June POV
Irene yang bergurau mesra dengan Yoon sambil makan burger di meja makan kayu yang disediakan di taman tema itu ku renung tajam...
" Aku tauu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Irene disebalik senyuman manisnya itu. Aku tahu dia hanya berpura-pura tadi untuk mengelak dari disoal siasat oleh Aku.. Irene inagtan kau betul-betul dah kembali ka? Aku takut kau akan pergi tinggalkan aku lagi.. Aku takut aku tak dapat bersama dengan kau lagi!"
Bunyi cup air yang tumpah ke lantai itu menyedarkan aku dari terus merenung Irene. Aku melihat Yoon merenung tajam aku. Bunyi cup tadi rupanya disebabkan Irene menumpahkan air di dalam cup itu atas kecuaiannya..
Yoon lantas melapkan baju Irene yang terkena air cola itu dengan tisu.. Nasib baik baju berwarna hitam.. June lantas memakaikan Irene dengan jacketnya bagi menutupi baju Irene yang melekat dan menujukkan bentuk badannya.. Dia tidak suka lelaki gatal memandang tubuh badan Irene.
Yoon terus menyoal kasar June selepas memastikan Irene telah berada jauh ke tandas. Keadaannya lenggang di kawasan itu memudahkannya untuk menyoal Yoon.
"June kau dah kenapa tengok Irene sampai nak tembus muka dia??"
June mengeluh yang kedengaran agak sinis.
"Kau tak rasa ka Irene tu sembunyikan sesuatu dari kita?"
" Mestilah aku perasan Irene tu sembunyikan sesuatu dari kita... Walaupun sehebat mana pun dia cuba sembunyikan tapi aku tahu sebab aku tinggal dengan dia dah lama jadi aku tahu kalau dia cuba menipu.."
" Kalau kau dah tahu dia cuba menipu kita kenapa kau buat tak tahu ja.. Atau kau sebenarnya nak dia pergi dari sinikan sama macam Ryan!?" tuduh June kasar.
" Kau lebih baik jaga sikit kata-kata kau... jangan samakan aku dengan Ryan!Kau ingat kau seorang ja ka yang ambil berat pasal Irene.. Aku pun kisahkan dia lah gila.. " jawab Yoon kasar dan mematikan pra sangka buruk June kepadanya.
" Kalau kau ambil berat pasai Irene kenapa kau biar ja dia cuba menipu kita?"
"Sama macam kau jugak June! Aku cuba untuk tak memperbesarkan hal ni.. Aku nak Irene enjoy harini.."
Perbalahan mereka terhenti apabila melihat Irene yang tersenyum manis itu berjalan menghala ke arah mereka..
Irene yang memikirkan idea untuk mengenakan Yoon dan June tersenyum nakal kepada mereka..
" June.. Yoon..!" panggil Irene manja..
Mereka berdua merenung mata hazel Irene.. Mereka tahu Irene pasti cuba untuk mengenakan mereka..
June.. Yoon jom kita buat challenge! soal Irene melerek cuba untuk memujuk mereka berdua..
Yoon yang mengetahui tentang idea nakal Irene itu cuba untuk menarik diri.. Tetapi June yang mencabar Yoon itu lantas membuatnya bersetuju.
" So apa challengenya?" tanya mereka berdua serentak..
Irene tersenyum nakal apabila mereka berdua bersetuju.
Kalau nak lagi jangan lupa komen yaa... Sis akan update secepatnya:))
Share this novel