Part 23

Action Completed 20499

Irene bersiap2 untuk keluar dengan dengan Mike. Mike berjanji untuk menemani Irene untuk mencuba pakaian yang ditempahnya di butik terkemuka itu sambil mereka keluar menghabiskan masa bersama2.

Irene melihat wajahnya di pakaikan mekap tipis itu dengan senyuman puas. Wajahnya yang cantik semula jadi itu membuatkannya memakai mekap yang tipis untuk menaikkan seri wajahnya. Setelah puas dengan penampilannya yang memakai gaun putih brand dior itu dengan heel jimmy choo. Irene melangkahkan kakinya keluar menuruni anak tangga rumah agam Mike. Ryan, Yoon, June dan Min keluar dengan urusan peribadi mereka.

Kelihatan bodyguard Mike berbaris di pintu gerbang rumah agam Mike menunduk kepala mereka apabila menyedari kehadiran Irene. Irene hanya tersenyum tipis kepada mereka. Irene mencari kelibat Mike. Irene melihat Mike berada di pintu kereta sedan nya. Mike tersenyum melihat ke arah Irene dan membukakan pintu kepadanya. Lagaknya seperti prince charming yang sangat gentleman. Irene segera masuk ke dalam kereta sebelum diikuti Mike masuk ke pintu sebelah kanan Irene.

Setelah Mike dan Irene telah masuk ke dalam kereta. Para bodyguard Mike masuk ke kereta sedan hitam untuk mengikuti Mike dan Irene. Seramai sepuluh orang bodyguard mengikuti Mike dan Irene dengan 3 buah kereta sedan. Mereka memandu kereta di hadapan dan belakang kereta Mike untuk melindungi Mike dan Irene itu. Mereka bergerak ke pusat bandar.

Di dalam kereta Mike dan Irene kelihatan bersuka ria berbual kosong tentang pesta yang akan dihadiri mereka nanti. Mike berbual tentang pesta itu kepada Irene supaya Irene tidak terkejut nanti. Pesta itu adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran datuk mereka. Irene kelihatan gementar dengan pesta itu kerana dia akan berjumpa dengan datuknya.

"Abang Mike macam mana dengan tema pesta itu... Irene takut Irene akan merosakkan pesta itu nanti!"

"Irene jangan risau abang akan pastikan pesta itu akan menjadi pesta yang terbaik untuk Irene nanti dan Irene akan menjadi puteri untuk pesta itu nanti ok!" ujar Mike cuba menyakinkan Irene.

Irene melihat wajah Mike yang penuh kenyakinan itu. Dia pasti pesta itu pasti sangat meriah dan Irene berasa sangat takut untuk bertemu dengan datuknya nanti. Irene menolehkan wajahnya ke luar tingkap, melihat permandangan yang hijau.

Mike merenung ke arah Irene yang ralit melihat permandangan itu. Dia yakin Irene pasti akan teruja dengan pesta itu nanti dan melihat gaun yang ditempahnya itu. Mike menempah sendiri gaun itu untuk memastikan Irene memakai gaun yang terbaik untuk pesta itu nanti

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience