Sementara menunggu redza untuk pulang bersama, aku membeli minuman tin revive lalu duduk di sebuah meja yang ada di hadapan koperasi tersebut. Aku terbayang memori lama bersama Eusoff. Disini lah tempat dimana kali pertama aku jatuh cinta pada dia dahulu. Rasa cinta itu yang menyebabkan aku buta tidak melihat kehadiran redza yang ikhlas pada aku. Bukan seperti Eusoff yang hanya manis di bibir sahaja. Berjanji bagai nak rak, tapi akhirnya aku yang kecewa. Aku menahan sebak yang ada dada. Berlagak untuk kuat dan tabah di hadapan semua orang.
Satu susuk tubuh duduk bersebelahan ku. Kira ku itu adalah redza. Lalu aku biarkan sahaja. Kami duduk bersama tanpa ada sepatah kata. Bau wangian yang terhidu di hidung ku bukan milik redza. Bau wangian ini milik Eusoff. Aku kenal dengan bau itu. Aku menoleh ke kanan. Seperti yang aku jangkakan, itu memang Eusoff. Eusoff sedang memerhatikan ku. Tanganku dipegang erat olehnya. Aku seperti hendak menangis. Aku Terlalu takut akan situasi ini. Redza tolonglah datang cepat. Niza takut! Aku sedaya upaya cuba meleraikan pegangan tangan Eusoff dan aku berjaya. Mujurlah waktu itu kawasan koperasi tiada orang lain. Hanya kami berdua sahaja.
"Tolonglah cikgu. Jangan buat Niza macam ni. Tak manis kalau orang lain tengok. Bukan cikgu yang akan dihina, Niza yang akan jadi mangsa. Tolonglah pergi cikgu. " rayuku kepada Eusoff yang masih duduk merapati ku.
"Tolong bagi Eusoff satu peluang lagi Niza. By janji by akan perbaiki semua kesilapan lalu by. Tolonglah Niza. Eusoff sedar yang Eusoff banyak buat salah pada Niza. Eusoff nak tebus semula salah Eusoff tu. Dan Eusoff tahu hati dan cinta Niza cuma untuk Eusoff sahaja. Redza cuma sekadar suami diatas kertas sahaja. " Eusoff mula mengatur ayat untuk memenangi hatiku semula walaupun itu agak mustahil.
"Cikgu tolong dengar sini. Redza adalah suami Niza. Hati Niza cuma untuk redza sekarang. Sebelum kami kahwin, memang hati dan perasaan cinta Niza cuma untuk Eusoff Hashim sahaja. Perasaan itu sudah hancur dan mati apabila Eusoff khianati Niza pada hari sepatutnya hari perkahwinan kita berdua. Tapi Eusoff sendiri yang hancurkan semua nya. Semua Eusoff semua! Memang khilaf Niza sayang dan cinta pada Eusoff. Bukan segunung janji yang Niza nak sebelum ini, Niza tak harap akan ada sinaran. Cuma niza nak setulus kasih kesetiaan daripada Eusoff. Eusoff dah gagal beri semua tu pada Niza. jangan ganggu Niza lagi! "
Aku cuba menahan sebak yang terkumpul di dada. Tapi aku tewas apabila menatap anak mata Eusoff. Aku lemah bila dihadapan Eusoff. Aku tak mampu berlagak kuat dan tabah di hadapan nya. Aku menghapus air mata menggunakan sapu tangan yang ada di poket. Meskipun aku sudah meninggikan suara meminta agar Eusoff pergi, Eusoff masih berada di sebelah ku dan tidak menunjukkan tanda ingin berganjak.
"Jadi Niza nak cakap hati Niza dah beralih arah pada budak redza tu lah? Budak tu mampu ke nak tanggung kehidupan Niza nanti? Spm pun tak lepas lagi. Dia nak kasih Niza makan apa? Makan batu? " sindir Eusoff
"Makan batu pun batu lah Eusoff. Asalkan hati redza tak pernah berpaling dari Niza seperti mana yang Eusoff dah buat. Sanggup Eusoff curang dibelakang Niza kan? Dengan sarah pulak tu. No wonder Eusoff dah lain semenjak si sarah muncul semula. " tambahku sengaja menyakitkan hatinya. Bagai tertampar dengan ayat ku, Eusoff berdiri lalu menumbuk dinding koperasi yang diperbuat daripada simen. Aku tahu itu sangat sakit. Tapi tidak setanding rasa sakit yang ada pada hati aku. Luka yang sangat dalam telah dia tinggalkan. Luka itu akan meninggalkan parut yang sukar untuk dihilangkan.
Hatiku bagai di tarik-tarik apabila Eusoff masih kekal merenung ke dalam anak mataku. Aku harap aku diberikan kekuatan untuk menatap semula mata Eusoff. Aku menarik nafas sedalam mungkin lalu aku hembuskan semula. Aku tidak habis-habis berdoa agar Redza segera datang ke sini semula untuk menghadapi situasi berat ini bersama-sama denganku.
"I know lah Niza langsung tak cintakan redza. Itu cuma taktik Niza untuk sakitkan hati Eusoff kan? " teka Eusoff sambil ketawa.
"Niza betul-betul dah jatuh hati pada redza sebaik sahaja redza melafazkan akad di hadapan tok kadi. Puas hati Eusoff? " perkataan akad aku tekan sedikit agar Eusoff terasa dan sakit hati. aku berdiri lalu bergerak meninggalkan Eusoff. Kalau dia taknak blah biar aku yang angkat kaki. Tangan ku ditarik lagi sekali.
Eusoff!
Suara redza berteriak kedengaran. Kali ini tiada lagi perkataan 'cikgu' keluar dari mulut redza. Eusoff masih belum mahu meleraikan pegangan pada tangan Niza.
"Eusoff! Kau apasal tak pandai nak faham bahasa? Terima lah kenyataan yang Niza dah jadi isteri aku. Bahagian mana lagi yang kau tak faham? aku boleh tolong terangkan. Tolong lah Eusoff. Kau cuma sejarah gelap untuk niza. Kau yang buat kecoh masa hari nikah, kau nak salahkan aku pulak sebab ganti tempat kau. Come on eusoff. Jantan lah sedikit. "
Pergelutan berlaku diantara eusoff dan redza. Kedua-dua mereka tidak ingin mensia-siakan peluang untuk melepaskan penumbuk masing-masing. pergelutan mereka bertambah rancak meskipun aku sudah sedaya upaya untuk meleraikan pergaduhan di antara mereka berdua. Aku segera berdiri ditengah apabila melihat Eusoff bersedia untuk melepaskan tumbukan ke arah Redza. Tumbukan Eusoff terkena tepat pada wajahku.
Niza!
Redza merangkul pinggangku sebelum tubuhku terjatuh ke tanah. Redza Memandang tepat ke arah Eusoff. Perasaan marah nya semakin membuak-buak. Eusoff segera duduk berteleku dihadapan redza yang masih merangkul tubuh ku yang sudah lemah. Tanganku cuba digapai oleh Eusoff namun ditepis oleh redza.
"Jangan sentuh isteri aku! Kalau nak lepaskan marahkau, jangan lepaskan pada isteri aku. Aku boleh sediakan muka aku ni untuk kau tumbuk sepuas hati" gertak redza. Kali ini redza benar-benar marah.
Situasi bertambah kecoh apabila sekumpulan pelajar meluru kesini setelah mendengar bunyi bising. Redza terus mengangkatku menuju ke keretanya. Redza memandu laju ke rumah.
Share this novel