Chapter 15

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 15
Content: bab 15

Aku sudah mampu mengukir senyuman. Peristiwa di padang sekolah semalam telah menyelesaikan masalah perhubungan ku dengan Eusoff. Pada malam itu juga, Eusoff menelefon untuk mendengar penjelasan dan meminta maaf terhadapku. Hari ini di sekolah, boleh lah aku fokus semula dalam sesi pembelajaran.
Kalau semalam Eusoff sibuk mencari kesalahan dan mendendaku, hari ini tidak lagi. Dia sudah berjanji. Janji mesti ditepati bukan dicapati.

Ketika berjalan menuju ke kantin sekolah berseorangan, kata-kata eusoff masih terngiang-ngiang di telinga. Aku tersenyum lebar. Hatiku terusik dengan setiap baris katanya. Aku mempercepatkan langkah dan segera mengambil barisan. Hanya dua orang sahaja yang berbaris dihadapanku. Aku mengeluarkan wang sebanyak Rm2 dari wallet. Seperti biasa, mak cik kantin yang sudah tahu makanan kegemaran ku di awal pagi segera membungkuskan kuih karipap dan tat telur.

"Good morning sayang. Sorry tau sebab tak sempat nak ambil sayang pergi sekolah sekali. Kereta buat hal tadi. " bisik Eusoff sebaik sahaja berdiri disebelahku. Waktu itu kami berada di kantin. Mujurlah kantin ketika awal pagi sangat lengang. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang sedang duduk di bangku sambil menikmati sarapan pagi mereka.
"It's okay. nasib baik boyfriend Niza yang satu lagi dapat hantar. Kalau tak memang lambat lah jawabnya. " aku menjawab sambil memberikan wang rm2 kepada mak cik kantin.

"Boyfriend mana satu pulak ni? Iszfan kan abang awak? Siapa lagi yang berani nak potong line dengan Eusoff Hashim ni. Tell me who! " Dahi Eusoff sudah berkerut. Telinga dan muka menjadi merah. Hidung pun kembang kempis semacam. Dah macam alien aku tengok Boyfriend aku ni. aku menahan ketawa daripada meletus.

"Boyfriend Niza tu abang Isz lah. Heih lembab nya awak ni by. Kalau berlumba dengan taufik untuk pinang sayang, terlebih dahulu taufik yang hantar rombongan. "

"Rombongan? Siapa taufik? "

Kringgg kringggg !!!!

"I have to go now. Loceng Ice-cream sekolah dah bunyi. Nanti lambat masuk kelas. Goodbye sugar daddy Niza! " aku menjelirkan lidah ke arah Eusoff. Nasib baik kami berdua membelakangi pelajar lain. Tidak lah sesiapa yang perasan aku sedang berbual dengan Eusoff.

Semput! tercungap-cungap aku menarik nafas sambil menaiki anak tangga. Manusia mana yang pilih kelas untuk budak tingkatan 5 kat tingkat 3 ni adoi. Kalau cikgu surianti yang naik tangga ni, boleh terberanak dia kat sini. Lain kali bila mesyuarat pibg, aku nak suruh ayah aku cadangkan pasang lift kat bangunan konkrit ni! Tidak lah sengsara junior-junior aku nanti.

Aku mengambil tempat di sebelah lily jemah sebaik sahaja masuk kelas. Mujurlah cikgu yang mengajar subjek fizik tak masuk lagi. Ezlyn dan bella berada tidak jauh dari tempat duduk ku. Mereka sibuk berbual dengan suara yang kuat. Terganggu tu memang terganggu lah dengan suara Ezlyn ketawa macam langsuir yang lehernya tersepit kat celah tingkap.

"BELLA! You know what? Kelmarin petang aku date dengan cikgu bujang yang paling hot kat sekolah kita ni weiii! Huh tak senang duduk aku kelmarin bila dia duduk sebelah aku. "

"Cikgu Lan ke Ezlyn? Teruknya taste kau. " bella menggeleng.

"Bangang. Cikgu lan tu bujang lanjut usia. Sikit masa lagi tulang belakang dia akan bengkok. Cikgu Eusoff lah yang aku maksudkan. The best part is, aku dapat selfie dengan dia wehh. Aku ada upload kat ig. Kau tengok lah nanti. "

"wah untunglah kau Ezlyn dapat selfie dengan cikgu Eusoff. Aku pun nak jugak! " rengek bella yang keanak-anakan.

Hatiku sedikit terguris apabila nama Eusoff menjadi sebutan mereka. Selfie dengan Ezlyn? Ya Allah aku sendiri tak pernah lagi nak selfie dengan dia even dia tu Boyfriend aku. How could you Eusoff biarkan diri awak ada di dalam gambar yang sama dengan Ezlyn, musuh teman wanita awak sendiri.

Redza berpaling kebelakang kerana dia turut terganggu dengan suara ezlyn dan bella.

"Wahai tikus mondok yang gemuk di belakang sana yang sedang sibuk meluruskan tauge, tolong tutup mulut. Jangan sampai tangan aku yang tutupkan guna stepler. " redza memberi amaran dan Ezlyn terdiam membisu. Peristiwa ditampar oleh redza sebelum ini tidak mungkin dia dapat lupakan. Malu wehh kena tampar depan classmate yang lain. Kalau aku yang kena, seminggu aku tak datang sekolah sebab malu. Tapi kalau Ezlyn tak hairan lah kalau keesokan harinya dia still datang sekolah, dia mana ada kemaluan!

Satu jam masa berlalu, batang hidung cikgu pun langsung aku tak nampak. Cikgu fizik ambik emergency leave kot. Heih tak reti nak inform awal-awal. Patutlah kerja rumah yang dia bagi semalam banyak nak mati. Aku lagi sakit hati bila aku dah siapkan sepenuhnya kerja tu semalam sampai lambat tidur. Dah lah buku teks dia tebal macam tauhu. Buat penat aku je bawak. Aku membebel panjang.
Aku terpandang wajah comel milik orked. Aku senyum ke arahnya. Namun senyuman ku dibalas dengan jelingan. Hemm dia masih ingat aku ni punca dia putus dengan redza. Aduhai bangang betul orked ni jadi manusia!

Aku membetulkan lipatan tudung dan memasang pin kecil. Lepas ni turn ustazah rock pulak nak mengajar. Nama sebenar ustazah kita orang ni Ustazah Suriani. tapi because of dia punya keganasan dalam mendidik anak murid, dia dapatlah jolokan nama ustazah rock. aku pernah sekali kena hambat oleh ustazah sebab tak hafal ayat hafazan dia tahun lalu. Masa tu aku masih jadi kepala iblis-iblis kecil dalam kelas aku. Sakit wei! Lepas kena hambat dengan rotan dia, aku direct taubat nasuhah. Aku decide letak jawatan dari jadi iblis dan terus daftarkan diri jadi manusia.

Ketika ini Cikgu lan dan Eusoff sedang duduk bersembang di bawah pokok yang redup berdekatan dengan bengkel automotif. Tu memang port Eusoff dengan cikgu lan. dekat situ lah diorang berdua selalu melepak. Ya lah masing-masing masih bujang. Kalau lepak dengan yang bergelar suami, asyik tanya bila pulak turn Eusoff dengan cikgu Lan nak naik pelamin. Eusoff masih ada peluang, yang cikgu Lan pulak aku tak boleh bagi jaminan. Faham-faham sendiri lah ya.

"Eusoff, dua tiga minggu lepas viral kat sekolah ni kau bercinta dengan budak Niza tu. Betul kah? Ataupun tu cuma gosip je. Yalah kau kan cikgu bujang yang hot, Niza tu budak pelajar perempuan paling popular kat sekolah ni. "

"Eiyy mana ada aku bercinta dengan budak Niza tu. Niza kan student aku. Kau ni pun lan, percaya sangat dengan gosip-gosip murahan macam tu. "

"Mana lah tahu kan. Hati orang tiada siapa yang tahu. Mustahil kau tak jatuh cinta dengan si Niza tu. Dah lah lawa, cerdik pulak tu. " cikgu lan memuji. Namun Eusoff menjadi tidak selesa dengan situasi sekarang. Kalau duduk lama-lama kat sini, banyak pulak soalan dari orang tua satu ni. Eusoff meminta diri untuk pergi dengan alasan dia ada kerja nak disiapkan.

******

Iszfan membelek-belek majalah kereta yang dibeli sebelum menaiki kapal terbang untuk pulang ke malaysia beberapa hari lalu. Izfan memerhatikan ayahnya yang sedang membaca surat khabar sambil minum secawan kopi. Dia perlu tekad untuk membawa ayahnya berbincang tentang masa depan Niza. Takkan Niza tu nak dinikahkan dalam usia yang muda? Paling penting perlu ke Niza langkah bendul? Izfan sendiri tak kahwin lagi, adik dia pulak nak dikahwinkan.

"Ayah, Isz nak bincang sikit pasal adik isz tu. Kenapa ayah perlu gadaikan masa depan dia macam tu je? Tak boleh tunggu sampai dia bergelar lepasan spm? "

"Ayah buat semua ni untuk kebaikan Niza jugak. Ayah taknak dia terlalu sosial. Kalau ada suami, ada lah yang kawal dan tengok-tengokkan adik kamu tu. "

"Maksud ayah taufik boleh jaga Niza? Ayah dah silap. Taufik tu tak layak untuk jaga adik isz. Diri dia pun dia sendiri tak reti nak jaga, ini kan pulak nak jaga adik perempuan isz. "

"Taufik tu baik budaknya isz. Kamu tak seberapa kenal dengan dia. Kamu ni cakap main lepas "

"Ayah kata isz tak seberapa kenal dengan perangai taufik sedangkan isz sendiri yang pernah melihat taufik mencuri duit tabung surau. Isz jugak yang pernah tengok taufik tu berlumba haram kat sentul. "
Abang isz menutup majalah lalu meninggalkan ruang tamu. Ayah memang sudah tidak boleh dibawa bincang. Cuma Eusoff sahaja yang boleh membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience