Completed
37009
Bab 5
Content: Bab 5
Aku menyeka air mata yang menitis di pipi. Bagaikan mendengar bisikan itu,merintih dan meruntun sanubariku.
Hatiku bagai ditarik-tarik. Jika benar itu yang tersurat, alangkah siksa dan perit hidup yang akan aku lalui jika perlu menerima taufik. Ayah sudah mula bertanyakan aku perihal gerangan lelaki yang akan masuk meminangku dalam bulan 4 nanti bagi mengelakkan aku dinikahkan dengan taufik.
Aku nak cakap apa kalau calon pun belum ada. Calon yang paling berpotensi besar sekarang pun pada aku cuma Redza, my demon cousin. Takkan aku nak tikam orked dari belakang?. Aku dihimpit pelbagai rasa.
Pandangan mata daripada ayah cukup membuat setiap apa yang aku lakukan serba tak kena.
Hujan renyai yang mulai turun di luar seakan-akan tidak menjelaskan apa-apa. Mataku hanya memandang ke arah televisyen yang memaparkan rancangan national geografi. Macam tiada rancangan lain pulak yang ayah dan mak aku nak tengok. Dari tadi yang aku nampak kat dalam tv ni cuma anak singa berlari-lari dan mengikut ibu dia mencari makanan. Paling tidak pun, hanya memaparkan mangsa- pemangsa berkelahi.
“Niza, kamu sudah bagitau boyfriend kamu untuk masuk meminang sebelum tempoh yang ayah berikan tamat? ” Teh susu yang aku teguk tersembur keluar. Tak senonoh, tak padan dengan perangai perempuan.
“Niza tak bagitahu dia lagi. Tak contact beberapa hari. Dua-dua buat. Kalau tak ada apa-apa Niza naik bilik dulu belajar. Esok ada kuiz. ”Aku memberikan alasan yang paling logik untuk meyakinkan ayah lalu segera angkat kaki dari situ.
Aku melepaskan keluhan yang berat. sebaik sahaja berada di dalam bilik. Ayah memang tak sabar langsung nak nikahkan aku. Baik ayah je yang tambah cawangan. Jangan nikahkan aku dalam usia semua ini baru nak kenal dunia.
Buku latihan addmath yang baru sahaja dikembalikan semula oleh cikgu Eusoff aku buka. Banyak gila tanda pangkah. Setahu aku, aku buat betul-betul soalan tu. Aku terpandang sticky notes berwarna biru yang dilekatkan pada lembaran seterusnya. Aku pasti itu daripada cikgu Eusoff. Tulisan itu memang milik cikgu Eusoff. Bergoncang hati dan jiwa aku bila membaca ayat yang ditulis. Bagai ada satu perasaan yang aneh timbul dalam hati aku yang pernah aku kunci sehabis baik.
From a man to his favourite girl :
Nizatul Firdausi Aszfar, I want you to be my girlfriend, my future wife and future mommy to my children. Meet me tomorrow after school time at the park. Loveyou ♡
-EUSOFF HASHIM -
Aku tersenyum lebar. Namun senyuman itu berubah menjadi kelat semula. Kenapa dengan Cikgu Eusoff tiba-tiba bagi aku nota yang boleh buat aku rasa semacam? adakah dia hanya mempermainkan hati aku? Ahh sudah, baik aku tidur. Semua ni cuma mimpi! Ujarku.
Keesokan paginya, aku seperti biasa sahaja ke sekolah. aku masih menganggap nota kecil berwarna biru semalam cuma mainan mimpi walaupun ketika aku meninggalkan bilik pagi tadi, kertas itu masih berada di atas meja belajar terlekat rapi.
Semasa melalui susur gajah, aku terlihat Redza yang baru sampai ke sekolah. Aku berniat untuk menyapa, niat ku aku batalkan apabila melihat orked sedang menuju ke arahnya.
Niza! Niza! Aku hanya memekakkan telinga apabila namaku diseru oleh satu suara yang tidak aku kenali. Malas nak bercakap dengan orang yang aku tak kenal. “Niza stop lah kejap. Aku nak cakap something ni. Important. ” kata pelajar lelaki itu yang menggunakan etika pemakaian pelajar tingkatan enam rendah.
“kau nak apa? Aku tak kenal kau. Maaf, aku nak masuk kelas
cepat. ”
“Aku nak mintak nombor telefon kau boleh? ” pelajar lelaki tersebut mengeluarkan buku nota kecil dan sebatang pen lalu menyerahkannya kepada aku. Aku memegang buku itu dalam 10 saat kemudian membuangnya ke dalam tong sampah.
Share this novel
Klau bleh jgnlh guna word 'demon'.. do u don't know that meaning of word?