Completed
37009
Subject : Bab 20
Content: Bab 20
Eusoff sedang menemani sarah d kedai tudung. Wajah sarah dipandang penuh kasih oleh Eusoff. Hati Eusoff masih terpaut rasa sayang pada sarah. Kalau tidak, tak mungkin dia masih disini dan menemani sarah. Sarah senyum ke arah Eusoff. Dan senyuman itu dibalas oleh Eusoff semula. Menemani sarah untuk membeli tudung sudah menjadi kebiasaan Eusoff ketika bercinta dengan sarah dahulu. Tapi waktu itu sarah jarang mengenakan tudung. Hanya ketika ada majlis formal sahaja dia akan bertudung. Tapi sekarang Alhamdulillah sarah sudah bertudung sepenuh nya.
Sarah mengambil dua helai selendang hanis zalikha yang berbeza warna lalu ditunjukkan nya kepada Eusoff bagi meminta pendapat.
"Ucopp! Bagi Eusoff mana satu sesuai untuk sarah? Colour mana yang cantik pada mata Ucopp? "
"Colour turqoise tu lebih sesuai untuk sarah. tapi kalau orang lawa macam sarah ni pakai shawl colour apa pun tetap akan lawa. Jangan risau. " Eusoff mengambil shawl itu lalu di letakkan nya di kepala sarah. Mata mereka bersatu. Dada kedua-dua mereka semakin berombak. Adakah perasaan lama muncul semula? Eusoff melarikan pandangan nya lalu keluar dari kedai tersebut sementara menunggu sarah membuat pembayaran.
Semasa di dalam kereta, Eusoff dan sarah masih sempat bergelak ketawa sebelum dj radio Hot.fm memutarkan lagu mewangi. Eusoff dan sarah terdiam. Bait kata yang terdapat di dalam lagu itu sungguh mendalam. Cukup padu untuk terkena pada hati Eusoff dan sarah yang masih keliru dengan perasaan sendiri.
"Ucopp hantar sarah sampai coffee house k. Ucopp taknak sarah ke mana-mana lagi lepas ni. Terus balik rumah. Kalau ada apa-apa call je ucopp. Anything for you sarah. " ujar Eusoff sambil memandu kereta menuju ke coffee house.
Aku Masih teguh berdiri di luar butik Rizman Ruzaini untuk menunggu Eusoff. Cadangku untuk masuk bersama dan mengambil ukuran badan untuk baju akad nikah. Aku melihat ke kiri dan ke kanan. Batang hidung pun langsung tak nampak. Janji pukul 10. Sekarang dah nak pukul 11. Janji melayu memang susah nak dipercayai zaman sekarang. Mana lah pergi nya Eusoff ni. Takkan dia sesat kat tempat kelahiran dia sendiri.
Aku membetulkan rambut yang sudah serabai Sambil menggunakan front camera telefon sebagai cermin. Sempat juga aku mengambil beberapa selfie. Gambar yang paling buruk aku hantar kepada Eusoff. aku peduli apa. Let him see how ugly am I without make up. Aku melihat jam di tangan. Eusoff masih belum tiba lagi. Kereta yang berhenti di tempat parkir hadapan ku membuatkan aku tersenyum lebar. Aku ingat kan Eusoff terlupa untuk datang fitting baju. Ternyata tidak.
"Sorry ugly girl. Bae awak ni ada kerja sikit tadi. Anyway, kat dalam gambar tadi buruk gila muka sayang. Bila tengok face to face ni pun tetap buruk. Ingatkan lawa sikit. " tipu Eusoff. Kerja? Sebenarnya dia baru sahaja hantar sarah pulang ke rumahnya selepas keluar bersama.
"Okay. Dah jom masuk fitting baju. Abang rizman dengan abang ruzaini dah ada kat dalam tunggu tu dari tadi." aku menolak daun pintu butik lalu masuk ke dalam diikuti dengan Eusoff. aku sempat melihat sekilas ke arah Eusoff. Matanya asyik tertumpu pada skrin telefon walaupun sedang bercakap denganku. Tak reti nak jaga hati langsung!
Aku berdiri di atas satu platform sementara Abang rizman mengambil ukuran pada badan. Eusoff masih setia dengan telefon nya. Langsung tak boleh lepas. Kadang-kadang aku hairan jugak bila dia senyum sorang-sorang. Rasa macam aku ni dah tak penting untuk dia lagi.
"Bakal pengantin lelaki tolong berdiri sekejap. Saya nak ambil ukuran untuk siapkan baju nikah. " arah Abang ruzaini yang tiba-tiba muncul dari satu ruang.
Eusoff segera berdiri dan mendepakan tangan bagi memudahkan kerja abang ruzaini mengambil ukuran.
Usai urusan fitting baju akad nikah selesai, aku mengambil tempat bersebelahan dengan Eusoff. Aku melirik sedikit kearah skrin telefon. Langsung tak nampak apa-apa. Hanya logo whatsapp sahaja yang tertera. Eusoff tengah whatsapp dengan siapa agaknya? Aku tak sedap hati.
"Busy sangat ke sampai sekarang masih setia dengan telefon awak tu. Saya ada kat sini pun awak boleh buat bodoh je. Kita tengah fitting pun awak masih sibuk dengan telefon. Tak boleh tangguh dulu ke urusan tu. Awak ni serius ke nak kat saya ataupun awak cuma kesian kat saya? "
"Kenapa Niza cakap macam tu? Maaf kalau Niza terasa hati. Banyak sangat kerja by dalam minggu ni. I promise benda ni takkan berulang lagi. " mendatar suara Eusoff. Dan aku lagi bodoh sebab percaya dengan apa yang keluar dari mulut Eusoff.
"Whatsapp dengan siapa tu? Dengan cikgu-cikgu ke? Siapa pulak kali ni yang jadi mangsa gosip guru-guru kat group whatsapp awak tu? "
"Ha'ah dengan guru-guru lain. Mana ada. Hari ni tak ada topik nak digosipkan. " Eusoff bercakap sambil menekan keypad telefon. Aku menggeleng berulang kali. Alah biasalah. Mulut guru-guru bukan nya baik mana pun. Tak sah kalau dalam seminggu tak ada pelajar yang jadi mangsa gosip guru-guru.
Aku kemudian nya mengajak Eusoff untuk menemani ku sebentar ke kedai buku untuk membeli peralatan sekolah dan buku-buku rujukan spm. Meskipun Eusoff seperti acuh tak acuh, aku tetap bersyukur kerana dia ada untuk menemani aku hari ini.
Aku mengambil beberapa buah buku rujukan dan buku latihan tambahan dari dalam rak. Eusoff masih ada mengekori ku dari belakang sambil menekan-nekan screen telefon. Sesekali dia turut campur tangan untuk memilih buku yang terbaik untuk aku gunakan. Aku terpandang seorang perempuan yang berdiri di salah satu sudut sambil membelek-belek novel.
Tu bukan nya kak sarah ke ? Hati kecil ku berbicara. Baik aku tegur dulu.
"Hai kak sarah. Buat apa kat sini? Datang dengan boyfriend ke? "
"Ehh Niza kan? Sorang je. Akak mana ada boyfriend. Adik datang dengan siapa? "
"Niza datang dengan bakal suami Niza. " aku mencari-cari kelibat Eusoff yang hilang entah kemana. Hah tu pun. Kak sarah kembali membelek novel. Aku memanggil Eusoff dengan suara yang aku kawal sedikit.
"Eusoff perkenalkan ini kak sarah, kawan baru Niza masa join pertandingan nyanyian kat mall hari tu. " Sebaik sahaja sarah berpaling, riak pada wajah Eusoff berubah serta merta.
"Hah ni bakal suami Niza. Nama dia Eusoff Hashim. " sarah melemparkan senyuman kepada Eusoff seperti mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Cuma reaksi Eusoff sahaja yang sedikit gugup dan gentar.
"Korang berdua sembang lah dulu. Niza nak pergi kaunter bayar buku. " ujarku.
Tunggu kejap Niza.
Eusoff mengeluarkan dua keping note rm50 lalu diserahkan kepadaku. Aku menyambut wang itu lalu segera ke kaunter.
"Ucopp tak pernah pun cerita yang Eusoff dah nak kahwin? "
"Maaf sarah. Eusoff pun tak sempat nak beritahu sarah sebelum ni. Jangan lupa datang tau masa akad nikah nanti. Kita orang buat kecil-kecil je dulu sebab Niza masih sekolah. " jelas Eusoff.
*****
Keadaan kelas menjadi riuh rendah apabila aku menapak masuk. Semua pelajar tertumpu di meja Ezlyn yang sedang sibuk menjelaskan sesuatu. Hanya lily sahaja yang masih statik di tempat duduknya. Aku bertanya kepada lily kenapa semua orang ke meja Ezlyn.
"Wei lily. Apahal semua orang pergi tempat Ezlyn tu? Apa cerita? "
"Ezlyn kata semalam dia nampak cikgu Eusoff dengan bakal bini dia kat kedai buku. Muka perempuan tu dia sempat tengok dengan jelas. You know who?" aku mulai gugup. Habislah kalau rahsia terbongkar.
"Lepas tu, lily kata bakal isteri cikgu Eusoff tu bertudung. Cantik juga orang nya. Manis. " tambah lily sambil menulis sesuatu di dalam buku nota nya.
Aku menarik nafas lega. Konfem yang Ezlyn lihat dengan Eusoff adalah kak sarah. Dan waktu itu aku ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Share this novel