Butik terkemuka Dior menjadi pilihan Mike yang telah menempah gaun edisi terbaru butik itu untuk adik kesayangannya. Kini dia membawa Irene bersamanya untuk memastikan gaun itu tidak memiliki cacat cela. Dia mahu Irene memakai pakaian terbaik untuk pesta itu nanti bagi menyambut kelahiran datuk mereka itu. Gaun dari butik Dior sengaja ditempahnya kerana dia tahu Irene sangat menyukai gaun dari butik itu.
Mereka disambut mesra oleh pelayan dari butik terkemuka itu. Para bodyguard Mike mengiringi Mike dan Irene kedalam butik itu bagi memastikan keselamatan tuan mereka.
Salah seorang dari mereka yanng merupakan manager dari butik itu tersenyum ramah ke arah mereka sebelum menyapa mereka sambil mengarahkan para pekerja butik itu mengambil gaun Irene.
Tuan Mike dan Cik muda Irene sila duduk sebentar ya sementara pekerja saya mengambil gaun milik Irene.
Irene yang berdiri di sebelah Mike sambil tangannya memegang lengan Mike mengambil tempat duduk yang disediakan butik itu sementara menunggu perkerja mereka mengambil gaunnya untuk dicubanya.
" Abang Mike kenapa abang tak arahkan je orang abang bawa gaun ni ke mansion abang?"
" Kenapa Irene tak selesa ka datang sini?"
" No! not like that I just kinda weird, kan lebih senang kalau abang arahkan orang bawa gaun ni ke mansion. Tak lah buang masa abang! Kan abang selalu sibuk lately ni!"
" I just want to spend my time with you my princess! So abang sengaja nak habiskan masa abang dengan awak!"
Irene tersenyum bahagia apabila mendengar kata² abang kesayangannya itu. Perbualan mereka terhenti apabila pekerja butik itu membawa gaunnya. Dia mencuba gaun itu fitting room sambil dibantu oleh pekerja butik itu.
Gaun itu sangat indah dipakai oleh nya. Dengan ketinggian dan wajahnya yang sempurna membuatkan gaun itu tersengam indah di tubuhnya setelah berpuas hati dengan gaun itu Mike dan Irene menghabiskan masa di Mall itu bersama mencari aksesori untuk dipakainya. Mereka berdua kelihatan sangat akrab tanpa mengetahui sesuatu yang akan membuatkan Irene menjauhi Mike.
Share this novel