Mike memasuki bilik kerjanya dan mengarahkan orang kanannya berjumpa dengannya segera. Selepas 20 minit menunggu akhirnya Sam orang kanannya tiba. Pintu bilik Mike diketuk. Dia melaungkan suaranya untuk Sam masuk.
"Mike ada apa hal kau nak jumpa aku malam2 ni?" soalnya setelah memasuki ruang kerja peribadi Mike.
"Ikut suka aku lah nak panggil kau bila2 pun.. Kau ada masalah ka?" soalnya dingin. Soalan yang ditanya Sam sedikit sebanyak membuatkannya hilang kesabaran yang ditahan2nya tadi.
" Tak ada masalah! Boss nak apa panggil saya ni?" soalnya lagi, tapi kali ni dengan nada yang lebih lembut. Tak ingin dia mencari pasal dengan mafia di depannya ini. Tak pasal2 hilang nyawanya.
" Bagus soalan kau! Aku nak kau selidik apa yang berlaku dengan Irene selama sebulan ni... Aku nak kau selidik dalam masa dua hari ni saja.. kalau dalam 2 hari aku tak dapat jawapan lagi... kau tahu kan apa nasib kau?" ujarnya dingin.
"Dua hari kau gila ka Mike! Macam mana aku nak kumpul maklumat dalam waktu sesingkat tu?"
" Kau ingat kau ada pilihan ka? Kalau kerja sesenang tu pun kau tak boleh buat... kau ingat kau layak ka untuk kekal di sini? Tepat pukul 12 malam lusa kalau kau tak dapat maklumat jugak tahu lah nasib kau nanti!" ujarnya keras. Dia harus mengetahui semuanya tentang Irene. Silapnya tidak mengarahkan orang mengitip Irene. Tapi tak apa dalam masa 2 hari dia akan tahu jugak.
Sam segera keluar dari ruang kerja peribadi Mike yang hanya orang tertentu yang boleh masuk. Dia segera memikirkan tentang arahan keras Mike tadi.
" Apa lah nasib aku malam ni! Terpaksa layan arahan pelik Mike malam ni!" bisik hatinya pasrah. Dia segera membuat plan untuk mencari maklumat tentang Irene itu.
Share this novel