Irene yang memakai jubah putih judo itu giat berlatih seni pertahankan diri dengan Jurulatih peribadinya yang telah mengajar seni pertahankan diri kepada abangnya Mike
Sedang mereka berdua berlatih berlawan Irene kehilangan fokus dan terjatuh apabila badannya hilang keseimbangan. Pinggangnya sikit kesakitan akibat dari kesilapannya.
"Auchhhhh! Sakitnya pinggang aku!" ujarnya perlahan, mengerang kesakitan sambil mengurut pinggangnya.Irene melihat ke arah Sifunya dengan pandangan yang bersalah.
"Habislah aku! kenapa aku ingat pasal tadi ni? tak pasal-pasal aku buat silap!"
"Irene! What wrong with you! you making a simple mistake! kesilapan kecil yang dilakukan menjadi penyebab musuh mengalahkan kamu! Kamu tahu tak?"
Fikirannya yang bercelaru mengingati peristiwa di sekolah tadi membuatkannya hilang tumpuan dan menyebabkan dia dimarahi dengan teruk.
Irene tersentak dengan kemarahan Sifu. Fikirannya kembali ke realiti. Dia sedar dia telah menaikkan kemarahan Sifunya itu.
"Maafkan Irene Sifu! I'm promise that I will never making this mistake again!" ujar Irene yang kedengaran kesal dengan dirinya.
"Irene jangan disebabkan kerana kamu tu perempuan saya harus menukar cara latihan kepada lebih lembut! Kamu adalah orang telah ditugaskan kepada saya untuk mengajar kamu menjadi kuat ! Jadi kamu harus memberi tumpuan dan berlatih dengan lebih kuat! Walaupun kamu tu perempuan apabila kamu berada di kelas saya ini kamu tak boleh jadi lemah! Bila kamu sudah ada berada di sini kamu harus menjadi kuat untuk terus hidup!"
Irene kelihatan kesal dengan dirinya yang telah hilang fokus dan membuat kesilapan itu, menaikkan kemarahan Sifu Wong yang terkenal dengan latihan yang kejam itu. Irene segera meminta maaf kepada Sifu Wong lagi sekali.
"Irene disebabkan kamu perempuan kamu harus berlatih 200 peratus lebih kuat dari abang- abang kamu supaya kamu mempunyai kekuatan yang sama kuat abang-abang kamu! kamu faham kan Irene! Kalau kamu nak terus hidup dalam dunia yang kejam ni, kamu harus lebih kuat dari orang lain!"
"Saya faham Sifu! Irene janji akan letakkan 200 peratus usaha dalam setiap latihan dan Irene akan menjadi lebih kuat dari abang-abang Irene untuk terus hidup dalam dunia ini! Irene tak akan mengecewakan Sifu!"
Sifu Wong kelihatan berpuas hati dengan janji Irene dan memberikannya denda pertambahan dua jam lagi latihan mereka sebagai pengajaran untuknya.
"Mark aku benci kau dan aku pastikan kau terima balasan!" bisik hati Irene yang menyumpah-nyumpah Mark di dalam hatinya. Disebabkan kau aku kena denda latihan sehingga 2 jam.
Mark yang berada di kondo mewah peribadinya itu terbersin. Haishimmm.
Sambil fikirannya mengingati Irene.
"Ni mesti sebab Irene rindukan aku!" Jangan risau Irene tak lama lagi kau akan jadi milik aku! ujarnya sambil tersenyum sinis.
Mark membelek gambar mesranya bersama Irene yang telah dicucinya itu sambil tersenyum.
Share this novel