Completed
37009
Subject : Bab 12
Content: Bab 12
Ayah sudah duduk di sofa bersebelahan dengan mak. Aku pula duduk di lantai ruang tamu beralaskan karpet yang dibeli setahun lalu sambil memegang bekas kerepek pisang yang dibeli mak semalam. Sesekali aku melirik ke arah ayah dan mak yang masih mendiamkan diri. Tadi panggil aku suruh cepat-cepat turun. Bila aku dah turun diorang tak bercakap langsung. Ayah sibuk dengan surat khabar, mak sibuk dengan drama akasia Tundukkan Playboy Itu yang dilakonkan oleh Hafidz roshdi dan Uqasha senrose. Kalau aku tak buka mulut, entah bila perbualan nak mula.
"Tunggu satu balang yang penuh dengan kerepek ni habis dulu ke baru nak start bercakap. Tadi beria sangat suruh Niza turun. Sekarang Niza dah turun, tak bercakap pulak. Orang tua orang tua. " sindir ku sambil meniru gaya orang yang sedang pening.
Ayah dan mak kini saling berpandangan usai aku mula membuka mulut. Akhbar berita harian yang dibaca oleh ayah tadi diletak ketepi terlebih dahulu. Mak turut memperlahankan volume televisyen. Dahi ku mula berkerut. Nampak macam perbincangan yang sangat serius.
Antara hidup dan mati, antara masa depan yang cerah dan masa depan yang gelap.
"Niza. Tak lama lagi tempoh 4 bulan kamu akan tamat. Niza cuma ada dalam dua bulan lebih sahaja lagi. So how? Dah cakap dengan Eusoff? Ataupun kamu memang nak nikah dengan si taufik tu? " ayah memandang ke arahku. Balang yang berisi kerepek tadi aku letak di atas meja. Cuba untuk menarik nafas sebelum menjawab soalan ayah.
"Eii taknak lah Niza kahwin dengan Taufik tu. Dalam masa terdekat ni Niza akan cakap dengan Eusoff. Ayah rileks je k. " ujarku cuba meyakinkan ayah walaupun pada hakikatnya aku tidak mengetahui sejauh mana keikhlasan Eusoff untuk bercinta denganku. Apakah nota kecil sebelum ini cuma untuk mengenakan aku?
"Ingat tau Niza. Masa semakin singkat untuk Niza. " ayah sekali lagi mengingatkan aku. Aku mengangguk tanda faham.
Aku melarikan pandangan ke pintu rumah. Kalau lah abang long balik Malaysia malam ni jugak.
Tok tok tok.
Assalamualaikum...
Aku, ayah dan mak serentak berpaling ke arah pintu rumah. Suara itu sangat mereka kenali.
"suara Alongg! " perlahan sahaja suara mak. Aku segera berlari ke pintu untuk membuka pintu untuk abang long.
Mohamad iszfan firdaus! Tambahku lagi dengan nada yang girang. Masin jugak mulut aku ni. baru cakap sedikit, along dah terpacul depan rumah. Aku memeluk erat abang long. Tanpa aku sedari, air mataku jatuh bercucuran. Lama kami tidak bersua muka semenjak along menyambung pelajaran ke manchester.
"Why baby? Siapa buat baby I nangis ni? Siapa yang berani buli baby I masa I dekat luar? " soal Abang long apabila melihat air mata ku mengalir laju di pipi.
"Nanti Niza cerita. Abang pergi salam mak dengan ayah dulu k. Niza tunggu kat dapur. " aku menjuih bibir ke arah ayah dan mak yang sedang duduk di sofa. Aku segera berlalu ke dapur.
abang long cuma memandangku lalu mendekati ayah dan mak.
Abang long menyalam mak dan ayah.
"Mak, Ayah, kenapa babygirl iszfan macam ada masalah je? Mak dengnlan ayah buli dia sepanjang along kat oversea ? "
"Ish tak ada lah mak dengan ayah kamu ni nak buli anak sendiri. Nanti kamu tahu lah tu kenapa dia macam tu. Kamu pergi lah masuk bilik letak bagasi kamu dulu. "
"Yela mak. Iszfan naik dulu. Nanti Iszfan turun balik. "
Hampir 10 minit aku duduk di dapur menghadap kabinet. Pinggan mangkuk tersusun rapi. Mana lah abang long aku ni!
Kedua-kedua belah bahu ku disentuh lembut. Pasti abang long aku yang buat.
"Hello my babygirl. Kat mana kita nak start? Cerita lah dekat I kenapa boleh nangis tadi? Biasanya sambut abang dengan gelak ketawa. Why! Why! Why! Siapa yang berani sakitkan hati babygirl abang iszfan ni. "
"Abang. Actually mom and dad already gave me 4 month untuk beritahu boyfriend Niza yang dia kena masuk meminang Niza. Kalau tak, Niza akan dinikahkan dengan taufik dalam tahun ni jugak. Help me abang! Niza dah ada orang lain. Cuma Niza tak tahu nak cakap macam mana kat dia supaya di masuk meminang before bulan 4 habis. "
Mata abang long membulat. Seakan tidak percaya atas apa yang perlu satu-satunya adik perempuan yang dia ada perlu menghadapi situasi ini.
"Ayah dan mak dah gila ke apa. Kenapa nak nikahkan Niza tahun ni walaupun mereka tahu Niza akan ambil spm? Adoi chill babygirl. Abang long will help you to solve this problem. "
"Keputusan ayah memang takkan dapat diubah oleh sesiapa. Kalau hitam,hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Itulah ayah kita abang long. Abang sendiri tahu. Niza cuma perlukan cara untuk beritahu boyfriend Niza tentang hal ni. " aku menekup wajah dengan kedua-dua belah tangan.
"kita masih ada masa. now tell me who is your real boyfriend"
"Dia cikgu baru kat sekolah Niza. Sebaya dengan abang long jugak. Risau bercampur gusar dengan situasi aku sekarang. masa semakin suntuk untuk aku!
*******
Awal pagi lagi lily sudah membebel panjang di luar rumahku. Entah apa pulak yang dibebelnya di pagi sabtu ini. Suara lily aku boleh dengar dari ruang tamu walaupun pintu yanh diperbuat daripada kayu jati itu ditutup rapat.
Assalamualaikum! Niza buka lah pintu. Tekak aku dah haus ni. Laung lily dari luar. Aku mengarahkan abang long untuk membuka pintu memandangkan abang long yang kebetulan sedang membersihkan set golf ayah.
"Lamanya kau ambil masa untuk bukakan pintu untuk aku Niza oi. Basah ketiak aku datang sini jalan kaki. Skuter aku boleh rosak pulak kat depan sana tu.... ehh abang iszfan. Sorry ingatkan Niza tadi. " lily tersipu malu. Adoi macam mana lah si lily boleh membebel macam tu depan abang iszfan. Hahahaha
"Niza ada kat sofa tu baring. Lily pergi lah situ lepak dengan dia. Bukan main lagi dia ehh kalau membebel. Tak ada tanda noktah dan koma walau satu pun. " lily cuma tersengih.
"Hoi Minah sewel. Apasal hang tak roger aku pagi tadi yang abang hang dah mai balik malaysia? "
"Kejap. Kau ni Apasal cakap kedah ni? Rilek. Abang aku je kot. Bukan nya orang lain. "
"Malu lah aku oi. Dengan muka tak touch up lagi adoi. Kau ni pun satu niza! Nasib baik aku ada mandi tadi sebelum datang sini. Kalau tak, memang abang kau kena hidu bau perfume tahan lama aku. " lily melihat abang long melalui ekor mata.
"Lily jangan gatal sangat nak pandang-pandang abang aku cemtu. Kalau nak tengok, pandang terus. Jangan sembunyi-sembunyi. Itu gedik! " sindirku.
Share this novel