June melangkah masuk ke bilik latihannya, meninggalkan Irene keseorangan di ruang tamu. Bilik latihan mempunyai full cermin di dinding bilik latihannya sama persis seperti bilik latihan di syarikatnya. Untuk memudahkan nya berlatih menari. Dia membiarkan Irene mengelilingi kondonya itu sementara dia berlatih menari.
June memulakan senaman memanas badan untuk mula berlatih menari. June memakai airpod di telinganya untuk mengambil feel dan mula mengikut rentak lagu yang dimainkannya. Dia mula menari sehingga tidak menyedari masa yang telah berlalu. Begitu menghayati rentak lagu itu. Tarian yang kelihatan sangat berkarisma seperti idol korea selalu ditonton di kaca televisyen. Posisinya juga merupakan main dancer membuatkan sentiasa meningkatkan kualiti tariannya.
Irene yang melihat June memasukki bilik meninggalkannya sendiri di ruang tamu hanya membiarkannya.Dia tersenyum saat melihat June meniggalkannya sendiri. Irene mula membuat kondo tour, menjelajah kondo mewah June itu. Irene tersenyum gembira melihat kondo itu yang mempunyai desain yang sangat cantik.
Di ruang tamu kondo itu kelihatan ada sebuah piano. Dia bergerak ke arah piano itu dan duduk seketika di piano itu cuba untuk bermain dengan piano itu. Tetapi hanya bunyi sumbang yang kendengaran. Dia tersenyum malu sendiri melihat dirinya yang tidak berkemahiran bermain alat muzik itu. Dia mulai pergi ke tempat lain tidak mahu bermain piano lagi. Mungkin selepas June habis berlatih menari dia mahu mengajak June mengajarinya bermain piano.
Setelah selesai meneroka ruang tamu kondo June dia pergi ke dapur. Ingin mengisi perutnya dengan menghilangkan rasa hausnya. Dapur June sangat tersusun. Seperti dapur orang yang selalu mengunakannya. Desain dapurnya juga kelihatan sangat mewah. Petabot dan alatan memasak juga merupakan dari jenama yang mahal. Dia membuka peti sejuk tingkat ke 2 itu mahu.mengambil air. Terkejut dirinya saat melihat makanan yang memenuhi ruang peti sejuk itu. Dia mengambil buah epal dan mengigit kecil epal itu dan kemudian mengeluarkan air sejuk di dalam botol itu dan mengisi air itu di dalam gelas yang berada di atas meja makan di dapur itu. Irene meminum air itu untuk membasahkan tengkuknya yang kering saat ini.
Habis diminum air di gelas itu Irene meletakkan kembali botol air itu di dalam peti sejuk dan membasuh gelas yang digunakannya. Bosan menghabiskan makanan di dapur dia kemudian berura2 mahu ke tingkat atas kondo June.
Irene mulai naik ke tingkat atas kondo June itu setelah lama berfikir. Dia melangkah menaiki tangga ke bilik tingkat 2 kondo itu dengan panasaran tingkat 2 kondo itu. Ini merupakan pertama kali dia menjejak kan kaki kedalam kondo mewah ini.
Tiba di tingkat 2 ada sebuah bilik yang menarik minatnya untuk masuk. Bilik itu kelihatan sangat mewah ada sebuah katil bersaiz king, perabot yang serba mewah, komputer riba di atas meja belajar di sisi katil dan bilik air. Irene duduk di atas katil yang empuk itu, tidak lama selepas itu dia baring dan tanpa sedar Irene terlelap di atas katil itu. Tidak sedar masa yang berlalu.
Share this novel