Part 13

Action Completed 20499

Irene tiba ke destinasi Kondominium mewah West Roses Mark. Kondomium di hadapannya nampak sangat mewah.Pasti Mark bukan calang2 orang kerana kondo di hadapannya ini merupakan antara kondo yang termahal kerana berhadapan dengan Sungai Han. Selain dari rekabentuknya yang yang mewah, ciri2 keselamatannya juga sangat terbaik. Dan paling penting hanya orang tertentu sahaja mampu memiliki kondo ini. Irene memeriksa lagi sekali bagi memastikan alamat yang dihantar Mark di Iphone 11+nya. Setelah memastikan alamatnya betul, dia memandu ke arah pondok pengawal keselamatan kondomium itu untuk memasukki kondo Mark.

Terdapat palang tertutup di sebelah pondok guard itu. Untuk tidak membenarkan orang luar untuk memasukkinya. Pengawal keselamatan itu keluar dari pondoknya apabila melihat kereta sport mewah Irene berhenti. Irene memberhentikan keretanya di hadapan palang itu dan menurunkan tingkap keretanya untuk mendapatkan kebenaran dari pengawal memasuki kondo Mark..

"Cik ada hal apa ya ke sini?" soal pengawal itu dengan sopan. Dia tahu perempuan muda yang sangat cantik di hadapannya itu bukan calang2 orang.

" Saya nak ke unit kondo 501. Milik Mark boyfriend saya. Dia ada ajak saya kesini." ujar Irene. Dia tahu Mark sudah memaklumkan ke pengawal keselamatan tentang girlfriendnya akan datang. Irene pasti yang dia dimaklumkan sebagai girlfriendnya.

" Oh betul! Encik dari unit 501 ada arahkan saya untuk membenarkan girlfriendnya untuk masuk! ujarnya dia yakin inilah kekasih lelaki muda unit 501. Sangat cantik kekasihnya, sama cantik sama padan bisik hatinya sambil tersenyum.

" Oh ya betul tu saya!" ujar Irene sambil tersenyum sinis tanpa disedari pengawal keselamatan muda itu.

Setelah mengetahui identiti Irene dia menekan button mengangkat palang untuk membenarkan kereta sport Irene memasuki kawasan kondominium. Pengawal keselamatan senyum ke arah Irene sebelum Irene menaikkan tingkapnya. Irene hanya membalas senyuman pengawal keselamatan itu dengan senyuman kecil sebelum memandu laju ke arah parking.

"See aku dah agak mesti Mark kenalkan aku sebagai kekasih dia." ujar Irene bersendirian sambil memandu kereta mencari parking.

Irene memandukan kereta sportnya ke tempat parking tetamu kondo tersebut. Enjin kereta di matikan sebelum dia mengambil handbag di tempat duduk penumpang dan keluar menuju ke unit kondo Mark. Irene melangkahkan kakinya menaiki lift di basement parking tersebut.

Di dalam lift Irene berasa sedikit resah dengan keputusannya. "Kenapa aku datang kat sini dan kenapa aku merasakan ada sesuatu tentang Mark yang membuatkan aku tak mampu menolak ajakan Mark untuk bertemu... Kenapa aku tidak menolak setiap kali Mark ingin berjumpa denganku..aku harap ini buat pilihan yang teruk yang aku lakukan lagi." ujar Irene sambil melihat wajahnya di pintu lift itu dengan tersenyum yakin bagi menutupi keresahannya. Perasaan yang familiar dengan Mark yang cuba ditutupinya. Dia hanya berfikir itu hanya mainan perasaannya.

Lift berhenti di tingkat unit kondo Mark. Irene keluar dari lift dan melangkah kakinya ke kondo Mark. Irene berhenti betul2 di hadapan pintu kondo Mark. Dia membetulkan baju tshirt putihnya dengan jeans birunya, gayanya sangat santai saat ini. Dia tak mahu berpakaian dengan lebih feminin seperti selalu untuk bertemu Mark kerana dia lebih selesa untuk berpakaian santai. Supaya mudah untuknya mempertahankan dirinya jika berlaku sesuatu.

Irene menekan loceng kondo Mark. Tinggg tongg lonceng kendengaran di dalam kondo Mark. Mark tersenyum mendengar bunyi loceng ditekan sebelum bergerak ke pintu untuk melihat orang yang ditunggunya. Dia melihat Irene berdiri di depan pintu kondonya melalui ipad yang merakam CCTV di luar pintu kondonya. Gaya Irene yang hanya memakai tshirt putih polos, berseluar jeans biru muda dan berkasut sneaker tetap nampak bergaya dan memikat hatinya. Irene tetap kelihatan cantik dengan memakai apa2 pun fikirnya.

Dia tersenyum kegembiraan dengan kesudian Irene datang walaupun hanya disebabkan ugutan kecilnya. Dia tidak menyangka Irene akan datang harini. Dia yakin Irene sudah mulai menyukainya. Dan mulai harini Irene akan menjadi milik dia walaupun Irene terusan menolak. Dia tahu Irene tak akan mampu menolaknya lagi kerana gambar2 yang ditangkap haritu masih dalam pegangnya tanpa pengetahuan Irene. Jika Irene terus menolaknya dia akan menggunakan cara yang kasar untuk menjadikan Irene miliknya sepenuhnya.

Loceng yang berterusan berbunyi menghentikan lamunan Mark dan segera memulaskan tombol pintunya untuk membenarkan Irene yang sudah lama menunggu itu masuk. Kelihatan wajah Irene sedikit cemberut akibat keasyikannya merenung Irene di ipadnya tadi membuatkan Irene menunggu sedikit lama. Muncul rasa sedikit kesal dalam diri Mark.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience