Chapter 27

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 27
Content: bab 27

Seandainya Eusoff tidak melarikan diri hari itu sudah pasti kami sedang bahagia sekarang. Redza juga pasti tidak terheret sama dalam hal ini. Semua silap aku kerana membenarkan hati aku jatuh pada orang yang salah, Orang yang tidak tahu erti menghargai.
Eusoff hanyalah salah satu daripada beratus lelaki di luar sana yang hanya tahu memberi harapan palsu dan janji yang menggunung. Aku merenung wajah Eusoff yang sedang sibuk memberi penerangan dihadapan. Redza yang sudah kembali ke tempat asalnya mungkin tidak perasaan. Lily menyiku pergelangan tanganku berkali-kali agar aku kembali fokus di dalam kelas. Aku hanya menepis sikuan daripada lily jemah. Aku menundukkan dan meletakkan kepala di atas meja. Mata aku pejam rapat. Terlalu pening dengan penerangan panjang lebar daripada Eusoff. Aku sudah muak untuk belajar mata pelajaran matematik tambahan. ikut kata hati nak je aku drop subject ni. Memeningkan dan menyusahkan pelajar je suruh orang settlekan masalah dia. Masalah aku sendiri pun tak settle lagi.Aku menukar posisi dengan menongkat dagu sambil memandang ke arah papan putih kelas yang penuh dengan nombor-nombor dan formula yang memeningkan kepala. Matematik dan formula memang tidak boleh dipisahkan.

"Nizatul firdausi aszfar mari kedepan. Cikgu tengok kamu macam dah pro sangat untuk chapter ni sampai boleh tertidur sekejap tadi. Cuba selesaikan soalan c ni pulak. " aku pergi kehadapan kelas lalu mengambil markerpen daripada Eusoff. Mata Eusoff sempat menikam anak mata ku. Tanpa menunggu lama, aku segera cuba menyelesaikan soalan yang diberikan. Semalam sempat jugak aku dengan redza study chapter ni sama-sama. Faham jugak lah aku sedikit. Namun aku cuma mampu siapkan separuh jalan sahaja. Selebihnya aku buntu.

"Popular dalam sekolah pun tak guna kalau bodoh. Lawa pun tak guna jugak. Hah siapa boleh bantu Niza siapkan soalan ni? " Eusoff mengajukan soalan kepada rakan sekelas ku.

"Hemm sebab saya bodoh lah saya datang sekolah untuk belajar. Bukan nya datang sekolah untuk mengurat pelajar lepas tu tinggalkan pelajar tu bila dah puas perbodohkan pelajar sendiri. " aku kembali menyindir Eusoff. Merah menyala wajah Eusoff waktu itu. Aku dapat merasakan Eusoff terasa dengan sindiran ku. Ezlyn yang duduk di bahagian belakang pula masih tidak lekang memandang wajah Eusoff. Tahu lah ex boyfriend aku ni kacak!

"biar saya yang bantu Niza selesaikan soalan ni. " redza mengangkat tangan lalu terus ke hadapan dan mengambil marker pen dari tanganku. "Thanks sayang. " bisik ku perlahan dan aku yakin hanya redza dan Eusoff sahaja yang terdengar.
Aku kembali ke tempat duduk lalu memerhatikan redza menyambung jalan kerja yang aku tinggalkan tadi. Redza memang pro dalam subjek ini berbanding aku yang semenjak dari kecil lagi bangang abadi dalam bidang pengiraan.

Seperti yang diarahkan, aku membantu Eusoff mengangkat buku latihan kecil untuk turun ke bilik ketua bidang matematik tambahan iaitu ruang khas untuknya. Aku berfikir sepuluh kali jugak sebelum bersetuju memandangkan ada pelajar lain yang rela hati nak gantikan posisi ku untuk membantu Eusoff. Aku mengekori Eusoff dari arah belakang. Aku sengaja membiarkannya berjalan di hadapanku. Sampai sahaja di biliknya, aku segera meletakkan buku-buku tersebut di atas meja dan segera berpaling untuk membuka pintu dan keluar secepat mungkin. Belum sempat aku memulas timbul pintu, Eusoff terlebih dahulu mengarahkan aku duduk berhadapan dengan nya.

"Niza, saya tahu saya buat awak terluka. Saya dah sedar dengan kesilapan saya yang sebelum ini. Kita start balik relationship kita boleh? "

"Start back our relationship? Senangnya awak cakap Eusoff. Awak sedar tak awak tengah bercakap dengan isteri orang? Mana perginya pemikiran awak? Awak ni tolonglah jangan ganggu saya lagi. Saya dah give up dengan awak. Baguslah kalau awak dah sedar yang awak dah cukup buat hati saya terluka dan berparut. Dengar sini Eusoff Hashim, saya tekan kan sekali lagi saya dan awak tak mungkin akan ada apa-apa hubungan lagi selain guru dan pelajar. Saya tak mungkin nak sakitkan hati redza semata-mata untuk awak. Awak cuma pengecut yang larikan diri di hari pernikahan sendiri. Coward! " Aku mengherdik dan menghambur Eusoff dengan pelbagai makian. Cukuplah sebelum ni aku selalu lembut hati bila dia buat hal semasa kami bercinta dahulu. Cukuplah luka yang aku pendam selama ini. Aku segera kembali ke kelas.

Sekembalinya aku ke kelas, aku berbuat seperti biasa sahaja dihadapan lily yang masih sibuk dengan kerja sekolah nya yang belum disiapkan.

"Lily aku nak beritahu kau something ni. Rahsia besar. Kau kawan baik aku, aku tak sanggup sembunyikan benda ni daripada kau. Kau nak dengar tak? "

"I'm listening. "

"Aku dah kahwin dengan redza dua tiga hari lalu. Kau percaya tak? "

"Tak. Korang berdua kan sepupu."

"Kau tanyalah kat redza sendiri kalau kau tak percaya kat aku. "
lily memandangku dari atas kebawah sambil menjongket kening. Nama redza diseru oleh lily. Redza segera ke meja kami berdua apabila namanya dipanggil.

"redza betul ke kau dengan Niza dah kahwin? Korang berdua tak perbodohkan aku en? "

"Ha'ah betul lah kami dan kahwin. " ujar redza sambil tangan nya dimasukkan ke dalam poket.

"Baguslah kalau macam tu. Senang sikit aku kalau Niza ni kahwin jugak. Ada rupanya lelaki nak kat perempuan yang samseng macam Niza ni. Kau jaga kawan baik aku ni okay. " lily menyambung kerjanya semula yang tertangguh.

Orked datang menemui redza di gelanggang bola tampar sekolah. Orked datang dengan Seribu satu harapan menggunung untuk kembali bersama dengan redza. Orked rela untuk merendahkan ego nya demi menambat semula hati redza.

"Hai redza. Can we talk for a few minutes ? "

"Sure "

"Redza, Orked tahu sebelum ni Orked terlalu unsecure bila ada Niza berdekatan dengan redza. Tolong bagi Orked peluang lagi sekali boleh? Kita perbetulkan relationship kita berdua semula"

"Sorry Orked. Kita jadi kawan okay? Redza malas nak bercinta lagi. Baik fokus untuk spm. K lah Niza dah tunggu redza kat bawah pokok tu. Bye. "

Asyik-asyik Niza! Kau tunggulah nasib kau niza lepasni. Gumam Orked menahan marah dalam diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience