Completed
37009
Subject : Bab 8
Content: Bab 8
Pada waktu rehat persekolahan, Redza dan lily bersama-sama berkunjung ke meja Ezlyn untuk mendapatkan gambaran cerita apa yang terjadi pada Niza pada petang kemarin. "Ezlyn, apa yang jadi sebenarnya kemarin petang? Budak lain suruh aku tanya kau." tanya Redza sopan. Namun Ezlyn tidak menunjukkan tanda berminat untuk menceritakan tentang perkara itu. Mana tidaknya kalau dia tengah syok dating kat astaka dengan cikgu Eusoff, dia ditinggalkan macam patung semata-semata cikgu nak pergi tengok apa yang jadi kat tepi padang.
"Ezlyn, kau cerita lah dekat diorang bedua ni. Heih semak pulak aku kalau diorang datang sini. " ujar bella. Ezlyn terus berdiri dan berjalan dengan gaya model sakit pinggang keluar meninggalkan kelas. Lily dan Redza saling berpandangan. Nampaknya terpaksa jugak diorang ganggu si Niza hari ni kat hospital. Lily kembali ke tempat duduknya. Yang menghairankan apabila si Redza
tu sibuk duduk kat kerusi Niza yang kosong sebelah Lily. Kalau orked nampak, memang ribut taufan nanti kelas ni. Si orked tu kuat cemburu. senang cakap Unsecure lah.
"Redza kau p lah balik tempat duduk kau. Nanti kalau orked nampak mati aku. Aku tak nak awek kau tu bising. Aku malas nak gaduh-gaduh ni. "
"Rileks lah Lily. Orked kan keluar pi kantin beli makanan. Ambik masa jugak tu. Nanti aku balik lah p tempat aku nohh. "Ujar Redza sambil membetulkan songkoknya yang sudah senget macam menara condong.
"Suka hati kau lah Redza. Aku tak tanggung ya kalau orked Erdeleen mengamuk. " gumam Lily perlahan sambil menjeling tepat ke arah Redza. Redza turut membalas jelingan Lily tadi.
Orked berjalan laju meluru ke dalam kelas apabila diberitahu bahawa Redza dan lily duduk semeja sambil berketawa berdua-duaan di dalam kelas. Api di hatinya masih berbahang. Orked memang tidak seberapa rapat dan menyukai Lily. Berbeza dengan Redza yang suka berkawan dengan lily yang banyak cakap. "Redza apa kau buat ni! Aku ajak kau keluar gi kantin kau taknak. Patutlah. Rupanya kau tengah bersuka ria dengan lily disini. Fine! " tempelak Orked.
"Aku dengan Lily kawan jela. Yang kau marah sangat macam nak terkam aku kenapa lily? Aku dah lama bawak bersabar dengan perangai penjelous kau ni. Aku dah tak tahan. From now on, kita putus! " orked undur beberapa langkah kebelakang. Seakan-akan tidak percaya hubungan nya dengan Redza berakhir begitu sahaja. Atas salahnya sendiri. Lily pula hanya menekup telinganya. Malas hendak masuk campur. Lagipun dia dah cakap awal-awal tadi taknak campur tangan.
Aku tercari-cari kelibat Mak dengan ayah yang sudah berjanji untuk datang melawat ku lagi semalam. Batang hidung diorang pun aku langsung tak nampak. Memang janji melayu susah nak dipercayai. Sama macam Najibon. Eusoff pun Satu entah hilang kemana. Aduh, dia kan cikgu. Konfem lah dia pergi sekolah mengajar. Hari ni hari rabu. Belum cuti lagi. Pintu bilik dikuak perlahan dari luar. "Good morning ucopp favourite girl. Macam mana belakang sayang? Dah tak sakit macam semalam? "
"Morning Eusoff. Kenapa awak boleh ada disini lagi? Kenapa tak pergi sekolah mengajar? Eusoff ponteng kerja! Kena report dengan pengetua ni. " kataku sebaik sahaja melihat Eusoff sudah terpacul di muka pintu.
"Boyfriend awak ni tak ponteng lah. Saya ambil emergency leave dua hari untuk jaga awak kat hospital. Saya ni seorang guru dan Boyfriend yang baik untuk awak. " Eusoff masih statik dengan perangai nya yang suka masuk bakul angkat sendiri.
Bagus kalau terangkat, ni langsung tak.
"Awak jawab dengan jujur soalan saya ni. Kenapa kelmarin awak boleh turun petang ke sekolah? Siap tumpangkan Ezlyn, dah ty dating dengan Ezlyn kat astaka lagi. Awak bukan nya coach handball kan ? " Panjang lebar soalan daripada Niza. Bukan apa, dia jelous sebenarnya dengan apa yang dia nampak kelmarin.
Dengan Eusoff boleh enjoy pulak tu lepak dengan Ezlyn.
"OK saya jawab ehh. Saya turun petang ke sekolah kelmarin sebab nak tengok awak training lah. Saya bukan nya sengaja pun nak rapat dengan Ezlyn tu. Tak sangka awak boleh cemburu kalau boyfriend awak ni rapat dengan musuh awak. Hahahaha. Look here baby, my heart and soul are only for you. Keep my words. " aku mengangkat muka yang semenjak tadi aku tundukkan.
"Tak sengaja konon. Dalam hati dia tu bukan main happy dapat berdua-duaan dengan Ezlyn dating kat astaka. Macam tak de tempat lain nak dating. Huhh. "
"nampak sangat awak jelous dengan dia kan sayang. Nanti awak sembuh, kita dating hari-hari kat astaka tu jugak k. Jangan tarik muncung lagi. " kepala ku di usap perlahan.
Niza my sweety babyboo!
Lily segera memeluk ku yang masih duduk di katil hospital. Redza, lily dan claudia bersama-sama datang menjenguk ku selepas waktu persekolahan. Mujurlah waktu itu Eusoff tiada dengan ku. Lima minit sebelum lily tiba, Eusoff terlebih dahulu meminta izin untuk keluar menunaikan solat zohor dahulu. Tetapi....
"Niza. Ni bukan nya iphone cikgu Eusoff ke. " Tanya Lily apabila melihat sebuah telefon berada di atas meja di sisi katilku. Aku segera mengambil telefon tersebut terlebih dahulu. Kalau lily nampak wallpaper, memang terbongkar rahsia.
"Ni telefon aku lah. Ayah aku baru belikan semalam. " aku mencari alasan untuk berselindung. Lily, Redza dan claudia mengangguk serentak. Mujurlah diorang bertiga percaya. Harap-harap jugak lah Eusoff pergi berjalan-jalan dahulu sebelum datang balik ke hospital. Kalau Eusoff terserempak dengan tiga iblis kecil ni memang pecah tembelang nanti.
"Belakang kau macam mana Niza? Dah ok dah? Mak long dengan pak long call aku semalam bagitahu yang kau ditahan kat hospital. Sebab tu aku ajak lily dengan claudia datang sekali. Diorang berdua kan rapat dengan kau. " ujar Redza.
"Orked mana? Kenapa dia tak ikut sekali? Biasanya dia dengan kau redza asyik berkepit je. "
"Relay kami dah berakhir tadi masa dekat sekolah. malas aku nak fikir. Yang penting aku suka. Malas nak terikat dengan sesiapa . Aku nak fokus untuk spm " aku mengangkat kening. Bukan main lagi dia sekarang. Hari tu cakap pandai-pandai lah dia bahagikan masa untuk bercinta dengan belajar. Sekarang lain pulak.
Share this novel