Part 54

Action Completed 20499

" Ibu!! Ayah jangan tinggalkan Anna!! Anna tak ada siapa² lagi disini... Tolong jangan tinggalkan Anna... Anna rindukan ibu dan ayah... Tolong lah Anna!!.." ujarnya dalam sendu sedan dalam masih tidur itu. Pipinya pernuh dengan air matanya yang laju mengalir. Tiba² guruh yang berdetum kuat itu mengejutkan dia dari tidurnya. Kepalanya yang sangat sakit itu dicengkam kuat.

" Arggghh sakit.... Sakitnya kepala aku!!! " jerit Irene kuat tatkala memorinya kian kembali sikit demi sikit.

" Anna.. ibu.. ayah... mak cik roselle? Apa sebenarnya dah berlaku ni kenapa aku ada dekat sini? Kenapa....?" ujarnya sebelum pintu dikuak dari luar.

Yoon yang melihat Irene mengerang kesakitan itu berlari mendekati Irene. " Irene!! Kau dah kenapa ni?" ujarnya sambil memegang kedua² bahu Irene yang sedang mencengkam kepalanya sambil menangis itu.

" Sakit!!! kepala aku sakit... Tolong aku!" sebelum Irene rebah dalam dakapan Yoon.

Yoon yang terkejut dengan keadaan Irene itu cuba mengejutkan Irene kembali yang masih pengsan itu. "Irene!!! bangun tolong lah jangan main² kalau sebab tadi aku mintak maaf tolong lah jangan main² camni!" ujarnya yang masih tidak berputus asa cuba menyedarkan Irene. Tapi sia² sebelum dia memanggil doktor yang merupakan kawan baiknya.

*********

" Macam mana dengan keadaan Irene Alex?" ujarnya dengan nada yang tidak sabar². Wajahnya kelihatan kusut takut jika berlaku apa² dengan Irene kesayangannya.

" Irene tak ada apa² yang kronik. Cuma..."

" Cuma apa Alex?" potong Yoon.

" Rilex bro Irene tekanan darah Irene sahaja naik tadi... Its nothing serious kalau apa² yang serious berlaku lagi kau tahu kan apa nak dibuat."

" Tapi kenapa dia mengerang sakit kepala tadi?"

" Kemungkinan Irene mengalami tekanan kebelakangan ni? Kalau Irene dah sedar jangan lupa bawak dia untuk buat pemeriksaan lebih detail ok!" ujar Alex sambil menepuk bahu kawannya yang kelihatan tertekan itu.

"ok aku tahu... thanks bro!" ujarnya ikhlas kerana sanggup datang ke kondonya walaupun sudah lewat malam.

" No hal lah... Aku balik dulu!"

Yoon hanya mengangguk lemah sebelum menghantar Alex ke pintu keluar kondonya.

********

" Irene kau kenapa? Tolong lah jangan buat aku risau lagi! Aku tak sanggup hilang kau lagi ... 15 tahun Irene sejak peristiwa tu ... Aku mintak maaf sebab tak ada dekat sisi kau masa tu. Kitaorang semua gagal lindungi kau. Maafkan kami Irene!" ujarnya sambil menangis teresak dengan memegang tangan Irene. Tanpa disedarinya dia turut tertidur di tepi katil Irene.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience