Part 12

Action Completed 20499

Irene membuka matanya yang baru bangun itu Dia melihat kosong syiling biliknya. Memikirkan chat yang diterimanya malam tadi.

Mark~ Hye sayang
Mark~ Please reply

Irene~ Kau nak apa?
Irene~ Jangan kacau aku lah!

Mark~ Woww garangnya... tapi tak apa I like!
Mark~ Aku ada benda nak cakap dengan kau personal esok... datang jumpa aku kalau kau tak nak menyesal!

"Benda apa yang mamat tu nak lagi... tak puas2 lagi kacau aku.. ramai lagi kot perempuan dekat luar sana." ujarnya perlahan. "Sakitya hati tapi tak apa ni last aku jumpa dia.. lepas ni aku tak akan bagi muka kat dia lagi"

Irene bersiap2 untuk bertemu dengan Mark. Dia melihat waze alamat yang dihantar Mark semalam dan segera menurunu anak tangga. Saat dia ingin keluar dari pintu utama rumah agam itu, orang gaji Mike menahannya. Dia diberitahu Mike, Ryan dan sepupu2 nya telah menunggunya untuk sarapan di meja makan.

Irene melangkah kakinya ke meja makan untuk bersarapan dengan abang kesayangannya itu. Dia hampir terlupa abangnya itu telah kembali malam tadi. Dia memegang rantai leher yang diberikan Mike malam tadi sambil tersenyum.

Tiba di meja makan semua mata memandang ke arahnya. Mereka sambung menyuap makanan ke dalam mulut mereka kecuali Mike yang terus melihat ke arahnya.Tidak ingin menggangu Irene di depan Mike. Tak pasal2 mereka dimarahi Mike dan yang lebih teruk terpaksa di hukumnya yang kejam itu. Mereka semua hanya makan dengan diam.

Mike yang melihat Irene menghampiri meja makan itu segera memanggilnya. Dia mahu Irene duduk di sebelahnya. Setelah Irene duduk di sebelahnya, Mike mengarahkan orang gajinya menghidangkan roti bakar dengan telur rebus di pinggan Irene. Mike yang melihat Irene yang kelihatan telah bersiap2 itu.

"Irene cantik2 ni nak pergi mana?"

"Irene nak keluar jumpa kawan sekejap!"

"Ouhh patutlah cantik2 ni... nak abang hantarkan tak!"

" Tak payah abang... Irene boleh drive sendiri!" ujar Irene tak ingin abangnya tahu dia mahu berjumpa dengan siapa.

Mike hanya tersenyum saat mendengar jawapan dari Irene. Perasaan semakin membuak2 dengan peristiwa semalam, tetapi ditahannya. Dia hanya. membiarkan Irene buat masa ini, tetapi jika dia tahu jika Irene mengalami masalah dia tak akan membiarkan.

Ryan, Min, June dan Yoon hanya membiarkan mereka berdua berbual tanpa mencelah. Mereka agak pelik dengan layanan Mike terhadap Irene, sungguh berbeza dengan orang lain yang selalu dilayan dingin itu. Mike adalah orang yang susah untuk didekati, tetapi dengan Irene sungguh berbeza mungkin sebab Irene itu satu2 nya adik perempuan dia kot fikir mereka.

Irene segera keluar setelah Ryan dan sepupunya juga telah siap bersarapan. Dia meminta izin dari abangnya untuk keluar sebentar untuk bertemu dengan rakannya.

Irene segera pergi ke tempat parking kereta sportnya. Dia memanaskan keretanya dan laju memandu meluncur ke jalan. Destinasinya adalah kondominium Mark.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience