Part 14

Action Completed 20499

Irene menunggu di depan pintu kondo Mark dengan perasaan yang sedikit resah. Lama menunggu membuatkannya menekan loceng sekali lagi dan lagi.

"Mak ai lambatnya dia ni... cakap pukul 10 ni nak uji tahap kesabaran aku macam mana ni!"

Setelah 3 kali menekan loceng, akhirnya pintu dikuak dari dalam. Kelihatan wajah Mark yang kelihatan tersenyum ke arahnya. Mark menegurnya dengan nada yang gembira. Irene hanya membiarkan teguran Mike itu. Mungkin bahagia kerana dia muncul di situ fikirnya sambil tersenyum sinis.

Irene merenung ke arah Mark yang hanya memakai tshirt putih polos dan berseluar pendek Nike sangat simple penampilannya saat itu. Dengan rambut yang kelihatan sedikit bersabut membuatkan wajahnya kelihatan lebih kacak. Hati Irene berdegup sedikit kencang. Terpukau dengan Mark saat ini, tak pernah dia melihat Mark berpenampilan seperti itu. Lama dia menilik wajah dan penampilan Mark. Tanpa menyedari yang dia hanyut dengan dunianya

Mark batuk kecil untuk mengejutkan Irene dari tersedar dunia khayalannya. Dia melihat wajah Irene merona merah. Comel... rasa macam nak cubit ja pipi merah2 tu, tapi terpaksa ditahannya. Dia merenung dingin ke arah Irene

Mark tersenyum sedikit sinis melihat Irene yang terpukau dengan ketampanannya itu. Pandangan biasa yang selalu dilihatnya saat melihat perempuan2 terpukau dengan ketampanannya itu ditambahkan lagi dengan ketinggian 180 sm dan badannya yang sasa itu memberikannya full pakej boyfriend material. Perasaannya mulai bangga dengan dirinya yang dirasakan sangat sempurna itu dapat menarik perhatian perempuan di hadapannya ini.

Batukan kecil sengaja dibuatnya itu mengejutkan Irene dari berhenti merenungnya. Sekarang masa untuk memulakan misi untuk menjadikan Irene perempuannya dan selepas ini dia tak kisah jika Irene terus merenungnya.

"Dah habis ke belum tengok tengok muka aku yang hensem ni kalau belum sambunglah kat dalam!" ujar Mark sengaja ingin menyakat Irene. Dia melangkahkan kakinya ke ruang tamu kondonya itu. Tidak mahu melengahkan masa lagi.

Irene yang tersedar dari lamunannya itu merona merah dengan sindiran Mark. Tak guna punya Mark sempat lagi kenakan aku bisik hatinya menyumpah Mark.

"Kau nak apa jumpa aku dekat sini?" soal Irene sambil mengikuti langkah Mark ke ruang tamu kondonya itu.

Irene turut melabuhkan punggungnya di sebelah Mark di sofa kulit Mark itu. Sengaja dia duduk di sebelah Mark. Reka bentuk ruang tamu Mark kelihatan sangat mewah, desain ruang tamu yang lebih kepada desain english cottage. Sempat Irene menilik ruang tamu kondo Mark. Cantiknya desain kondo ni nampak sangat tersusun untuk seseorang pelajar sekolah lelaki tinggal di sini.. pasti Mark bukan calang2 orang bisik hatinya.

Mark yang melihat Irene terus merenung melihat ruang tamu rumahnya hanya membiarkannya. Jika Irene menyukai kondonya ini dia sanggup memberi kondo ini kepada Irene. Tak lama lagi jugak Irene akan selalu menghabiskanbmasanya disini

Irene tersedar dari lamunannya sekali lagi, banyak sungguh dia melamun harini bisiknya. Dia segera menanyakan tujuan Mark ingin berjumpanya harini.

"Kau nak apa jumpa aku kat sini?" soal Irene memecahkan kesunyian.

" Aku nak kau jadi milik aku!"ujar Mark tegas hilang senyum di wajahnya.

" Again benda yang sama lagi.. tak ada benda lain ka? kalau aku tak nak?" soal Irene lagi sengaja ingin menguji.

" Kalau kau tak nak... kau akan menyesal sebab aku ada bukti kita bemesra. Cuba kau bayangkan reaksi abang kesayangan kau kalau dia tengok gambar2 kita ni" ujar Mark sambil mengeluarkan gambar2 mesra mereka dari sampul di atas meja kopi ruang tamu. Dia menyerahkan gambar2 itu kepada Irene. Irene mengambil gambar itu.

"Gambar!" soal Irene sambil melihat gambar yang disuakan kepadanya itu. Wajahnya kelihatan sangat terkejut. Sejak bila dia ambil gambar ni.. Rupa2nya dia dah plan semua ni

" Kau memang tak guna kan Mark... kau ingat aku akan jadi milik kau disebabkan benda macam ni... jangan mimpi!" ujar Irene sinis. Hatinya berasa sangat sakit saat ini.

Mark hanya tersenyum sinis mendengar ayat2 sinis dari bibir munggil Irene itu.

"Irene sayang nampak sangat kau masih tak kenal Mike lagi kan.. kau ingat dia akan berlembut dengan kau lagi kalau dia tengok gambar2 ni. Kau ingat dia nak biarkan kau macam tu ja ka? Mike tu lelaki yang kejam dengan sesiapa pun termasuk dengan kau.. Cuba bayangkan apa yang dia akan buat dekat kau.. kalau dia dapat tahu tentang hal ni" ujar Mark sengaja ingin menakutkan Irene. Dia tahu Irene pasti akan jatuh dalam perangkapnya.

Irene kelihatan tertekan dengan ayat Mark. Dia menyadarkan badannya di sofa kulit empuk Mark. Memikirkan apa yang perlu dilakukannya. Dia fikir mungkin ni hal yang baik untuknya kerana dia akan buat Mark menyesal sebab sudah mempermainkannya

" Kau nak aku jadi milik kau! Okay fine kalau macam tu aku bagi masa dekat kau sebulan.. kalau dalam masa sebulan aku tak jatuh cinta dengan kau.. kau kena lupakan aku dan padam semua copy gambar2 tu!"

Mark tersenyum kemenangan mendengar kata2 Irene. Dia melihat ke arah Irene yang kelihatan kusut itu. Dalam masa sebulan tiada yang mustahil untuknya. Dia tahu Irene sudah mulai menyukaiinya dan hanya ingin mencabarnya.

" Okay.. dalam masa sebulan aku pasti kau akan jadi milik aku Irene.." ujar Mark yakin.

Setelah mendengar kata2 Mike. Irene langsung bangun dari sofa dan terus keluar dari kondo Mike. Mike hanya membiarkan Irene pergi. Tak apa harini aku benarkan kau pergi sayang tapi nanti kau tak akan boleh pergi dari sisi aku lagi.

Irene keluar dari kondo Mark dengan perasaan yang sukar ditafsirkan, senyuman di wajahnya bertukar menjadi sinis.

"Kau ingat setakat gambar2 tu dapat takutkan aku ka Mark? Aku Irene lah" bisik hatinya sinis.

Irene menekan punat di lift itu. Pintu lift terbuka kelihatan seseorang lelaki di dalamnya itu membuatkannya terkejut..Wajahnya kelihatan sangat terkejut dengan lelaki di dalamnya itu.

"Macammm....maanaa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience