Chapter 28

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 28
Content: bab 28

Aku menyusun semula buku-buku rujukan yang dibaling ke dinding oleh redza tadi. Tiba-Tiba sahaja redza naik hantu apabila aku masuk ke dalam bilik. Sambil tangan bergerak menyusun semula buku, aku memerhatikan tingkah laku redza yang semakin aneh. Kenapa dengan redza sehingga dia boleh mengamuk kat aku sampai macam ni sekali. "Redza, kenapa awak buat macam ni kat saya? Niza dah buat salah apa sampai Redza mengamuk macam ni? Cakaplah kat niza. Niza minta maaf. " aku bersuara sambil menahan sebak. Namun, redza cuma mendiamkan diri dan hanya ligat menyiapkan karangan bahasa Melayu di meja belajar. Soalanku dibiarkan berlalu tanpa jawapan sahaja. Aku kemudian nya duduk di katil menghadap ke arah redza.

"Ed, tell me what did i do until ed marah-marah macam ni? Please lah ed. Jangan buat macam ni to me. Kalau Niza ada salah, tolong cakap. Jangan diam and mengamuk macam ni. "

"Apa salah ed sampai Niza boleh buat macam tu kat belakang ed? Kalau schoolmate tahu kita ni husband and wife, orang akan cakap ed ni tak reti nak jaga isteri. Please lah behave Niza. Sakit telinga ed dengar cerita kat sekolah tu. "

"Cerita pasal apa? Niza tak dengar apa-apa cerita pun ed. Explain to me. Niza nak tahu. "

"Apa hubungan Niza dengan Mohamed? Siapa Mohamed pada Niza. Kenapa Mohamed boleh jaja satu sekolah yang Niza dengan dia tengah bercinta? Awak tu isteri saya, kenapa perlu bercinta dengan orang lain? Am i too ugly for you? "

"Look ed. You're good enough for me. Semua tu tak betul. Niza dengan Mohamed cuma kawan je. Tak lebih dari tu. Ya memang dulu Mohamed pernah suka kat Niza, tapi sekarang dia dah boleh terima kami berdua cuma boleh jadi sekadar kawan. Tolong lah jangan cemburu ed. " jelasku panjang lebar. Redza masih bertahan untuk menyiapkan karangan sambil berbahas Denganku. Wajahku langsung enggan dipandang nya.

Aku berdiri lalu menghampiri ed di meja belajar. Tanganku aku letakkan di bahu ed. Ed masih menepis tanganku daripada menyentuh bahu nya.

" hina sangat kah Niza pada ed? Fine ed fine! Kenapa ed susah nak lembut hati pada Niza since kita dah kahwin? Ed memang tak pernah suka pada Niza kan? Ed cuma terpaksa kahwin dengan Niza untuk selamatkan maruah keluarga je ke? " bentak ku lalu keluar menghempas pintu.

Aku memasuki bilik tetamu yang terletak di bilik paling hujung. Tangisan yang aku tahan semenjak tadi aku hamburkan sebaik sahaja duduk bersandar pada dinding almari. Cukuplah ed. Kenapa semua orang mesti sakitkan hati Niza? Tak cukup dengan Eusoff, sekarang turn redza lagi yang sakitkan hati Niza. Kenapa semua orang kejam pada Niza! Why !

Pintu bilik diketuk perlahan oleh seseorang. Pasti itu abang Isz kerana suaranya kedengaran memberi salam dari luar. Aku mengesat air mata yang ada lalu membuka pintu untuk abang Isz. "Kenapa dengan Babygirl abang Isz ni? Siapa lagi yang sakitkan hati Niza. Meh kita belasah dia cukup-cukup. Berani dia buat adik isz nangis macam ni sekali"
Kepalaku diusap perlahan oleh abang Isz. Aku akui, abang Isz memang abang yang baik dan penyayang. Abang isz memang tak boleh tengok aku sedih. Lebih-lebih lagi kalau menangis dihadapan nya.

"Nothing. Hati Niza sensitif sikit hari ni. Niza boleh settle kan sendiri. Abang tak yah risau okay. Hati Niza dah cukup sado untuk tanggung semua ni. Lumrah hidup berumah tangga. Nanti abang dah kahwin, abang akan tahu macam mana. " aku tersenyum di dalam pelukan abang Isz.

"Kalau macam tu, malam ni kita keluar. Kita biarkan ed tu sejuk sikit. Nanti bila kita balik, Niza bincang lah masalah tu dengan dia okay. Lelaki ni kena tunggu masa yang sesuai baru Niza perlu pujuk. Sekarang tak sesuai. Hati dia masih panas dan keras. Bai dik , jangan lupa malam ni. " pesan abang Isz lalu keluar meninggalkan bilik tetamu.
Jam baru menunjukkan pukul 1 tengahari lalu aku membuat keputusan untuk tidur sahaja dahulu. Masih terlalu awal jika aku hendak bersiap keluar.

*****

Ketika aku bersiap tadi, Redza tiada di dalam bilik dan hanya nota kecil yang ditinggalkan nya yang diletakkan pada cermin.

Going out tonight. Ed balik lambat. Jangan kunci pintu bilik.

Aku tersenyum. Tengah marah pun boleh siapkan nota macam ni. Heih too cute to handle lah husband aku ni. Aku mengeluarkan rosherun berwarna merah daripada kotaknya. Malam ini aku hanya mengenakan baju putih, seluar jeans gelap dan berkasut roshe run merah. Rambut hanya aku biarkan terhurai sahaja. abang Isz kata dia nak bawa aku keluar untuk rehatkan minda dan melupakan masalah yang tengah aku hadapi sahaja. mak dan ayah dah awal-awal lagi keluar. Nak pergi daging katanya. Alahai, mengalahkan pasangan pengantin baru. Aku dan ed pun tak macam mak dan ayah yang nak berkepit je ai. Aku duduk di kerusi bersebelahan pemandu. Abang Isz hanya rileks sahaja ketika memandu. Hanya ngauman enjin kereta sahaja kedengaran. Kami langsung tidak berbual.

Kereta Berhenti dipandu oleh abang Isz di hadapan hardrock cafe. Mak ai abang aku. Bertukar angin ke apa nak datang lepak kat hardrock cafe. Biasanya tempat dia lepak kat onebucks je. Hm tak pe lah. Aku hanya mengikuti langkah abang Isz sahaja. Aku berdiri betul-betul bersebelahan denganya. Sebaik sahaja pintu cafe ditolak oleh abang isz, nyanyian hapoy birthday dinyanyikan oleh khayalak.

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Niza
Happy birthday to you...

Mak, ayah, parent Redza serta lily turut ada di dalam hardrock cafe. Hanya redza sahaja yang tiada. Aku mengukirkan senyuman yang sengaja dibuat-buat. Aku sendiri terlupa bahawa hari ini hari kelahiranku. Redza pun mesti lupa sebab tu dia tak ada kat sini. abang Isz mengarahkanku untuk berpaling ke belakang sekejap. Aku berpusing lalu melihat redza sedang berdiri dihadapanku sambil Tangan nya memegang kek.

"Happy birthday bae. Sorry okay tentang siang tadi. Semua ni diorang yang rancang. Ed jadi pelakon je. Sorry. Once again happy birthday. Nak marah tu nanti lah k. Tiup lilin dulu. "

"Jagalah awak ed nanti. Sanggup awak buat saya nangis tadi kat rumah erghh. Abang isz pun sama. Bukan main lagi lakonan korang semua. Tak apa ed tak apa. " aku segera meniup lilin lalu redza meletakkan kek di atas meja. Tangan nya tidak lepas daripada memegang erat tanganku. Ed meminta agar aku duduk terlebih dahulu. Ada sesuatu yang hendak dia lakukan. Ed menuju ke pentas mini dimana menjadi pentas untuk artis tempatan yang dijemput untuk menyanyi. Apa lah agaknya yang suami aku nak buat malam ni.

"Lagu ni saya nyanyikan untuk my fav girl , my wife, my soul and my life. " ucap ed lalu mengangguk ke arah pemain gitar akustik yang ada dikiri nya.

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjaga mu
Dalam hidup dan mati ku
Hanya kau lah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
Satu hari pasti akan kutepati

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Kuterima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerana bagiku engkau lah nyawaku.

Tersentuh. Aku tahu ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh redza melalui lagu itu. Terlalu besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh redza untuk aku. untuk mencintai redza aku tidak memerlukan masa yang lama. Cukup dengan menerima kehadiran Redza, pasti hati aku akan jatuh jugak untuk redza. Pasti. Terima kasih redza untuk semua. Usai menamatkan nyanyian, redza kembali bersamaku. Kami berdua tampak seperti pasangan baru bercinta. aku dan redza sendiri akui benda itu.

"How could you kan ed. Sedih Niza tau. Ingatkan ed betul-betul mengamuk siang tadi. Bukan main lagi ed pergi petik nama Mohamed kan. "

"Hahahaha soryy sayang. Ed tak bermaksud apa-apa. Ed sanggup buat anything je untuk Niza. My heart and soul untuk nizatul je. "

" you're my man sayang. " bisik ku di telinga ed.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience