Completed
37009
Subject : bab 30
Content: bab 30
Orked orked!
Aku memanggil orked. Aku hendak perbaiki hubungan ku dengan orked yang sudah sekian lama renggang. namun, orked langsung tidak memperdulikan ku yang tercungap-cungap mengejarnya di belakang. Sikit pun orked enggan menoleh ke arah ku. Begitu tebal perasaan benci dan marah orked pada aku. Kalaulah orked tahu aku dan redza dah nikah, entah apa pula reaksi nya kelak. Pasti orked akan semakin membenci dan mengelakkan diri dari aku nanti.
Ketika tiba di hadapan kelas, Aku memberanikan diri untuk mendekati orked dan menegur nya dengan cara memegang bahu kanan nya.
"Kau nak apa lagi hah perempuan! Kau tak puas lagi ke jadi punca aku dengan redza putus. Jauhkan diri kau dari aku kalau kau taknak menyesal. "
"Aku nak minta maaf kat kau orked kalau kau anggap aku jadi punca. Aku dengan redza memang rapat en. Lagipun kita orang cousin. Tolong lah maafkan Niza orked. Niza sanggup buat apa je untuk yakin kan orked . "
"Apa-apa je? "
Orked mengangguk.
"Jauhkan diri kau dari redza. "
Aku mengangguk tanda setuju kepada orked. Aku mengetap bibir. Jauhkan diri dari redza? Itu satu perbuatan yang tidak mungkin aku mampu lakukan. Takkan aku nak jauhkan diri dari suami sendiri. Tapi macam mana dengan hubungan persahabatan aku dengan orked kelak? Aku buntu dan aku terpaksa bersetuju dengan arahan orked demi untuk memperbaiki hubungan kami berdua. Aku kembali ke tempat duduk ku. Pelajar lain masih belum kembali ke kelas. Hanya aku dan orked sahaja yang lebih awal menyiapkan kerja tadi. Fikiran ku menerawang memikirkan permintaan orked tadi. Amat sukar untuk aku lakukan. Permintaan nya begitu diluar jangkauan. Satu persatu pelajar lain masuk ke kelas sementara loceng pertukaran subjek belum berbunyi. Subjek seterusnya adalah subjek matematik tambahan. Lepas ni aku kena sadokan hati aku jugak. Eusoff tak habis-habis lagi nak tackle aku semula walaupun dia sendiri tahu aku ni dah jadi bini orang.
*****
Seperti yang dijanjikan, aku menemui Eusoff dibelakang koperasi sekolah. Ada sesuatu yang Eusoff cuba sampaikan kepadaku. Aku bersetuju sahaja. Aku menuju ke belakang koperasi. Kelibat Eusoff sudah ada disitu. Aku bersandar pada dinding simen koperasi menghadap ke arah Eusoff.
"Kenapa cikgu nak jumpa Niza kat sini? "
"Eusoff nak minta maaf pada Niza atas apa yang telah berlaku sebelum ni. Eusoff harap Niza dapat memaafkan Eusoff. Eusoff tak akan ganggu lagi lepas ni. Eusoff dah belajar untuk terima kenyataan. Maafkan Eusoff sebab lari dari kenyataan sebenar. Bukan nya sebab Eusoff tak punya rasa sayang pada Niza sehinga lari dari hari perkahwinan kita. Eusoff cuma keliru dengan perasaan sendiri. maafkan Eusoff sebab lari hari tu , satu hari nanti Niza akan tahu kenapa. " terang Eusoff.
"Tapi kenapa Eusoff sanggup buat Niza macam tu sekali? Kenapa Eusoff tak boleh sempurnakan cerita cinta sendiri? Eusoff ada masalah yang Eusoff tak share pada Niza kan. Sakit tahu tak hati Niza. I'm hurt because what have you done. "
"Hati Eusoff sendiri sakit apabila Eusoff sakiti hati Niza. Eusoff pun sakit melihat Niza menahan sakit hati. "
"Tapi kenapa Eusoff kenapa! "
Air mata ku menitis perlahan. Sakit yang terasa kembali menyerang lubuk hati yang paling dalam.
"Satu hari nanti Niza akan faham. Jaga perkahwinan Niza dengan redza. Eusoff cuma nak Niza tahu yang hati dan perasaan Eusoff cuma untuk Niza sampai bila-bila. Eusoff mungkin tak reti nak kota kan janji, tapi Eusoff akan sentiasa doakan Niza bahagia. Eusoff cuma boleh mengagumi Niza walau Eusoff tahu yang Niza takkan jadi milik Eusoff lagi. " tambah Eusoff sambil menahan esak. Aku cuba menghapus ombak sebak di dada sebelum mengangkat wajah melihat ke arah Eusoff. Tatkala aku mengangkat wajah, mata Eusoff berair. Eusoff menangis. Kali pertama aku melihat Eusoff menangis dihadapan ku sendiri. Apa sebenarnya yang sudah terjadi? Kenapa Eusoff boleh menjatuhkan air mata dihadapanku. Aku semakin keliru dengan situasi ini. Ada sesuatu yang Eusoff sembunyikan dari pengetahuan ku. Eusoff mengarahkan aku untuk kembali ke kelas memandangkan waktu rehat akan tamat dalam masa beberapa minit lagi.
Aku mengesat air mata yang mengalir di mata Eusoff menggunakan sapu tanganku. Kemudian, Eusoff mengambil sapu tanganku lalu mengesat air mata ku pula. Entahlah, kenapa satu perasaan aneh kembali muncul. Eusoff tidak pernah berperangai begini. Perubahan yang terlalu ketara. Bohong kalau aku kata aku tidak risau dengan keadaan nya sekarang.
Usai itu, aku kembali ke kelas dengan seribu satu soalan yang masih belum terjawab.
Di dalam kelas, aku hanya melarikan pandangan ke luar tingkap semasa sesi pembelajaran subjek matematik moden berjalan. Aku langsung tiada mood hendak belajar selepas bertemu Eusoff tadi. Aku rasa risau dengan Eusoff. Entah apa yang sedang dia hadapi sekarang. Siku ku ditolak lembut oleh lily.
"Weh kau kenapa macam moody semacam. Kau jangan main-main Niza. Spm around the corner babe. "
"Ntahlah. Aku rasa tak sedap hati. "
Jelasku lalu memandang ke arah redza pula.
"Alah rileks lah. Tu cuma perasaan kau je. Dah fokus cepat kat cikgu tu. Nanti kita berdua kena baling dengan duster hitam. " tambah lily lagi.
Kotak fikiran kembali menyorot permintaan orked si bunga busuk. Mampu kah aku mengelakkan diri daripada redza, suami ku sendiri?
Share this novel