Chapter 34

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 34
Content: bab 34

Dua minggu tempoh yang dijangka oleh doktor langsung tidak tepat. Hanya seminggu sahaja Eusoff mampu bertahan. Di hadapan mata aku sendiri, Eusoff menghembuskan nafas terakhir di pangkuan sarah bersaksikan aku dan ed. Hancur dan lebur. Dua perkataan yang tidak seberapa sesuai untuk menggambarkan segalanya. Sarah yang sentiasa tersenyum tampak begitu lemah. Aku masih berada di dalam dakapan ed.
Umi dan walid hanya tiba selepas abang isz menghubungi mereka. Hati ibu bapa mana yang tidak lebur tatkala melihat satu-satunya anak mereka terbaring kaku tanpa denyutan nadi dan tiada nafas? Sukar digambarkan. Para pelajar beransur-ansur datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah Eusoff.

Mungkin mereka pelik melihat aku di dalam dakapan ed. Tapi biarlah semuanya kekal sebagai rahsia sehingga kami melepasi spm.

Sarah dan abang Isz memang bercinta dibelakang ku dengan ed. Pandai mereka berahsia. Abang Isz sentiasa disisi sarah di saat getir sebegini. Luka lama pergi dan orang baharu muncul dalam hati. Itu anugerah. Itu satu hikmah. ALLAH dah atur semua. Manusia hanya mampu melaksanakan perintah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience