Mark mengelus helaian rambut Irene yang menutupi wajahnya yang jelita itu. Ingatannya 10 tahun lalu itu dikenang semula.
" Ren I'm sorry... Kalau bukan sebab Mark takutkan Ren dengan dark side Mark mesti Ren tak tinggalkan Mark kan??" Tanya dengan raut wajah psiko. " Lepas ni tak ada orang boleh pisahkan kita berdua lagi dan Mark tak kan takutkan Ren lagi... I'm promise!!! And you won't leave me again right?? Ren cuma boleh tinggalkan Mark kalau Mark mati sahaja, selagi Mark hidup Ren milik Mark!! Ren faham kan??" Soal seperti anak kecil yang menakutkan.
" Sweetheart mesti lapar kan lepas bangun nanti??? So Mark masak sedap ii dulu tau untuk sweetheart!! Sweetheart jangan nakal ii" ujarnya ceria sambil mencium dahi Irene lama sebelum keluar dari bilik Irene.
****
Irene melihat sekeliling kamar beradunya itu. Besar, mewah, warna hitam keemasan menaikkan lagi seri kemewahan kamar beradunya itu. Frame besar yang tergantung di dinding kamar itu menarik perhatiannya. Dua orang budak kecil lelaki dan perempuan yang tersenyum gembira di frame itu membuatkannya turut tersenyum.
Gambar budak kecil berdua itu sangat dikenalinya. Gambar itu adalah gambarnya dan Mark yang diambil sepuluh tahun lalu. Kerana peristiwa itu dia hilang ingatan dan kerana peristiwa itu juga dia hidup sebagai Anna Lee.
Pintu kamar yang dibuka dari luar itu mengejutkannya. Beberapa orang perempuan yang berpakaian seragam itu menghampirinya dan menunduk kepala sebagai tanda hormat.
" Cik muda... Tuan Muda Mark menunggu cik muda dia ruangan makan. Tuan meminta puan untuk bersiap untuk turun ke bawah!" Ujar salah seorang yang berpakaian sedikit berbeza dari mereka itu dengan nada takut ii.
" Kami diminta untuk membantu cik muda bersiap.. Tolong benarkan kami menyiapkan cik muda seperti arahan tuan muda." Ujarnya dengan masih menundukkan kepala.
" Tidak perlu saya boleh bersiap sendiri!! Kamu semua boleh keluar!"
" Tapi cik.... Tuan tidak benarkan kami keluar selagi cik belum bersiap!" Ujarnya lagi dengan nada takut ii.
Irene mendengus kesal dengan arahan Mark itu. "Angkat kepala kamu semua.. Saat kepala ketua orang gaji nya itu diangkat alang terkejut dirinya tatkala ketua orang gaji itu merupakan gadis yang pernah dibuli saat dia bersekolah di Camelia High school.
" Jessica...." Soalnya seperti tidak percaya.
" Cik muda Irene ingat nama saya lagi??" Soalnya teruja hilang rasa takut nya tadi.
" Ingat tapi macam mana jess boleh tersesat dekat sini??"
" Semua ni disebabkan peristiwa di sekolah dahulu tetapi sekarang cik muda kena bersiap segera sebelum Tuan muda mengamuk!!" Ujarnya takut dimarahi Mark.
Bathrobe hitam di tangan jessica itu diambil dan dia masuk ke dalam bilik mandi yang ada di kamar beradunya itu. Malas mahu berbalah dan membincangkan hal ni lagi kerana dia mahu berhadapan dengan Mark dan mahu kembali ke keluarganya semula.
Setelah hampir sejam mandi menenangkan diri dia keluar menuju ke wardrobe yang ditunjukkan oleh jessica. Pelbagai dress designer dan semua yang diperlukannya berada di situ. Dress hitam paras lutut diambilnya dan disarungkan ke tubuhnya. Setelah siap bersiap kakinya melangkah mengikuti Jessica dan diiringi orang ii gaji Mark ke ruangan makan.
Share this novel