Chapter 14

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : Bab 14
Content: Bab 14

Petang itu, aku turun latihan bola baling seperti biasa. Sengaja untuk memenuhkan masa aku yang terluang waktu petang. Langsung tiada niat di hati untuk menambah amarah pada Eusoff. Aku terpaksa berlari sendiri memandangkan rakan sepasukan yang lain sudah lebih awal melakukan pemanasan badan. Aku meletakkan beg dan botol air di bawah pokok di hujung padang. Sebaik aku menoleh, aku terpandang Mohamed yang sedang melambai ke arahku sambil lari setempat. Aku turut membalas lambaian nya. Aku berlari-lari anak menuju ke arah Mohamed yang sedang menungguku.

"Hai Niza! Kau tak jerak lagi ke terkena bola hari tu? "

"Hai Mohamed. Alah sikit je tu. Teman aku lari boleh tak? Tidak jugak aku bosan kalau ada kau teman aku bercakap sambil lari." Mohamed mengangguk setuju. Aku melemparkan senyuman ke arahnya.

"Sudi jugak kau berkawan dengan aku kan Niza. Kalau before this, kau nampak muka aku ni pun macan kau nak cakar je. Kesian aku tahu tak. Penat tau tagih cinta you. Hahahaha " Mohamed masih lagi mengenakan aku. Jujur, semenjak beberapa hari ini, aku lebih selesa berkawan dengan Mohamed. He is a good friend actually.

Di hujung padang, aku terlihat Eusoff dan ezlyn sedang berdua-duaan. Mereka kelihatan rapat. Pandangan mata eusoff pada ezlyn juga sudah berbeza. Dulu dia hanya layankan sahaja, tapi kali ini nampak macam dia ikhlas terhadap ezlyn. Walaupun jarak mereka tidak terlalu rapat, aku tetap cemburu. Hati aku ni macam ada yang panah! Ya Allah sakitnya! Jerit hati kecilku. Aku segera memandang ke arah Mohamed yang memanggil namaku.

Aku mengejar jejak Mohamed yang sudah jauh meninggalkan aku dibelakang. Aku mengukirkan senyuman sebaik sahaja berada bersebelahan dengan Mohamed walaupun hakikatnya hati aku amat sakit dengan drama pendek yang aku saksikan tanpa sengaja tadi. Aku cuba menutup kesedihan yang sudah terkumpul didalam hati dengan menghiburkan hati sendiri.

"I'm done. Thanks Mohamed teman Niza lari tadi. Anyway good luck for your sukan saga kawan! Bye. "

"You to Niza. Take care. Jangan sampai kena bola lagi. "

Aku melambai ke arah Mohamed dan berlari ke arah team bola baling sekolah.

"Hai cikgu sumarni! I'm back. Boleh tak saya main handball semula? Saya nak sangat main untuk pasukan sekolah. This is my final year. Please cikgu."

"Heih Niza. Cikgu tak berani nak benarkan kamu main semula. Encik aszfar dah beri amaran pada saya agar tidak benarkan awak bersukan buat masa sekarang. Maafkan saya Niza. Niza boleh duduk kat sini tengok diorang latihan kan? Bagi sokongan dekat kawan-kawan tau? Kalau ada silap step tolong tegur. " pesan cikgu sumarni.

aku duduk di kawasan yang redup. Kalau tahu aku tak dibenarkan bermain lagi, baik aku duduk rumah dating dengan abang long aku! Huhh menyesal turun petang! Dah lah terpaksa jaga mata supaya tak terpandang drama satu episod antara Eusoff dan ezlyn, aku terpaksa jugak tahan hati supaya tidak mengamuk kat tengah padang.

Aku membuka telefon lalu mencari kenalan yang aku simpan atas nama Redza pinguin. Hemm semua orang terdekat aku akan letak nama binatang kat belakang actually. Tu salah satu benda pelik tentang aku.

"Hello redza kau kat mana? Datang padang sekarang please. Teman aku lepak. "

"Aku dengan abang long kau ni hah on the way ke sekolah. Tunggu kami berdua okay. Jangan tanya aku kenapa aku ada dengan abang long sekarang. Nanti kami explain. Byeeee "

Aku menggelengkan kepala. Dua menatang ni dah macam gayboy je aku tengok. Pantang kalau abang aku balik malaysia, ada je diorang nak buat bersama. Dari kecil lagi diorang berdua memang rapat sangat. Macam diorang dua yang adik beradik. Aku mengalihkan mata ke tengah padang. Mataku tertumpu pada Mohamed yang sedang melakukan fittness bersama atlet olahraga sekolah sebagai persediaan sukan saga.
Sesekali, Mohamed melemparkan senyuman apabila terpandang aku yang duduk di tepi padang.

Eusoff, tolong put down your ego please. Don't do this to me. Aku dah rindukan kau. Kenapa perlu sakitkan hati Niza sampai macam ni sekali? Apa salah Niza? Penjelasan Niza langsung Eusoff taknak dengar.

Niza !! Awas bola!

Aku menutup wajah dan kepala menggunakan beg sekolah. Hampir 15 saat aku berkelakuan begitu. Apasal bola tak kena aku pun. Perlahan-lahan aku menurunkan beg. Eusoff sedang memegang bola yang digunakan dalam permainan bola baling.

"Lain kali jangan berkhayal kat sini. Takkan nak pisang berbuah dua kali. Kat sini untuk bersukan, bukan nak berkhayal" sindir Eusoff.

"Hem baiklah cikgu Eusoff. Saya faham. Padang ni pun untuk bersukan, bukan untuk buat drama sebabak. " aku melemparkan kembali paku buah keras kepada Eusoff. Biar dia tahu mulut aku ni macam mana kalau menyindir. Eusoff yang sudah terasa hati meninggalkan aku lagi dan kembali ke arah ezlyn yang sudah tergedik-gedik menunggunya.

Senyap semula.

Nizatul firdausi aszfar!

Suara abang long dan redza menerpa telingaku.

"Lamanya korang berdua sampai. Bosan tahu tak duduk seorang-seorang duduk kat sini. "

"Sampai hati kau kan Niza tak cerita kat aku yang cikgu Eusoff tu sebenarnya boyfriend kau. Hemm macam ni ke cousin? " redza bersuara. Tak lain tak bukan, mesti abang long yang pecahkan rahsia. Aku membesarkan mata ke arah abang long.

"Sorry babygirl. Abang ingat redza dah tahu. Sebab tu abang main cakap je kat dia masa dalam kereta. "

"Nak buat macam mana kan. Tapi aku nak kau tutup mulut ekk redza. lagipun kami berdua masih gaduh. Dia nampak aku dengan abang long kat taman lepastu dia kata aku curang. Hahahahaha. " aku gelak sepuas hati sehingga berjaya menarik perhatian Eusoff. Eusoff memandang tajam ke arahku sebaik sahaja melihat abang long sedang meletakkan tangan nya ke bahuku. Aku dan redza masih bergelak ketawa dengan abang long yang menceritakan pengalamannya belajar di manchester.

" maaf orang luar tak dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah. " tegur Eusoff yang secara tiba-tiba muncul berdekatan kami.

"Actually saya bukan orang luar. Saya lepasan sekolah ni. Saya datang nak tengok keadaan sekolah ni sebenarnya. " jawab abang long.

"Sekali nak tengok teman wanita awak kan? Budak Niza ni teman wanita awak bukan? Kalau bukan sebab Niza, awak tak akan muncul kat sini. "

"Oh ya. Lupa pulak saya nak perkenalkan diri. Saya Iszfan firdaus bin aszfar. Abang kepada Nizatul firdausi. " Seperti menerima tamparan yang kuat, riak wajah Eusoff berubah serta merta. Malu mungkin. Aku dan redza hanya menahan ketawa. Ikutkan hati, nak je aku bergolek-golek kat padang sambil ketawakan Eusoff sekarang. Muka dia macam muka edward cullen tertelan buah anggur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience