Chapter 13

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 13
Content: bab 13

Aku joging perlahan bersebelahan abang long di taman pada petang tu. semenjak semalam lagi abang long sudah mendesak ku untuk menemani nya joging petang hari ini. Terpaksa lah aku bersetuju. Kalau tak, memang dia akan kecil hati kat aku. Petang itu, hanya aku dan abang long yang joging bersama. Rancangan awalnya nak ajak lily jemah sekali, tapi lily ada hal lain nak diselesaikan.

"Niza, boleh tak tunjuk kat abang long gambar boyfriend Niza tu. Nak jugak bandingkan ketampanan kita orang berdua. Tapi abang yakin yang abang lagi hensem dari boyfriend Niza walau tak tengok lagi. "

"Nanti kita berhenti rehat kat bawah pokok besar tu Niza tunjuk okay. Hensem tu boleh lah. Tapi abang long memang handsome dari Eusoff. "Ujarku sambil jari telunjuk menunjuk ke arah pokok besar yang aku maksudkan tadi.

"Abang hairan lah Niza. Macam mana ada lelaki jatuh cinta dengan Niza. Dah lah adik abang sorang ni ganas macam lelaki. Bercakap pun macam bukan perempuan. Pondan pun boleh kalahkan keperempuanan Niza tahu tak? "

Aku ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut abang long. Ya, memang aku ganas, bercakap macam lelaki. Itu aku tidak nafikan. Tapi itu dulu sewaktu di tingkatan 3. Sekarang aku dah decide nak jadi perempuan sejati. No more tendang sana tendang sini. Lompat sana sini. Pukul orang kat sekolah. No more!

Aku dan abang long duduk di bawah pokok besar sambil meneguk air mineral yang aku dibawa bersama tadi. Kami hanya berkongsi minuman. Bukan apa pun, dah nama siblings kan. Tak perlu nak dihairankan.

Telefon pintar ku memainkan nada dering margin gaye.

"Someone call you dik "

"Its okay. Hari ni Niza nak spend time dengan abang long. Niza taknak bazirkan masa untuk tidak luangkan masa dengan abang sepanjang abang long ada kat malaysia. "

"Tapi yang call tu maybe boyfried adik. "

"Tak apa, Niza boleh uruskan. " aku tersenyum. Aku memberi abang long botol air ku. Beberapa kali abang long meneguk air itu sebelum diserahkan pada aku semula.

Seperti yang aku janjikan, aku membuka galeri di telefon dan menunjukkan gambar Eusoff kepada abang long. Tercalit satu senyuman pada bibir abang long. Seems like dia ok dengan pilihan hati adiknya sendiri jika nak dibandingkan dengan taufik yang kurus macam penagih dadah.

Hensem tu memang hensem. Tapi tak sehensem abang.
Aku tersenyum sambil memandang abang long.

"Ohh patutlah tak angkat call when i called you Since lastnight Niza. Kat sini awak rupanya! Saya tak sangka Niza awak sanggup permainkan hati saya sampai macam ni. Saya dah sayangkan awak, cintakan awak sepenuh hati saya, tapi kenapa awak curang di belakang saya? Apa salah saya? " aku tergamam apabila Eusoff betul-betul berdiri dihadapanku ketika aku sedang duduk. Aku memandang abang long sejenak.

"Bro.. " ujar abang long.

"Jangan nak ber bro bro dengan aku sekarang. Tak ada orang lain ke kau nak bawa keluar selain daripada Niza? Niza ni awek aku tahu tak? and you Niza, saya dah percayakan awak hundred percent, but why did you do this to me? " merah
wajah Eusoff ketika itu.

"EUSOFF dengar dulu penjelasan saya, semua ni salah faham. Awak tak tahu apa-apa dalam hal ni. Let me explain. " rayuku.

"Tak perlu nak jelaskan apa-apa lagi. Saya dah nampak segala-galanya. Memang Silap saya sebab biarkan hati saya jatuh kepada Pelajar popular kat sekolah saya sendiri. Maafkan saya. " Eusoff berlalu pergi. Tanpa aku sedari, air mata laju menuruni pipi. Entah, kenapa hati aku terasa sakit begini sehinggakan aku boleh menjatuhkan air mata disebabkan lelaki.

Abang long cuba menenangkan aku dengan memeluk ku erat dan mengusap rambutku.

"Abang minta maaf Niza. Semua salah abang sebab ajak Niza joging petang ni. Salah abang juga sebab tak explain hal sebenar pada boyfriend Niza. I'm sorry babygirl. We will fix this okay. " pujuk abang long.

Pada malam hari yang sama, aku hanya banyak mendiam diri didalam bilik. Walau bersilih-ganti orang yang naik ke bilik untuk memanggilku makan, aku tidak turun. Fikiran ku berkecamuk. Aku rasa dalam hal percintaan kali ini dengan Eusoff, aku lebih lemah. Tidak sekuat dulu semasa aku bercinta dengan Shahmi emir.

Aku mencapai telefon bimbit lagu membuka aplikasi whatsapp. Kenalan Eusoff monkey aku buka. Aku menaip beberapa perkataan. Namun, aku padam semula. Aku takut jika amarah Eusoff semakin bertambah dan akan menerbitkan rasa benci terhadapku. Adakah kami masih bercinta? Belum ada kata putus daripada nya. Bagaimana aku hendak menatap mata nya esok di dalam kelas? Aku gusar.

"Niza, kenapa tak turun makan tadi? Come on baby, you are strong. Nanti abang cari cara untuk betulkan balik relay Niza dengan Eusoff. Lagipun abang tak rela kalau adik abang yang lawa ni kena kahwin dengan taufik yang tak seberapa baik tu"

"Its okay abang long. Niza cuma penat. Lagipun esok sekolah. Niza nak tidur. Goodnight. " jawabku .

******

Setiba sahaja di dalam kelas, aku terus memeluk erat lily yang tiba lebih awal pada hari isnin itu. Lily sudah kehairanan mengapa aku tiba-tiba memeluk nya begitu. Bagiku, pelukan daripada seorang sahabat dapat menenangkan dan menstabilkan emosi aku.

"Niza, kenapa dengan kau ni? Pucat, mata bengkak dan lesu pulak tu. Kau ada masalah ke? Kenapa tak call aku semalam and then cerita pada aku. "

Macam mana aku nak cerita pada lily yang aku bergaduh dengan Eusoff sedangkan lily sendiri tidak pernah tahu yang aku bercinta dengan cikgu addmath kami sendiri?

"Tak de lah. I'm just missing you. Dua hari tak jumpa kau macam 48jam babe. Anyway, abang long aku kirim salam. "

"Kau perli aku ke ni Niza? Tak mungkin lah abang kau nak kirim salam kat aku. Mentang-mentang lah kau tahu aku syok kat abang kau tu. Huhh "

Belum sempat aku menjawab soalan lily, Eusoff suda bertandang masuk ke dalam kelas. Hatiku berdebar-debar. Kalau sebelum ini, Eusoff pasti akan menolah ke arahku sebaik sahaja memasuki kelas. Tapi hari ini, dia hanya memandang ke arah lain. Langsung tidak memandang ku walau sekali.
Eusoff seterusnya mengarahkan kami sekelas untuk meletakkan buku latihan masing-masing di atas meja. Katanya dia hendak memeriksa satu persatu latihan yang sebelum ini diberi olehnya.

Satu persatu pelajar diminta datang ke meja guru dengan membawa buku masing-masing. Syafawi yang terlupa buat dua soalan diminta untuk menyiapkan kerja tersebut, orked yang tak faham bab dua di ajar satu persatu, redza yang tak reti nak selesaikan soalan turut diajar. Aku mendekati meja guru dengan seribu satu perasaan. Buku latihan aku letakkan di atas meja. Eusoff hanya membelek-belek buku ku.

"Apa yang awak buat ni Niza? Saya tak pernah ajar buat jalan kerja macam ni. Get out from my Class now! I said now! Sebelum saya lupa, lari 8 pusingan. And lastly, kutip buku awak sendiri." Aku segera mengutip buku latihan yang dilempar ke lantai oleh Eusoff tadi. Besar sangat ke salah yang aku buat pada jalan kerja ni? Tolonglah Eusoff, jangan campur adukkan hal belajar dengan peribadi. Aku meletakkan buku di atas. Aku tertunduk sambil berjalan keluar dari kelas.

Aku berlari untuk menamatkan larian lapan pusingan yang diarahkan oleh Eusoff. Baharu pusingan ke 5 aku sudah terlalu penat. Nafasku sudah tidak teratur. Aku cuba untuk bertahan dan melawan rasa penat dan rasa sakit yang semakin turun naik di dada.
Aku sudah tidak mampu bertahan. Akhirnya, aku jatuh terbaring berdekatan dengan tangga untuk naik ke tingkat empat.

Mohamed pada ketika itu sedang menuruni anak tangga untuk menuju ke bilik guru. Mohamed ternampak susuk tubuh yang amat dikenalinya.

"NIZA! "

Mohamed menerpa kearah Niza. Tolong! Tolong!

Mohamed berlari menuju ke kelas terdekat iaitu kelas tingkatan 5 sains pertanian. Ketika itu, cikgu yasmin sedang mengajar.

"Assalamualaikum cikgu. Maaf menganggu cikgu yang sedang mengajar. Tolong Niza cikgu, dia pengsan kat tangga hujung. Saya tak berani nak angkat dia. Bukan muhrim! "

"Astagfirullahalazim. Kenapa boleh jadi macam ni. Ok class kamu semua buat nota muka surat 54. Laila dan suhana sila ikut saya bersama. " pesan cikgu yasmin.

Tubuh Niza dipapah oleh suhana dan Laila. Mereka melewati kelas 5 sains yang merupakan kelas Niza. Cikgu Eusoff menjenguk keluar ketika cikgu yasmin turut melalui hadapan kelas.

"Kenapa dengan budak niza tu cikgu yasmin. ? "

"Dia pengsan kat tepi tangga hujung nak naik ke tingkat 4 tu. Nasib baik Mohamed nampak dan beritahu saya. Ni mesti cikgu Eusoff yang denda kan? Alahai cikgu ni, budak Niza tu kan tak sihat sepenuhnya lagi. Kalau ya pun, ringankan lah sedikit hukuman dia. " tegur cikgu yasmin dan meminta diri untuk pergi.

Apabila Eusoff memasuki kelas semula, semua pelajar mula berbisik-bisik. Hanya redza yang berani bersuara.

"Terima kasih cikgu Eusoff sebab layan sepupu saya sebegitu rupa. Niza tu tak sembuh sepenuhnya lagi. Kenapa cikgu sanggup buat begitu kat dia? Cikgu sendiri tahu Niza tu masih sakit. " redza keluar dari kelas tanpa meminta izin. Redza tergerak hati untuk melihat keadaan sepupu yang memang rapat dengan nya itu.

'Maafkan aku Niza. Aku tak ada niat nak kenakan kau macam tu. Aku bersalah. Aku silap. Aku minta maaf. Aku tak patut campur adukkan hal peribadi diantara kita berdua dengan hal sekolah. Aku sepatutnya profesional. Semua salah aku!!' getus hati kecil Eusoff.

Di bilik rawatan, aku ditemani oleh Mohamed apabila redza kembali ke kelas. Mohamed sendiri yang menawarkan diri kepada cikgu yasmin untuk menemani aku. Buat pertama kali, aku bercakap dengan baik terhadap Mohamed. Kalau sebelum ini, hampir setiap kali Mohamed menegur pasti aku akan memaki hamun nya.
Aku tak henti-henti tertawa dengan lawak selamba daripada Mohamed. Aku tak sangka Mohamed sebaik dan prihatin begini terhadapku. Kau berbeza dengan boyfriend sendiri. Dahlah dia yang denda aku, dia langsung tak jenguk aku kat sini.

Usai tamat subjek matematik tambahan, Eusoff menuruni anak tangga dan menuju ke bilik rawatan. Baru sahaja hendak memulas tombol pintu, Eusoff terdengar gelak ketawa daripada Niza yang bersilih ganti dengan suara Mohamed bercakap. Tombol pintu dilepaskan nya semula. Eusoff berdiri lama di sebalik pintu dan mencuri-mencuri dengar gelak ketawa Niza yang amat dia rindui.

Tapi, kenapa perlu Mohamed yang menemani Niza? Eusoff mula dihimpit dengan rasa cemburu seperti kelmarin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience