" June look this blouse.... cantik tak?" tanya Irene sambil membelek blouse di butik zara itu.
" Nice... ambil je lah kalau kau nak!" ujar June bersahaja.
" Aku ambil yang ni lah.... tapi nampak sama lah pulak dengan baju kau tadi!" ujar Irene berura² mahu memilih blouse lain.
" Biar lah sama pun... bukan kau pakai baju aku pun kan... ambil je lah!" ujarnya sambil menyerahkan blouse itu kepada pelayan butik itu.
" Hurmm ok lah sekejap aku nak tengok baju lain pulak....." ujar Irene sambil membelek blouse lain pulak.
" Dah tak payah pilih... miss tolong bungkuskan semua dari hujung ni ke hujung tu." kata June kepada pelayan butik itu. Malas mahu berlama di situ.
" Tak payah lah banyak².... banyak sangat tu!" ujar Irene terkejut dengan kelakuan June yang bersahaja memborong blouse yang berkira² keseluruhannya sebanyak dua puluh pasang..
" Ni dah sejam tau untuk sehelai baju.... Dah bungkus ja semua... semua tu saiz kau kan.... Aku dah malas nak berlama kat sini! Dah jom balik"
" Eleh tadi kau berjam dekat butik Nike tak pa pulak? Berpeluh aku tunggu kau!" ujar Irene dengan nada tidak puas hati.
" Aku tak apa... sebab aku yang bayarkan!" ujar sambil tersenyum lebar.
" Pakai duit datuk boleh lah! "
******************************
Mereka berdua keluar dari butik Zara dengan paper bag penuh di tangan. Di saat mereka keluar dari butik itu Irene ternampak ais krim turki membuatkannya terliur.
June yang melihat Irene ralit melihat aiskrim itu menarik tangan Irene ke kedai ais krim itu. Irene tersentak dengan kelakuan June hanya membiarkannya. Dia terseronok melihat kelincahan penjual aiskrim itu. Irene kelihatan tidak puas hati setelah berkali² ditipu oleh penjual aiskrim itu yang giat mengenakannya.
Setelah lama bermain dengan kon itu. Akhirnya dia menyerahkan aiskrim itu kepada Irene. Setelah membayar harga aiskrim itu mereka menuju ke kereta sport June.
June membuka bumbung kereta sportnya untuk menghirup angin pantai yang nyaman. Mereka berdua kelihatan teruja melihat keindahan pantai itu dan bergurau senda. Mereka berdua kelihatan sangat bergembira saat ini.
Share this novel