Chapter 10

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : Bab 10
Content: Bab 10

Aku menguatkan diri untuk mengorak langkah menuju ke kelas ku yang terletak di tingkat atas. Semenjak melalui pagar utama sekolah, aku seperti menjadi tumpuan setiap manusia yang berada dekat denganku ketika ini. Ada sahaja anak mata yang memandangku. Aku sendiri tidak tahu apa sebabnya. Pelik sangat kah penampilan ku hari ini ke sekolah? Ataupun aku terlupa memakai sesuatu? Pada pandangan kasar aku, semua nya lengkap. Aku mempercepatkan langkah ku agar segera sampai ke kelas. Cukuplah aku diperhatikan dari atas ke bawah oleh pelajar lain tanpa aku ketahui alasan dan sebab mereka melakukan itu.

Setibanya di kelas, aku mengeluarkan buku kerja kimia dari beg. Pen berwarna hitam aku gunakan untuk menyelesaikan soalan yang belum sempat aku siapkan semalam sebelum tidur. Macam mana aku nak fokus buat homework kalau Eusoff tak habis-habis nak ganggu, text and call aku? Kalau aku teringat setiap text yang dihantar, mesti aku tersenyum sendiri. Huhh. Nanti orang ingat otak aku dah tak betul dah since belakang aku kena baling dengan bola beberapa hari yang lalu. Tiba-tiba sahaja, Redza sudah berdiri tegak di tepi meja ku dengan riak muka yang serius seakan-akan orang yang sedang resah kerana menghadapi masalah.

"Kenapa tiba-tiba datang meja aku Redza? Kau nak minta tolong apa-apa kat aku? Or mak kau ada pesan something suruh sampaikan pada mak aku? "

"ermmm. Niza, kau sendiri tahu yang kau ni cousin aku yang paling aku sayang kan. Dengar sini, aku nak kau jawab dengan jujur kat aku. Tak perlu selindung apa-apa memandangkan kita berdua je yang baru sampai di kelas ni. "

"Bunyi macam serius. Kenapa Redza? Ada apa yang sebenarnya berlaku ni? Lagi satu, Kenapa semua orang asyik pandang aku tadi macam aku dah buat silap besar dalam sekolah? " soalku penuh minat dan hatiku meronta-ronta inginkan kepastian.

"Niza. Kalau kau nak tahu, since kau masuk hospital a few days ago, cerita kau dengan cikgu Eusoff yang konon nya tengah bercinta jadi viral tau kat sekolah ni. Budak form 1 pun tahu cerita ni. Semua ni makin teruk bila cikgu Eusoff dukung kau masuk kereta and then bawak kau pergi hospital. Tell me, kau tak bercinta pun kan dengan cikgu? " anak mata Redza menikam tepat ke dalam anak mataku. Pandangan mata ku cepat-cepat aku larikan. Bagaimana aku nak menafikan perkara yang sememangnya benar? Apa aku nak cakap? Dan kenapa Eusoff tak cerita apa-apa pun pada aku tentang benda ni?

Aku mengatur ayat yang sesuai untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Redza. Silap kata memang mati aku nanti.
"Semua tu tak betul. Takkan aku nak bercinta dengan Cikgu sendiri kot. Karut betul cerita yang tengah tersebar ni. Satu sekolah sibuk nak ambil tahu even diorang tak kenal aku. Kesian. Huhh! Takkan lah Cikgu Eusoff nak tengok-tengok je masa aku collapse hari tu kat tepi padang kan? Kebetulan dia ada kat situ masa aku injured, dia tolong lah. "

"Tu je ke? Sebab sepanjang kau masuk wad, cikgu Eusoff pun tak masuk sekolah tiga hari. Orang lain syak dia ambil MC Sebab nak jaga kau. "

"Apa pasal pulak dia nak jaga aku? Mak dengan ayah aku kan ada boleh jaga aku sendiri. Orang kat sekolah ni macam-macam hal lah. Pelik aku. Judge berdasarkan apa yang diorang nampak. "

"Hmm yela Niza. Aku percaya dengan kau. Lega sikit hati aku dengar jawapan sebenar dari mulut kau. Kalau aku fikir balik, takkan kau nak bercinta dengan cikgu sendiri kan? Heih bengap nya aku! "gumam Redza sambil membetulkan tali lehernya.
"Pandai pun kau fikir secara logik. Dah pergi balik tempat kau. Panas pulak hati aku tengok kau kat sini. " arahku sengaja untuk mengenakan Redza.

Orked yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas melemparkan senyuman sinis ke arahku. Halamak betina ni. Macam lah aku nak rampas Redza dari kau. Redza sendiri yang nak break dengan kau. Aku membalas senyuman sinis itu dengan Satu jelingan tajam.
Kemudian, Satu persatu rakan sekelas ku mula memasuki kelas memandangkan loceng utama akan berbunyi sebentar sahaja lagi.

Aku memerhatikan gelagat lily yang sedang menggaru-garu kepala nya sambil memegang kalkulator saintifik miliknya. Ni mesti tengah buat +math sampai pening kepala. Aku menarik buku kerja lily lalu menunjukkan cara jalan penyelesaian yang diajar oleh Eusoff semalam sehingga selesai.

"Hoi Niza. apahal kau pandai semacam dalam subjek ni hari ni. Kau ada salah makan ke? Ataupun kau tengah demam? "

"Aku pandai salah, aku bengap pun salah. Dah padam balik contoh yang aku buat. Kau cuba buat semula. "

"Tak nak. " lily segera menutup buku kerja miliknya. Aku hanya menggelengkan kepala berulang kali. Aku dah lali Sangat dengan perangai lily yang satu ni.
Kalau disuruh buat semula satu benda tu, tanah terbelah dua pun belum tentu dia nak buat.

Goodmorning class.

Good morning teacher!

Sit down.

Thank you teacher.

Open your english text book pages 58 now. Don't talk about your love relationship in my class. Tajam dan padu sindiran teacher menyindir ku walaupun aku langsung tidak berbual di dalam kelas. Rakan sekelas lain automatik berpaling ke arahku kecuali Redza, eliera, lily dan Orked.

Semenjak 30 minit pertama lagi teacher tak henti-henti menyindirku. Hati aku sekarang ini agak panas disamping telinga yang macam nak tercabut mendengar setiap cemuhan dan sindiran yang dilemparkan kepada ku. Aku berdiri dan segera angkat kaki keluar dari kelas. Tak perlu nak minta izin lagi. Kehadiran ku di dalam kelas hari ini seakan-akan aku ni virus!

"Terima kasih lah teacher. Mulut teacher memang pedas. Kalau saya tambahkan belacan tambah sedap! Betul lah apa yang orang kata, semakin tinggi pelajaran seseorang itu, semakin tinggi juga tahap kebodohan nya! " lembut sahaja lidahku melemparkan kata-kata itu kepada teacher. Merah padam muka dia. Confirm peluru yang aku lepaskan kena tepat kat hidung dia. kali ini aku tidak bertapis lagi. Lantak lah kalau dia nak ambil hati. Dia yang terlebih dahulu nak cari gaduh dengan aku.

Aku berjalan laju menuju ke koperasi sekolah. Aku mengeluarkan duit dari dalam wallet sebanyak rm2 untuk membayar minuman yang aku pesan. Petugas yang bertugas menjaga koperasi hanya memandang ku semacam. Ni mesti ada dengar cerita pasal aku jugak. Hemmmm! Aku duduk di meja bulat yang terdapat di tepi koperasi bersendirian. Pandangan ku aku lemparkan ke arah padang yang terbentang luas. Sunyi. Tak ada sesiapa pun yang menggunakan padang pada pagi itu. aku tunduk.

"Kalau Eusoff ada kan best. Tak lah aku bosan macam ni. " ucapku perlahan.

"Saya ada kat sini. Kan saya pernah cakap, saya akan selalu ada dengan awak. Kenapa boleh keluar kelas lagi ni? Muka awak pun monyok semacam. Tell me everything please. I'm listening sayang. " ucap Eusoff yang secara tiba-tiba sahaja melabuhkan punggung berhadapan denganku.

"Like this by. Why everyone keep saying about us? Both of us already keep silent in this relationship isn't it? Sampai teacher pun sindir sayang dalam kelas. i can't hold it anymore. I'm weak by! "

"Look at me sayang. You have to be strong. Diorang kata kita bercinta when diorang nampak by dukung sayang petang hari tu kan. Takpa. Relax je. Abaikan je k. Fokus on your spm. Jom by hantar masuk class. "

"Hemm okay. Tapi how if diorang semakin bercakap bila by hantar sayang masuk kelas? Nanti bising pulak teacher tu pergi cerita dalam bilik guru. " aku memandang wajah Eusoff yang masih kelihatan tenang.
"Diorang takkan bercakap lagi. Trust me. " aku akur. Aku berjalan beriringan bersama Eusoff. Ketinggian ku dengan Eusoff sangatlah jauh beza. Aku setakat berada di paras dada Eusoff sahaja. Eusoff di ibaratkan sebagai tiang bendera manakala aku pula setakat batang penyapu.

"By... sayang tak boleh lah nak tengok muka teacher lagi."
Semakin laju langkah Eusoff menaiki satu persatu anak tangga. Aku masih setia mengikuti langkah nya disebelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience