Completed
37009
Subject : Bab 32
Content: Bab 32
Daun pintu Wad ditolak perlahan oleh sarah. Mujurlah sarah bersetuju untuk pulang semula ke malaysia sewaktu aku menghubungi nya semalam. Aku yang duduk di birai katil melemparkan senyuman kepada sarah. Entah bagaimana aku boleh tabah dan kuat begini apabila berhadapan dengan orang yang menjadi punca perkahwinan ku dengan Eusoff terbatal. Eusoff tika ini masih tertidur.
Aku menjemput sarah untuk duduk di sebelah kanan katil manakala aku di sebelah kiri. Kami berdua hanya berdiam diri sementara menunggu Eusoff sedar dari tidurnya.
Dalam masa yang sama, fikiran ku asyik menerawang memikirkan ed yang masih tidak dapat aku hubungi semenjak semalam. Abang Isz juga tidak dapat menghubungi ed sama sekali. Betapa marahnya ed pada aku. Ed perlu tahu hal yang sebenarnya.
Riak wajah sarah menunjukkan bahawa dia terlalu risau dengan keadaan Eusoff sekarang. Aku tahu yang sarah begitu mencintai Eusoff dengan ikhlas. Begitu juga sebaliknya untuk Eusoff. Aku yang salah sebab pernah wujud dalam hidup Eusoff sepanjang pemergian sarah untuk sementara waktu.
Mulut ku masih terkunci daripada memulakan apa-apa bicara. Seakan-akan ada gam yang melekatkan bibirku daripada terbuka dan berbual dengan sarah. Sarah masih memegang erat jari jemari Eusoff. Cuba untuk memberi kekuatan pada Eusoff. Sungguh, aku sangat cemburu dengan apa yang sedang aku lihat sekarang. Ingin sahaja aku keluar dari ruangan ini.
Terbatuk-batuk Eusoff semasa sedarnya. Cuba untuk mengamati kedua-kedua wajah di kiri dan kanan nya. Eusoff tersenyum kelat.
"Terima kasih sarah sebab datang lawat Eusoff kat sini. Maaf sebab susahkan sarah kena flight ke sini semula. Eusoff memang suka menyusahkan semua orang. "
"Sama-sama. Sarah kan kawan baik Eusoff? Takkan sarah nak biarkan Eusoff menahan sakit seorang diri? Sarah memang salah sebab tinggalkan Eusoff seorang diri kat malaysia and balik Brunei sambung study walaupun sarah sendiri tahu yang Eusoff sedang sakit tenat."
Sambung study? Bukan nya sarah tinggalkan Eusoff sebab sarah mainkan Eusoff lagi ke? Bisik hati kecil ku. Eusoff menolak lengan sarah sedikit. Sarah terlepas cakap sesuatu rahsia. Satu rahsia telah diungkap sendiri tanpa disedari.
"Sambung study? Bukan nya sarah balik Brunei sebab melarikan diri dari Eusoff ke? " soalku penuh yakin untuk mendapatkan jawapan sebenar.
"Eusoff, I think you should tell her the truth. Sarah keluar dahulu kejap cari makanan. Talk to her okay. " ujar sarah lalu berdiri dan meninggalkan aku dan Eusoff berdua.
"Apa yang dah jadi sebenarnya Eusoff? Apa yang awak dah rahsiakan daripada saya? " ujarku .
" Niza maafkan aku Eusoff sebab dah tipu Niza sekali lagi masa hari yang sepatutnya kita kahwin dahulu. Sekarang dah sampai masa untuk Eusoff jujur dan cerita pada Niza. Memang betul sarah adalah bekas teman wanita Eusoff. Tapi kami berdua lebih kepada berkawan selepas kami berdua bertemu semula. Tidak pernah lebih dari itu. Hati Eusoff 100 peratus memang untuk Niza seorang. Eusoff terpaksa melarikan diri masa kita kahwin dahulu sebab Eusoff taknak Niza sedih bila Eusoff akan meninggalkan nanti. Eusoff tak ada banyak masa Niza. Tak mungkin Eusoff nak bahagiakan Niza untuk sementara walaupun akhirnya nanti Niza harus kehilangan Eusoff. "
"Apa kaitan hal ni dengan
sarah? " soalku sambil mengesat air mata yang hampir mengalir ke pipi.
"Kebetulan sarah memang nak ke Brunei, Eusoff terpaksa pergunakan nama sarah untuk meyakinkan dan menjayakan lakonan Eusoff. Eusoff dapat tahu yang Eusoff ada barah otak tahap tiga masa tu. And now, Eusoff dah dalam tahap 4. Tak lama lagi Eusoff akan mati. " tambah Eusoff.
"Sanggup kan Eusoff buat Niza macam tu? Kenapa Eusoff tak pernah cerita yang Eusoff tengah sakit? Niza ni tak penting ke buat Eusoff masa tu? Niza rasa macam Niza ni tak guna je tahu tak ! "
"Look at me. Menyakiti hati Niza sama seperti Eusoff menyakiti hati Eusoff sendiri. Eusoff taknak tengok Niza sedih kalau Eusoff cerita yang Eusoff sakit. Senyuman Niza adalah penawar terbaik untuk Eusoff . " tambah Eusoff sambil memegang erat jari jemari ku.
"Umi dan walid macam mana? Diorang tahu tak awak sakit? Kenapa perlu berahsia sampai macam ni sekali. "
" Umi dan walid tak tahu apa-apa. Jangan cerita apa-apa pada mereka berdua. Eusoff tak nak mereka risau dan jatuh sakit kalau dapat tahu hal ni. Satu Eusoff nak minta tolong bila Eusoff dah mati nanti, jangan beritahu sebab utama Eusoff mati ok. Eusoff tak nak Umi dan walid sedih. Janji ok? "
Eusoff menunjukkan simbol pinky-promise dan aku turut melakukan pinky-promise. Aku menahan sebak. Aku perlu sentiasa senyum bila dihadapan Eusoff. Aku tak mahu hari-hari terakhir kami berdua penuh dengan tangisan. Biarlah aku bahagiakan Eusoff semasa detik terakhirnya. Aku langsung tak menyangka Eusoff sudah melakukan pengorbanan sebesar ini cuma untuk melihat aku bahagia bila dia tiada nanti. Segala anggapan ku dahulu sudah meleset. Eusoff terlalu baik dan sanggup mengutamakan aku dahulu dari dirinya sendiri.
"Sayang Eusoff kenapa sedih ni? Janganlah sedih okay. I know Niza ni tabah dan kuat. Kalau tak, tak mungkin Niza still ada kat sini walaupun Eusoff dah pernah porak-perandakan wedding sendiri dahulu. " Eusoff ketawa lagi. Ketawa itu terlalu di buat-buat. Aku tahu Eusoff masih menahan sakit.
"Hmmm. Tak ada cara lain ke nak tolong ucopp? "
"Dah tak ada jalan lain. Eusoff tunggu turn je ni untuk jumpa Tuhan. " tambah Eusoff lagi.
"Ucopp ingat lawak ke? " aku mencebik. Eusoff terdiam semula.
Pada malam hari yang sama, pintu bilik diketuk dari luar. Redza dah balik ke? Aku segera menyanggul rambut lalu membuka pintu bilik untuknya. Sebaik sahaja pintu bilik aku buka, ed memeluk ku erat.
"Wait ed wait. Kenapa ni? "
"Sorry Niza. Ed terlalu melayan ego semalam sampai ed taknak dengar penjelasan daripada Niza. Maafkan ed boleh? Ed cuma tak nak kehilangan Niza dalam hidup Ed. ed dah tahu semua nya. "
"Niza dah maafkan ed dah. Tapi
Macam mana ed boleh tahu semuanya? " soalku.
"Ed terjumpa sarah petang tadi kat multibake dekat hospital. Dia dah cerita semua pada ed. Again sayang, ed minta maaf. " ed mengucup dahi ku. Mujurlah sarah terserempak dengan ed dan menceritakan segala-segalanya pada ed. Semua nya seperti dirancang lebih awal. Perancangan Tuhan memang selalu pelik dan sukar untuk diteka.
Share this novel