Completed
37009
Subject : Bab 6
Content: Bab 6
Tanganku meraba-raba meja kecil yang terdapat di tepi katilku. Telefon yang berdering tadi aku capai. Mata yang tadinya mula layu kembali segar apabila nama Eusoff terpapar pada notification bar telefon.
From: Eusoff Monkey
Goodnight my pretty favgirl. Bangun lah oii. Awal lagi nak tidur ni. Baru pukul 10.
To: Eusoff Monkey
Goodnight monkey! I want to sleep. Tomorrow still school day. Atau awak nak saya tidur masa awak mengajar esok?
Send!
From: Eusoff Monkey
I'll knock your head if you sleep in my class. Awak tu dah lah bengap tahap abadi dalam subjek addmath. Jangan nak tidur dalam kelas saya. Saya denda awak nanti.
To: Eusoff Monkey
Elleh cakap lebih. Saya bagitahu awak ayah saya kalau awak berani ketuk kepala saya esok. awak nak denda saya apa? Hmm, macam lah berani nak denda saya
Send!
From: Eusoff Monkey
Boyfriend awak ni berani okay. Nak ngaku dalam kelas yang awak ni gf saya pun saya berani. Report lah dekat ayah awak. Biar cepat sikit kita kahwin. Saya denda awak jadi isteri saya nanti baru tahu :p.
To: Eusoff Monkey
Saya tak declare lagi awak ni boyfriend saya. Jangan pandai-pandai kata saya ni girlfriend awak. Saya nak tidur. Bye Cikgu hensem pujaan ramai!
Send!
Bantal yang ada disebelah segera aku capai lalu aku tekupkan ke muka. What are going happen to me. Arghhh. I cannot lah selalu wassap dengan Eusoff ni. Boleh melting aku jadinya kalau hari-hari macam ni. Rasa macam dah jatuh hati pada Cikgu sendiri pun ada. Nak jugak aku berteriak sekarang. Aku gelak sorang-sorang persis seperti orang gila lupa diri.
FROM: Eusoff Monkey
Okay. See you tomorrow darl ♡ I'll pick you in front of your house. No doubt. Loveyou.
Biar betul Eusoff nak ambil aku pagi esok and then pergi sekolah sekali dengan dia? Cari nahas ke apa. Mamat ni memang suka keruhkan keadaan. Naik pening kepala aku. Nampaknya masalah baru akan timbul kalau ada pelajar yang nampak kami bersama esok.
Baik aku tidur dulu.
Untuk pertama kalinya dalam tahun ini aku terlebih dahulu bangun sebelum jam loceng berbunyi kuat. Biasanya tunggu jam loceng berbunyi tanpa henti baru aku nak bangun. Ada masa jugak mak yang akan ketuk pintu bilik aku sampai nak tecabut pintu tu aku rasa. Aku mencapai tuala mandi yang tersidai rapi di hujung katil. Aku bergegas ke tandas untuk membersihkan diri dan mengambil air sembahyang.
Telekung yang berada di dalam almari aku keluarkan dan meletakkan nya ke atas katil bersama Sejadah sekali. Telekung berwarna putih yang Mak belikan beberapa bulan lalu aku pakai. Sejadah turut aku bentangkan menghadap kiblat.
Usai menunaikan solat dan bersiap untuk ke sekolah, aku segera turun ke bawah untuk mengambil sarapan. Di bawah, mak dan ayah sudah berada di meja makan. Aku duduk di kerusi bersebelahan dengan ayah. Aku terpandang kerusi kosong yang ada dihadapanku.
Itu kerusi yang abang long selalu pakai masa dia masih di Malaysia.
“Mak, abang long ada call? Bila dia nak balik Malaysia ni. Dia tak rindu dekat adik dia yang lawa ni ke ? ” Ujarku sambil menyuap mee goreng masuk ke dalam mulut.
“Abang kamu tak ada call lagi. Dia buat tu. Nak exam kot. Nanti dia free, pandailah dia call kita kat malaysia ni. ” jawab mak.
“Niza, ke sekolah ni nak ayah hantar? Kebetulan ayah ada urusan dekat area sekolah Niza. Boleh ayah singgah hantar Niza dulu. ”
“tak payah lah ayah. kejap lagi kawan Niza singgah ambil. “ aku menguntumkan senyuman.
Bunyi kereta berhenti di luar pagar rumah konfem bunyi kereta milik Eusoff. Aku segera meminta izin daripada Ayah dan mak untuk ke sekolah. Ayah dan mak mesti tengah mengintip melalui pintu rumah. Macam lah aku tak tahu perangai dua orang guru pencen tu.
Aku memasuki perut kereta lalu memasang tali pinggang keselamatan.
“Apa pandang-pandang? Nak saya tumbuk muka awak yang buruk tu? ” aku menunjukkan sebuku penumbuk kepada Eusoff yang galak memerhatikan aku.
“Perasan nya budak ni. Saya tak pandang awak pun. Saya cuma nak tengok mana tahu bakal mertua saya ada kat luar rumah ke apa. ” Eusoff ni memang nak kenakan aku. Tak pe kau tunggu nanti masa kau mengajar dalam kelas aku. Tahu lah aku macam mana nak ajar kau balik. Aku senyum jahat. Sepanjang dalam perjalanan ke sekolah, aku dan Eusoff tidak banyak berbual. Tiada topik menarik yang hendak dibahaskan. Dia pun bukan nya nak start ajak aku berbual pun.
“Sayang. Pada pandangan mata awak, saya ni lelaki macam mana? ” Mak Aii! Dia panggil aku sayang pulak.
“pada pandangan saya lah kan Eusoff Hashim, awak ni seorang guru yang berkarisma, cukup pakej sampai semua perempuan kat sekolah jatuh hati pada
awak. ”
“Semua? Termasuk awak jugak kan. Hahahahahaha yes Niza dah jatuh hati pada saya. ” Eusoff mula buat muka cute yang dia pernah buat masa lalu kat depan kelas aku sebelum ni. Nak jugak aku hadiahkan penampar untuk Eusoff ni. Tapi nanti ilmu aku tak berkat pulak sebab kurang ajar dengan cikgu. Dah lah tahun ni aku spm.
Apabila kereta melalui pagar utama sekolah, aku terpaksa menundukkan diri agar tidak dilihat oleh Lily Jemah yang kebetulan berada di pondok security. Tengah dapatkan gosip baru lah tu. Karang kalau ada orang nampak, tak pasal-pasal gosip tentang aku dengan Cikgu Eusoff ni makin panas.
“Taknak salam Boyfriend awak ni dulu ke sebelum turun. ” Eusoff buat perangai gila dia lagi.
“Bongok. Bukan muhrim. Awak bukan suami saya sampai saya perlu salam awak. ” aku bercekak pinggang di luar kereta.
“Soon saya akan jadi suami awak jugak! ”Sindir Eusoff. Simple sahaja ayat dia tapi sangat deep.
Aku segera mengatur langkah naik ke kelas yang terletak di tingkat 3. Kalau hari-hari macam ni naik tangga tiga tingkat berulang kali memang kurus lah aku macam tulang.
Sebaik sahaja masuk kedalam kelas, aku segera mengeluarkan buku matematik tambahan. Itu subjek pertama yang akan dipelajari pagi ini. Terpaksa lah aku hadap muka Eusoff selama satu jam tigapuluh minit hari ni.
“Aku tak nampak pun kau sampai pagi tadi. Aku tunggu jugak kau tadi kat pondok security. Tapi kau tak ada sampai sehingga loceng masuk sekolah dah bunyi. Alih-alih kau dah ada dalam kelas. Pelik. ”
“Ayah aku hantar awal sangat pagi tadi. Masa tu gelap lagi. ” terpaksa tipu sunat dengan kawan baik aku ni.
GOOD MORNING CLASSS!
suara Eusoff monkey berkumandang di dalam kelas. Huh baru nak gosip-gosip dengan Lily dia dah masuk. Potong betul.
Semasa Eusoff membuat penerangan untuk bab terbaru, aku dan Lily hanya berbual di belakang. Suara kami kawal sebaik mungkin agar tidak ketahuan.
“EHEM. Lily dengan Niza berbual pasal apa kat belakang tu. Boleh kongsi dengan cikgu? ” laung cikgu Eusoff dari depan.
“eh mana ada kami berbual. Telinga cikgu ada problem kot. Baik cikgu pergi hospital check. Mana tahu ada sakit. ” aku menjawab.
“kamu niza memang suka menjawab kan. Bawak harta benda kamu dan duduk di meja guru. Sekarang! ”Aku segera membawa buku dan kotak pensel lalu duduk semeja dengan nya di hadapan.
“CIKGU nak keluar kejap ambil barang. Kamu cuba buat soalan satu dan dua. Nanti kita bincang jalan kerja. ” Tak masuk langsung pun ok jugak. Ucapku dengan suara perlahan. Tapi aku yakin Eusoff dapat dengar punya sebab dia sempat jeling aku sebelum keluar.
Dengan rasa yang langsung tidak bersalah, aku meletakkan kepala ke atas meja dan menutup mata lalu tidur. Lena jugak tidur kat sini. Betul-betul di bawah kipas.
"Nizatul, kalau awak tak bangun saya akan cubit awak kat sini jugak. ” bisik cikgu Eusoff. Aku buat tidak dengar sahaja.
"Niza, jangan sampai Cikgu canang kat sekolah yang kita berdua bercinta. Jangan salahkan saya tau. ” automatik aku mengangkat kepala. Eusoff sudah berkemas nak keluar dari kelas.
Lama sangat kah aku tertidur?
Share this novel