Chapter 23

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 23
Content: bab 23

Aku berjalan beriringan menuju ke kelas bersama redza. Tiada apa yang perlu aku kekok kan jika bersama redza. Aku sudah terbiasa dengan redza. Tidak mungkin akan ada pelajar lain yang mengesyaki sesuatu memandangkan aku dan redza sudah dikenali sebagai sepupu. Buku-buku tebal yang ada pada Redza aku Cuba ambil semula. tapi tangan redza lebih pantas mengangkat buku itu lebih tinggi agar aku tidak dapat mencapainya. Aku menjeling ke arah redza. Redza hanya gelak dan gelak sambil menjelirkan lidah.

"Bagi lah buku tu kat Niza! Nak Niza penyepak ke baru redza nak bagi ? " ujarku sambil mengilangkan tangan di hadapan kelas.

"How short you are baby. Siapa suruh warisi gen pendek keluarga. Kan dah terbantut ketinggian Niza. hahahahahaha. After this i'll buy calcium pil for you ahh. " jawab redza sambil menyerahkan buku kimia, biology dan buku matematik modern kepadaku. Aku segera pergi ke tempat duduk ku lalu menyimpan buku-buku di bawah laci. Aku kemudian nya mengeluarkan buku matematik tambahan untuk menyelesaikan kerja sekolah yang belum sempat disentuh semalam. Semalam aku ada 'aktiviti' yang perlu di settlekan dengan redza. Penat wehh buka hadiah walaupun baru majlis nikah yang diadakan.

Redza tiba-tiba mengambil tempat di kerusi lily yang masih kosong sambil membuka buku matematik tambahan. Dia pun tak siap lagi rupanya. Memang tepat jangkaan aku sebelum ini..

"niza ingat redza dah siap. Baru nak pinjam buku. Ingat nak copy paste je. "

"Macam mana nak siap kalau awak tak lepaskan saya keluar dari bilik semalam? Gedik nak mampus suruh redza bantu buka hadiah eiii! Kan dah tak siap kerja matematik tambahan ni. Mati lah kita berdua oleh boyfriend Niza tu. "

"Boyfriend? Cukuplah redza. Niza dah ada redza sebagai suami. No more Eusoff in my heart okay. Bagi Niza, eusoff sekarang cuma cikgu matematik tambahan untuk niza sahaja sekarang. Tidak lebih dari itu. Cukuplah Eusoff dah khianati Niza pada hari yang sepatutnya kami nikah. Hati untuk encik suami jee. " aku mengecilkan suara agar pelajar yang lain tidak mendengar perbualan kami berdua. Loceng sekolah sudah lima minit lalu berbunyi. Namun lily tak muncul lagi. Mungkin lily tak hadir sebab kurang sihat. Oleh itu, redza menukar tempat duduknya ke sebelah ku. Beg yang sebelum ini berada di sebelah ketua kelas kini dipindahkan ke kerusi lily.

Aku hanya duduk mendiamkan diri dan meletakkan kepala diatas meja sementara menunggu kedatangan manusia yang langsung tidak punya hati perut masuk mengajar. Entahlah, macam-macam rasa yang sedang aku rasakan sekarang. Semua nya sudah sebati dalam diri aku.
Agaknya, dapat atau tidak aku menghormati Eusoff selepas ini sebagai seorang guru walaupun sebenarnya dia adalah 'bakal suami tak jadi' untuk aku? Aku memandang redza yang masih tenang. Redza ni tak risau ke kalau Eusoff bagitahu semua orang tentang kami berdua?

"Kau tak payah nak takut Niza. Your husband ada kat sini selalu kan. Redza akan selalu lindungi Niza macam sebelum ni. Redza takkan bagi peluang pada Eusoff untuk jumpa Niza lagi. Apa-apa hal nak jumpa Niza, kena berurusan dengan redza dulu. Calm down sayang. I'm here for you. " redza senyum ke arah ku. Senyuman itu sudah cukup untuk menenangkan aku. Kalau Redza tiada, apa akan jadi pada aku agaknya.

Apabila Eusoff masuk ke kelas, aku lebih banyak mendiamkan diri dan menundukkan pandangan. Hanya redza yang boleh berlagak selamba selepas apa yang telah berlaku diantara kami bertiga. Dah macan kahwin ganti situasi aku semalam. Sepanjang Eusoff mengajar, aku lebih banyak meletakkan kepala di atas meja dan menutup mata.aku dah tak kisah kalau dia nak marah atau mengamuk sekalipun. Aku dah tak berminat dengan dia ataupun subjek yang dia ajar. Both of them aku dah benci. Sebelum keluar meninggalkan kelas, Eusoff sempat berpesan agar redza datang menemuinya di bilik ketua bidang matematik tambahan pada waktu rehat. Redza hanya mengangguk. Dia dah tahu kenapa Eusoff memanggilnya. Semua ni ada kaitan dengan Niza.

"Nak Niza teman? "

"Tak payah! Biar redza handle sendiri. Kalau Niza ada, susah nanti. Niza tolong belikan makanan kat kantin je ok. Takut tak sempat nak makan nanti. " jawab redza sambil menyusun semula buku nya ke dalam beg galas.

orked memandangku dengan pandangan mata yang tajam. Dia masih berdendam denganku selepas dia dan redza putus bulan lalu. Aku langsung tak tahu menahu apa-apa masa tu. Orked bertambah baran apabila redza duduk bersebelahan denganku kerana lily tak hadir ke sekolah hari ini. Aku tahu, perbuatan ku cukup membuatkan hati Orked terhiris. Aku faham dengan apa yang dia rasakan sekarang kerana aku juga perempuan. Perempuan punya hati yang lembut dan sensitif. Mungkin sudah tertulis jodoh redza dengan aku. Bukan Dengan Orked.

Bunyi sahaja loceng yang menandakan waktu rehat, redza menyerahkan wang Rm10 kepadaku. Katanya beli lah apa yang patut untuk dimakan. Tapi
Jangan lupa beli sekali makanan untuk dia. Aku berjalan sendirian menuju ke kantin sekolah. Di kotak fikiran aku hanya terfikir tentang redza sahaja. Apa agaknya akan terjadi nanti. Eusoff nak buat apa kat redza?

Redza mengetuk pintu bilik ketua bidang matematik tambahan. Setelah diberi kebenaran masuk barulah redza melangkah untuk masuk ke bilik Eusoff. Redza berdiri dihadapan meja Eusoff sambil memasang jam tangan nya.

"Hah kenapa cikgu nak jumpa saya? Saya ada buat salah apa-apa kat cikgu ke? " soal redza.

"Tak perlu nak pura-pura bodoh lah redza. Saya nak kamu ceraikan Niza. Serahkan Niza balik pada saya. Niza cuma cintakan saya sahaja. Dia tak ada hati pada awak langsung. Sedarlah redza! " herdik Eusoff.

"ceraikan Niza? Mimpi lah kalah Cikgu nak saya ceraikan Niza. Lebih-lebih lagi supaya dia boleh kembali ke dakapan cikgu? No way. She's mine now. Dia hak dan tanggungjawab saya sekarang. Cikgu yakin ke perasaan cinta dia untuk cikgu tak pudar lepas apa yang terjadi? Sudah-sudahlah sakitkan hati isteri saya cikgu. " balas redza dengan yakin.

Eusoff melempar fail hitam tepat ke muka redza. Redza cuma tersenyum sinis. Dia tahu Eusoff sudah cukup panas dengan apa yang keluar dari mulutnya.

"Lambat laun Niza akan jadi milik saya semula. Kamu tunggu dan lihat sahaja redza. Saya takkan biarkan jadi suami Niza untuk tempoh yang lama. "

Tiba sahaja dirumah, aku mengambil tempat di sisi katil. aku hanya menunggu Redza untuk menceritakan apa yang telah terjadi semasa dia berjumpa dengan Eusoff sehinggakan ada kesan lebam di bawah bibir redza. Lebam itu hasil daripada pergelutan mereka sebelum redza keluar dari bilik itu. Namun, redza langsung tidak menunjukkan minat untuk menceritakan semuanya pada aku. Redza lebih memilih untuk berahsia. Semua ni mesti salah aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience