Chapter 4

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : Bab 4
Content: Bab 4

Seperti hari sabtu yang lain, Lily akan datang ke rumahku setiap petang untuk membuat ulangkaji bersamaku sebagai persediaan Spm konon nya. Kita orang kalau jumpa dengan alasan belajar, memang kami akan belajar tapi cuma untuk sejam dua je. Selebihnya aku lebih gemar mendengar gosip daripada mulut si Lily Jemah.
Kebetulan hari ini ayah dan mak ada dirumah. Memandangkan ayah aku ni guru pencen matematik, dapat lah jugak aku dengan Lily minyak tunjuk ajar apa yang patut. Rezeki dah terhidang depan mata. Takkan nak lepaskan begitu sahaja. Dalam masa yang sama, aku risau jugak kalau ayah tiba-tiba tanya soal 'calon' di hadapan lily. Minta-minta lah ayah tak sebut pasal kahwin tu sekarang. Sesekali aku melirik ke arah ayah yang sedang membantu Lily memahami kehendak soalan.

Aduh lambat lagi pukul 5. Cepatlah pukul 5, aku nak lepaskan diri daripada azab ni. Aku nak joging dekat taman jugak. Makin lama aku dekat sini, makin tinggi kemungkinan ayah akan terlepas cakap pasal calon tu. Getus hatiku. Aku sudah mula tidak senang duduk. Si Lily pulak aku perhatikan bukan main happy dia ayah aku nak mengajar. Aku ada jugak Cuba ajak si Lily ni bersembang, tapi ayah aku tak habis-habis nak kondem aku. last-last terpaksa jugak aku belajar sampai pukul 5.

"Lily, kau tak penat lagi ke kira binatang bernombor ni. Aku dah give up. Jom lah kita lari. Ayah aku dah pergi dapur tu. Ni peluang kita. " aku cuba mempengaruhi Lily Jemah.

"Nak jugak. Tapi kau tak takut ke dengan ayah kau? Hmmm jom lah cepat. Nanti ayah kau datang balik. " Si lily ni bukan nya baik mana pun. Sama jugak dengan aku. Lily segera membawaku dengan skuter yang dibawanya tadi ke rumahku. Jarak Rumah kami bukan nya jauh pun. Aku lorong 4, si Lily pulak lorong 11.
Kami berdua segera pergi ke lorong 11 yang menempatkan rumah Lily. Laju jugak si Lily bawak skuter dia. Macam orang yang kena kejar polis pun ada.

"Ibu!! Mana kasut sukan Lily yang merah dengan biru tu? lily cari kat rak tak ada. "

"ada dekat belakang pintu ibu letak tadi Lily. " Jawab aunty Jasmine iaitu ibu kepada Lily.

"kami nak pergi taman gayah jogging. Bai ibu. " Lily segera mengalami ibunya dan aku pun turut sama menyalam aunty Jasmine. Aku terpaksa meminjam kasut sukan Lily sebab tadi rushing sangat nak larikan diri sampai lupa bawak kasut sukan sendiri. Nasib baik saiz kaki aku dengan lily sama.
Aku dengan Lily memang akan wajib keluar joging setiap petang hari sabtu dan ahad. Kesihatan pun kena jaga jugak walaupun busy. Setiap kali joging jugak lah macam-macam karenah manusia yang aku dapat tengok. Ada yang dating dengan boyfriend lah, duduk menikmati alam dan macam-macam aktiviti lain.

"Niza stop dulu lah. Aku penat ni. Aku tak sanggup nak joging lagi. Lain lah kau, nafas kuda. " rayu Lily.

"emm kau rehatlah dulu. Biar aku joging tiga empar round lagi sorang-sorang. " aku memberi akal dan Lily bersetuju.

Jogging punya jogging, aku disapa oleh mamat yang dari mana ntah. Aku pasti mamat tu schoolmate aku. Kalau tak macam mana dia boleh kenal nama penuh aku. Dia siap pass telefon kat aku. Nak minta nombor phone lettew. Telefon yang diserahkan pada aku, aku kembalikan semula tanda tidak berminat. Aku meneruskan larian ku tanpa menghiraukan orang sekeliling.

"NIZATUL FIRDAUSI ASZFAR?" nama ku diseru lagi oleh seseorang. Tak boleh tengok orang senang langsung. Ada sahaja nak menganggu.

"Kan aku dah kata aku tak berminat. Jangan kacau aku lagi lah. Errr cikgu Eusoff rupanya. Cikgu buat apa kat sini? " terkejut jugak aku bila menoleh. Ingatkan mamat tadi, rupanya cikgu Eusoff. Duh malunya. Nak je aku heret muka aku ni kat jalan raya.

"Sudah tengok saya pakai pakaian sukan macam ni, of course lah joging. Takkan nak menoreh getah kat taman pulak. Kat luar jangan panggil saya cikgu. Panggil abang je. " Abang? Err cikgu ni lain macam pulak
Dah dua kali macam ni. Siap senyum lagi. Baik aku blah awal-awal.

"bai cikgu. Lily dah tunggu saya kat sana. Kesian dia. " aku segera melarikan diri dari situ.

Aku terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Lily yang sedang senang lenang berehat di bawah pokok yang rendang. Lily dengan muka tak boleh blahh nya hairan jugak dengan aku. Baru satu round lari sendiri, takkan aku dah give up. Tadi kata nak lari dua tiga round lagi. Aku segera mengajak Lily untuk pulang ke rumah walaupun masih awal lagi. Ni semua sebab malaun bernama Eusoff Hashim. Lantak lah dia cikgu aku ke apa, siapa suruh dia cakap benda yang takutkan aku. Huhh.

Lily melihat jam yang terpasang rapi di tangan kirinya lalu memandang aku semula.
"Kau ni demam ke apa. Jam 6 pun belum, kau dah ajak aku balik. Biasanya pukul 6.40 cemtu baru kita ingat nak balik. Kau ada masalah ke sampai nak balik awal dari yang biasa? "

Macam mana lah aku nak terangkan dekat Minah satu ni. Takkan aku nak cakap yang cikgu Eusoff ada kat sini. Lepas tu dia sapa aku and suruh aku panggil dia abang kat luar kawasan sekolah. Nanti kalau si Lily bukak mulut kat sekolah memang habislah. Aku menarik tangan Lily sambil merengek agar lily bersetuju nak balik awal . Tapi malangnya Lily tak setuju.

"Weyy Niza. Cuba kau pandang sana. Tu bukan nya cikgu Eusoff dengan Ezlyn ke? Apa diorang buat petang-petang kat taman berdua-duaan? " aku memandang ke arah yang ditunjuk oleh Lily. Pasal cikgu tu aku tahu dia memang ada. Tapi soal kehadiran Ezlyn audrani, aku langsung tak nampak bayang dia tadi masa cikgu tegur aku.

"Biarlah diorang berdua. diorang nak bercinta ke apa, lantak diorang lah. Kita tak payah sibuk hal orang lain. Baik kita buat hal sendiri. Lagi molek. " jawabku. Aku kemudiannya hanya melemparkan pandangan ke tasik yang terletak di tengah-tengah taman gayah. Si lily masih dengan mulut nya yang tak boleh berhenti bercakap pasal Ezlyn dan cikgu. Aku tadahkan sahaja telinga ku mendengar.

"Niza Niza. Diorang berdua on the way ke sini. Apa kita nak buat ni. Aku rasa diorang tahu kita umpat diorang berdua. " lily mula cemas. Excuse me, aku tak ngumpat diorang okay. Lily je yang banyak bercakap. Aku mendengar je. Aku suruh lily buat bodoh sahaja sama macam apa yang tengah aku buat.

"Hai girls. Berdua je ke? " soal Ezlyn sebaik sahaja mematikan langkah di tempat aku dan lily berehat. Dia punya gedik bukan main. over sana over sini. Fakerss. Nak muntah aku tengok perangai dia petang ni. Mentang-mentang lah detim dengan cikgu Eusoff.

"tak lah. Kami berempat. Tak tengok ke kami berdua je kat sini. " lancang aku menjawab. Dah nampak dua orang, dia boleh tanya lagi. Dari ekor mataku, aku dapat menangkap sepasang anak mata sedang giat memerhatikan ku. Tak selesa aku jadinya.

CIKGU Eusoff mengarahkan aku agar mengikuti nya sekejap ke tepi tasik. Aku turutkan sahaja permintaan nya demi menjaga air muka cikgu Eusoff di hadapan Lily dan Ezlyn. Wajah Ezlyn berubah sedikit. Aku mengambil tempat bersebelahan dengan cikgu Eusoff. Hati aku boleh Berdebar-debar pulak bila berada dalam jarak yang dekat dengan cikgu.

"Kenapa cikgu nak jumpa saya. Tak boleh cakap depan Lily dengan ezlyn ke?. " soalku cuba mengambil tahu.

"Niza, boleh bagi saya nombor telefon awak? "

"Saya tak hafal lagi nombor saya sendiri. Kalau nak, saya bagi nombor telefon ayah saya je. Sebab nombor ayah je saya hafal."

"bagi jela nombor ayah kamu. " Cikgu Eusoff memberikan aku telefon nya. Aku segera menaip nombor ayah dan menyerahkan semula telefon tadi.

Aku memandang siling bilik pada malam itu. Pelbagai persoalan yang memerlukan jawapan bermain di minda. Satu masalah yang perlu aku selesaikan. Dengan perangai aku yang tak ada teman lelaki sekarang, nampaknya terpaksa lah aku terima sahaja si taufik tu jadi suami aku. Mana ada lelaki kat luar sana nak kahwin dengan pelajar sekolah macam aku ni. Erghh. Tapi aku taknak langsung dekat taufik tu!
Nak suruh Redza kahwin dengan aku, si orked tu dia nak letak mana. Aku lagi rela kahwin dengan Redza berbanding Taufik yang panas baran tu.

Fikiran ku kembali menyorot hal petang tadi di tepi tasik.
Agak -agaknya kenapa cikgu Eusoff nak jugak nombor telefon ayah? Curious aku jadinya. Cikgu Eusoff ni memang unpredictable orangnya. Entah kenapa aku boleh tersenyum pulak bila nama Cikgu Eusoff meniti di bibirku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience