Chapter 16

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 16
Content: bab 16

Aku mempercepatkan langkah agar segera tiba di taman. Sakit, perih, geram dan marah sudah bercampur baur di dalam hatiku. Macam nak terkeluar biji mata bila melihat gambar yang Ezlyn upload di laman sosial instagram miliknya. Dengan senyuman Eusoff yang tak lekang dibibir, gaya Ezlyn yang menyampahkan aku. Dan satu lagi bila part Ezlyn memegang hidung Eusoff. Heih nak tunjuk sweet lah tu. Sweet kepala hotak dia! Dalam banyak-banyak lelaki kat sekolah, apahal Eusoff jugak tempat dia menggedik. Ramai lagi lelaki kat sekolah ni. Boyfriend aku jugak yang dia nak.

Dari jauh, eusoff sudah kelihatan duduk di bangku taman. Tengok muka eusoff pun hati aku ni dah bertambah panas! Tangan aku silangkan sebaik sahaja tiba di hadapan Eusoff sambil menarik muka marah. Kalau boleh nak je aku tendang mamat ni masuk dalam tasik. .

"Senyum lah sikit. Apasal muka sayang kencang gila? Macam nak telan by je." Eusoff senyum.

"Ha'ah memang aku nak telan kau sekarang Eusoff! Cukup lah wehh kau buat macam ni. Enough! Aku dah fed up dengan kau. " herdik ku.

"Apa salah by kat sayang? Apa yang by buat sampai sayang mengamuk macam ni pada by? Bagitahu pada by. "

"Enough lah Eusoff. Kau sendiri tahu aku tak suka dekat Ezlyn tu. yang kau layan kan sahaja dia punya gedik untuk bergambar tu kenapa? Come on Eusoff. Kau jangan buat-buat tak faham. Aku sendiri yang girlfriend kau ni pun tak berani nak upload gambar berkaitan dengan hubungan kita kat instagram. Aku sendiri jugak tak pernah bergambar macam tu dengan kau. Cover lah sikit Eusoff! Kau tu cikgu kat sekolah. Apa pandang guru lain and pelajar kalau tengok gambar tu? "

"My fault my fault. Sorry sayang sorry. By tak bermaksud apa-apa. By cuma layankan sahaja budak tu. Tak ada niat lain. I know but please bagi by peluang untuk explain satu persatu. "

"You don't need to explain anything to me. Hubungan kita setakat sampai sini sahaja. Kau pergilah pada Ezlyn audrani. Aku tak kisah. Mungkin memang jodoh aku dengan taufik. "
Aku berlalu meninggalkan Eusoff. Tangan ku dipegang erat oleh Eusoff. Eusoff menggeleng kerana enggan melepaskan aku pergi. Aku meleraikan pegangan itu tanpa perlu menatap wajah Eusoff. Aku cuba berlagak kuat dihadapan nya walaupun hakikat yang sebenar hati aku sudah rapuh dan hancur. Aku menahan sebak. Tidak mungkin aku akan mengalirkan air mata disini. Kenapa Eusoff kenapa!

"Please Niza dengar penjelasan by terlebih dahulu. By cuma anggap Ezlyn tu sebagai anak murid sahaja. Tidak mungkin lebih. Itu cuma gambar sahaja sayang. Takkan sebab gambar sahaja sayang nak melenting sampai nak putuskan relationship kita? " Eusoff maju setapak ke hadapan dan menarik ku kedalam dakapan nya. Aku menolak kasar Eusoff kebelakang.

"No need to do that! " aku berkeras dan berganjak dari situ.

Sudahlah Eusoff. Sebelum ni aku pernah jugak tengok Ezlyn bertepuk tampar dengan kau kat koperasi hari tu. Cuma aku butakan mata sahaja. Aku anggap itu cuma cara kau untuk rapat dengan para pelajar kau. Aku silap. Itu cara kau untuk sakitkan hati aku sebenarnya. Kau berjaya Eusoff. Mungkin aku memang tak layak untuk bahagia, gembira dan ada memori remaja yang akan aku ingat. Mungkin juga, memang sudah takdir untuk aku menjadi isteri kepada taufik. Pilihan ayah dan mak mungkin mampu buat aku gembira. Aku perlu kuat dan aku juga perlu tabah.

Farith Hilman, aku rindu kau. Aku rindu semua memori yang kita cipta bersama. Aku rindu semua benda tentang kau, gelak tawa kau dan sikap kau yang sentiasa tenang bila dengan aku. Rasa sayang dan cinta mungkin sudah berkurangan kerana terkubur bersama dengan arwah, tapi rasa rindu masih utuh di dalam hati. Tapi Tuhan lebih sayang kau. Memori lama bersama arwah Farith Hilman kembali menerjah memori.
Aku mengesat air mata. Pantang bila melihat wajah arwah, pasti aku akan mengalirkan air mata. Kotak hadiah bersaiz segi empat itu aku tutup semula. Di dalam kotak itu lah terkandung semua kisah cinta aku dan Farith Hilman.

Pintu bilik diketuk dan bersilih ganti dengan suara Abang long memberi salam. Aku segera memasukkan kotak itu ke dalam laci berkunci.

Come in!

"Hey baby girl. Eusoff ada kat bawah tu nak jumpa. Muka dia kenapa lain macam? Both of you gaduh ke? "

"Bagitahu dia Niza sedang tidur. Niza taknak jumpa dia. Suruh dia jangan cari Niza lagi. Kami berdua dah tak ada apa-apa hubungan. Niza fed up! " aku menarik selimut dan menutup muka.

Iszfan menuruni anak tangga dan menuju ke ruang tamu untuk bertemu dengan Eusoff yang sedang tunduk melihat lantai. Iszfan memegang bahu Eusoff dan tersenyum.

"Eusoff, kamu balik lah dulu. Nanti Isz pujuk Niza. Isz tak perlu risau. Sekejap je tu Niza mengamuk kat Eusoff. Sabar okay dengan perangai budak Niza tu. "

"Baiklah abang isz. Eusoff minta diri dulu. " Eusoff memandang anak tangga dan kemudian memandang abang Isz lalu pergi meninggalkan rumah.

Aku mencapai gitar yang aku letakkan di tepi katil. Aku membuka telefon lalu meletakkan nya di hadapanku. Front camera aku aktifkan. Aku memetik gitar sambil menyanyikan lagu yang mengena dengan situasi ku sekarang.

Adakalanya ku rasa curiga
Adakah kau disana tidak mendustakan cinta kita,
Adakalanya ku sunyi kau tiada
Sepertiku hilang arah
Hanya rindu yang membara

Aku gembira engkau ketawa
Aku terluka engkau merana
Itulah hidup bercinta
Adakala derita..

Pergilah engkau pergiii...

Video selama 15saat daripada video asal aku muat naik ke laman instagram. Itulah aku. Kadang kala menulis novel, gubah lagu dan buat cover lagu seperti yang sedang aku lakukan sekarang.

*****

Seperti yang dijanjikan, redza datang ke rumahku pada malam itu. Cuma redza menjadi tempat aku meluah. Nak meluah dengan lily, lily langsung tidak tahu menahu tentang hubungan ku dengan Eusoff. Hanya redza yang boleh. Redza mengambil balang yang berisi kerepek pisang di ruang tamu. Malam itu, cuma aku abang long dan redza sahaja di rumah. Ayah dan mak pergi bermalam ke rumah redza. Redza pula akan tidur di rumahku malam ini. Aku menerangkan satu persatu tentang punca pergaduhan ku dengan Eusoff. Redza dan abang long cuma mendengar dan tidak menyampuk. Kadang kala si redza ni menyampuk jugak lah sedikit.

"Bangang nya kau ni Niza. Gambar je kot. Tu pun kau nak besarkan cerita. Heih tak faham lah aku dengan perangai perempuan sekarang ni. " redza mengetap bibir.

"Kau tak tahu redza, benda sekecil zarah pun boleh jadi isu pada perempuan. Kau ni pun bercakap pakai kepala lutut. Perempuan ni macam baby yang tak pandai membesar. Kena jaga hati diorang ni betul-betul. " abang isz menyampuk.

"Niza rasa Niza nak putus dengan Eusoff. Niza malas nak berfikir lagi. "

"Bodoh nya kau Niza. Kau dengan cikgu Eusoff tu macam cincin dengan permata tahu tak? Takkan kau nak mengaku kalah dengan Ezlyn tu wehh. Ku seru padamu saka kejahatan untuk bersatu dengan Nizatul firdausi aszfar" aku memukul kepala redza yang masih sempat bergurau. Dia ni dalam sehari memang tak sah nak kenakan aku. Bangang punya sepupu.

"Betul kata redza tadi tu. Adik abang ni lawa apa jika nak dibandingkan dengan budak Ezlyn tu. Dengar nama pun dah tahu buruk orang nya. Lagipun Niza nak ke kahwin dengan taufik? " Redza memandangku dan abang long bersilih ganti. Oh ya, dia tak tahu lagi soal taufik. Redza pun benci dengan taufik tu sebenarnya. Musuh dalam selimut katakan. Aku menyuruh abang long untuk menjelaskan perkara sebenar kepada redza.

"Kalau macam ni lah cerita nya Niza, baik kau kahwin dengan aku jela. Aku lagi handsome dari si taufik tu. Kau rileks k. Kalau kau tak berjodoh dengan Eusoff, aku ada untuk jadi suami simpanan kau. " redza mengangkat kening.

Macam ada yang nak hilang kepala nampaknya malam ni !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience