Chapter 26

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 26
Content: bab 26

aku menangis di birai katil hospital. jiwa dan hati cukup terpukul melihat keadaan farith sekarang. Cukup kritikal. Farith sedang bersabung nyawa melawan penyakitnya. Aku langsung tidak pernah tahu farith menghidapi barah otak sepanjang kami bercinta. Farith tidak pernah menunjukkan rasa sakit yang dia hadapi. Aku hanya mengetahui farith sakit apabila abangnya memberitahu ku bahawa farith ditahan di hospital.

"Farith bangun farith! Awak seorang yang kuat. Farith kena lawan penyakit tu. farith kekuatan niza sekarang. Jangan tinggalkan niza seorang-seorang. Niza tak kuat. " aku memegang erat tangan farith yang masih terbaring kaku di atas katil.

Farith ingat tak dulu farith suka ganggu Niza masa kem orientasi tingkatan 1 dulu ? Masa tu farith tingkatan 5. Farith suka ganggu niza. Farith suka kenakan niza. tolonglah bangun dan sedarkan diri. Niza rindu nak bergelak ketawa dengan farith. Rindu nak berperang mulut dengan farith. Tolonglah bangun. Walaupun farith suka buat Niza marah, Niza tetap sayangkan farith. Takkan ada yang boleh gantikan tempat farith kat hati Niza. Niza dah tutup hati Niza untuk orang lain. Tolonglah jangan cabut apa-apa wayar yang ada pada badan farith. Dia masih ada peluang untuk hidup. Percayalah cakap Niza. Niza tahu farith mampu lawan! Tolonglah doktor, nurse jangan buat macam ni pada dia.

"Maaf cik. Kami terpaksa buat semua ni. Farith hilman memang tiada peluang. Farith sudah terlalu kritikal.Maafkan kami. " ujar ketua jururawat. Tubuhku ditarik kebelakang oleh redza. Aku memeluk redza erat. Aku menghambur segala tangisan kepada redza. Memang redza sentiasa di sisi. Redza tahu semua kisah cinta aku dengan farith. Redza lah yang menjadi 'orang suruhan' farith sebelum ini.

Titt titt tiiiiiiittt....

Farith! Jangan tinggalkan Niza.

Aku terjaga. Redza juga terjaga. Redza menarik ku kedakapan nya. Redza tahu aku bermimpi tentang farith hilman sekali lagi.
Aku tahu redza kesal kerana aku masih mengingati farith. Maafkan aku redza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience