Part 41

Action Completed 20499

Tok tok tok.......

Pintu kamar tuan Richard dibuka selepas diberi arahan.

" Tuan Richard Tuan muda June dan Cik muda Irene datang ke villa ni! Mereka nak berjumpa dengan tuan! " ujar pembantu peribadi Sen formal.

" Whats cucu² saya datang ke sini? Dekat mana mereka sekarang? Bawak mereka berjumpa saya sekarang! "

" Mereka berada di ruang tamu villa menunggu tuan! "

" Tak apa saya nak jumpa mereka berdua sekarang! "

" Baik lah tuan!"

******************************

Mereka berdua yang telah tiba di villa peribadi datuk mereka itu menunggu di ruang tamu setelah pembantu peribadi datuk mereka itu meminta mereka supaya menunggu di situ sementara dia memanggil Tuan Richard.

" June Aku takut lah macam mana kalau datuk halau kita? " ujar Irene setelah sekian lama mereka berdiam diri.

" Kalau kena halau kita balik je lah... apa susah! aku yang drive... kau tidur je lah" ujar June cuba untuk bergurau.

" Kau ni kan? memang nak kena kan! " ujar Irene sambil cuba menampar belakang June.

Sebelum tangan Irene mendarat di belakang June, June sempat menahan tangan Irene dan menekan tangan Irene.

" Auchhh sakit lah! lepas lah sakit tahu tak? "

" Kalau aku tak nak lepaskan? "

" Kalau kau x nak lepaskan aku......."

" Haa kau nak buat apa?" ujar June lagi seraya melepaskan tangan Irene dan memeluk bahu Irene bagi mengusik dia lagi.

Asyik mereka berdua bergaduh, mereka tidak menyedari datuk mereka berada di belakang mereka yang ralit memerhatikan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience