Completed
37009
Subject : bab 11
Content: bab 11
Sapu tangan kecil kepunyaan ku entah hilang kemana. Mungkin tercicir sewaktu aku tidak menyedarkan diri di kaki lima kelas. Waktu itu, cikgu yasmin naik hantu lalu mendenda ku seorang diri berlari di koridor sebanyak 15 round. Aku sendiri tidak tahu apa kesalahan ku. Tiba-tiba sahaja cikgu yasmin mengarahkan aku untuk mengikuti arahan nya. Aku berlari seorang diri melintasi satu persatu kelas yang terdapat di blok yang sama dengan kelas ku. Yang bermain di kepala ku cuma ingin menghabiskan 15 pusingan larian di sepanjang koridor. Meskipun sakit belakangku beransur pulih, aku masih tidak dibenarkan untuk melalukan aktiviti meletihkan serta mengambil bahagian dalam apa-apa sukan. Setiap kali aku melalui kelas 5 akaun, aku diperhatikan oleh setiap pelajar yang berada di dalam kelas. Mungkin mereka sendiri kebingungan. Aku sebelum ini tidak pernah didenda berlari di sepanjang koridor. Kebetulan yang mengajar di kelas akaun pada waktu itu adalah Eusoff. Aku sempat memandang Eusoff sekilas dan melemparkan senyuman kepadanya.
Di bahagian belakang terasa seperti ditumbuk, dadaku seakan berombak, manakala nafasku sudah tidak teratur. aku cuba bertahan sehingga ke kelas. setiba sahaja di hadapan kelas, aku sudah jatuh terjelepok.
"Cikgu yasmin! Nizatul pengsan." Jerit eliera.
"Lily cepat papah Niza ke bilik rehat. " arah Cikgu yasmin.
Lily dan eliera memapahku menuju ke bilik rehat yang terletak sebaris dengan bilik guru.
Aku beristirehat di bilik itu lebih kurang sejam. Sewaktu aku membuka mata, lily dan eliera tiada disisi. Yang ada hanya boyfriend aku, Eusoff. Mataku terkebil-kebil melihat Eusoff yang berada di tepi katil.
"Mana lily dengan eliera pergi? "
"Diorang masuk kelas lepas hantar sayang kesini. By datang sini lepas terserempak dengan diorang tadi kat tangga. Diorang berdua bagitahu by yang diorang lepas hantar sayang ke bilik rehat. Kenapa boleh jadi macam ni sayang? Are you not feeling well? "
"Ohh. Hemm tadi cikgu yasmin tiba-tiba denda sayang masa dia masuk kelas. Sayang sendiri tak tahu apa salah sayang sampai dia denda macam tu sekali. By sendiri nampak tadi kan sayang berlari di koridor? Tu semua sebab cikgu yasmin lah. I'm okay. Cuma bahagian belakang ni sakit balik. "
"Kalau macam tu lepas sekolah ni kita pergi hospital okay. Ambil emergency leave. Esok tak perlu datang sekolah. Ni arahan 'Cikgu by' okay. Jangan bangkang. Kalau tak by denda sayang supaya kahwin dengan by! "
"Tapi... "
"Tak payah tapi-tapi lagi. Dengar je cakap by. Jangan keras kepala. Nanti sayang saya tambah sakit macam mana? Tak senang duduk lah saya mengajar nanti. Kesian hati saya tau asyik gelisah kalau pemilik dia sakit. "
"Sweet talker. " ujarku lalu menjelingnya.
"Yela by awak ni sweet-talker. I know who am I. " Eusoff membuat muka merajuk. Nak jugak aku ketawa terbahak-terbahak sekarang. Muka dia bila merajuk memang tak ada boleh lawan!
"Alolo merajuk pula bf sayang ni. Anyway, tak takut ke kalau ada yang nampak kita berduaan dalam ni? Tak pasal-pasal gosip makin hebat. Fuhh! " ujarku selamba sambil bermain dengan hujung tali leher Eusoff.
"Kalau macam tu by keluar dulu. Nak pergi meeting guru-guru kat atas. Dalam setengah jam lagi by turun balik ambil sayang kat sini. Kita terus pergi hospital. Byeeeee favourite girl! " Eusoff segera berdiri dan mengenyitkan mata ke arah ku. Perghhh meltingg woii!
Aku melihat jam tanganku. Jam baru menunjukkan pukul 11.30 tengahari. Ada setengah jam lagi sebelum waktu tamat persekolahan. Aku bersandar di katil beralaskan bantal. Aku bingung hendak melakukan apa di dalam bilik itu sehinggakan aku sendiri naik bosan dengan suasana itu. Sunyi dan tak ada teman nak berborak! Nasib baik Eusoff ada meeting, kalau tak boleh lah aku berbual Lebih panjang dengan dia tadi. Dah lah semalam aku tak perasan masa dia call. Aku rindu gila dengan Eusoff! Dapat jumpa dia kejap tadi pun dah kira lebih dari cukup dan puas.
Tombol pintu bilik rehat dipulas dari luar. Siapa agaknya yang datang? Lily kotttt! Aku tersenyum girang kerana beranggapan bahawa itu lily.
Senyuman ku menjadi kelat apabila yang muncul bukan lah lily, namun Mohamed.
"Kau nak apa datang sini Mohamed? " bentak ku semasa Mohamed mula merapatkan diri ke katil yang menempatkan aku.
"Alah aku nak jumpa awek aku sendiri pun tak boleh ke? bukan salah apa pun. Aku tak buat apa-apa langsung pada kau kan. Chill lah Niza. Aku cuma nak tengok keadaan kau je. Risau jugak aku bila budak-budak junior cakap pelajar perempuan paling popular kat sekolah ni pengsan tadi. what happen? "
"Aku tak suruh kau risau pun. Aku pengsan ke mati ke, itu bukan urusan kau langsung! Jangan sibuk dengan hal aku. Kau pergi berambus. Aku taknak tengok muka kau mohamed! " aku menjadi lebih kasar. Bila dengan mohamed, aku memang akan berlaku kasar. Entah kenapa, perasaan benci kepadanya sudah muncul semenjak aku di tingkatan 1 lagi. Dan perasaan itu semakin membuak-buak apabila dia pernah membuat pengakuan yang dia suka pada aku in front of the junior semasa kem orientasi.
Aku membetulkan tudung sekolah yang dipakai di hadapan cermin bersaiz sederhana yang terdapat di dalam bilik itu. Mata ku asyik memandang ke arah pintu bilik. Nampak sangat aku menunggu Eusoff datang macam yang dia janjikan.
" hai sayang! Sorry lambat sikit. Pengetua tu banyak sangat bercakap. Ni pun dapat lepaskan diri sebab cakap nak ke toilet. Dah cukup lah jangan bercermin lagi. Awek by ni dah cukup lawa" tegur Eusoff melalui cermin. Terkejut beruk aku jadinya.
Aku mengikuti langkah Eusoff menuju ke kereta yang di letakkan di bawah flat guru B. Jauh dari pandangan pelajar. Takkan aku nak naik satu kereta dengan Eusoff di hadapan pelajar lain kan? Itu dah macam gali kubur sendiri.
"By. Lepas pergi hospital kita pergi tengok dilwale boleh tak?"
" dilwale? Oh please sayang. Hindustan mesti banyak part nyanyi dengan menari dia. By malam kalau nak tengok hindustan. Kita tengok apartment lah ye macam mana? Horror story. "
"Tak nak tak pa. Tak paksa pun. Kalau macam tu awak tengok apartment, saya tengok dilwale. Kalau saya dapat seat bersebelahan dengan lelaki lain awak jangan cemburu pulak. " aku sengaja mengugutnya agar bersetuju untuk menonton dilwale bersama-sama denganku.
"Yala yala. Kita tengok dilwale. Mana boleh awak duduk di seat yang dekat dengan lelaki. Saya tak benarkan. Awak saya punya seorang je. " eusoff bersuara.
Dan kami segera ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi pihak ku.
Share this novel