Yoon berjalan terhuyung-hayang apabila roller coster itu selamat berhenti. June hanya tersenyum sinis melihat Yoon. Irene yang melihat Yoon yang berjalan terhuyung-hayang itu khawatir dan segera mendapatkan Yoon.
Irene memeluk Yoon dan membawanya duduk di kerusi yang disediakan di tempat keluar permainan roller coster itu.
"Yoon kau ok tak?? soal Irene cemas melihat Yoon yang pucat itu.
" Aku ok ja lah Irene cuma pening sikit.." jawab Yoon cuba untuk menutupi kelemahannya.
" Irene kalau kau nak tau sebenarnya Yoon ni penakut dengan tempat yang tinggi!" ujar June memercahkan rahsia Yoon.
" Aishh kau ni... Irene jangan percaya cakap dia ni.. June ni sengaja nak buat fitnah!"
Irene yang melihat keadaan itu cuba untuk tidak ketawa walaupun dia merasakannya kelakar kerana Yoon yang selama ini kelihatan macho itu takut dengan tinggi.
" Yoon kau ni bukannya nak cakap kau takut dengan tempat tinggi kalau tak aku tak buat lah challenge tu tadi!"
" Kau ni berapa kali aku nak cakap yang aku tak takut cuma aku pening sikit... Setakat roller coster tu no hal lah!" ujar Yoon lemah.
June hanya ketawa melihat Yoon yang masih cuba untuk menutupi rahsia yang bukan rahsia ini lagi.
Irene hanya tersenyum nipis. Timbul rasa bersalah dalam dirinya.
Flashback
"Ok challengenya siapa yang minum coca cola ni paling lambat dia kena naik roller coster tu sorang² tanpa penumpang lain." ujar Irene dengan senyuman senget dan mengangkat keningnya.
Masa di setkan di dalam Iphone 12 pro max Irene selama 60 saat. Tiga cup saiz large diletakkan di depan mereka bertiga. Senyuman menghiasi bibir June dan Irene. Tetapi lain pula pada Yoon yang kelihatan agak pucat kerana dia tahu dia akan kalah pada challenge. Dia yang tidak mengemarkan minuman bergas itu hanya pasrah kerana tidak mahu kelihatan lemah dihadapan Irene dan terutama sekali June yang memandangnya sinis dari tadi.
Masa dimulakan 60 saat pun berlalu mereka bertiga mula meminum air coca cola itu dan ditamatkan dengan Irene yang menghabiskan yang dulu dan seterusnya dihabiskan oleh June yang menghabiskan coca cola itu dengan membezakan masa mereka berdua hanya 5 saat.
Mereka berdua tersenyum senget saat mata mereka berdua bertemu dan mereka memandang Yoon yang masih terseksa menghabiskan airnya yang masih berbaki separuh. Tawa mereka melentus saat melihat Yoon yang tidak berpuas hati.
" Irene kau berpakat dengan June kan nak kenakan aku??" soal Yoon tak berpuas hati.
" Eihh suka hati ja tuduh aku! Ni kan challenge kau kalah so kau kena kotakan janji!" ujar Irene nakal mengenakan Yoon.
" Bro kau dah kalah so keep your word!" ujar June sambil tetsenyum sinis melihat wajah Yoon yang cemberut.
Yoon yang kalah dari challenge itu hanya pasrah apabila dia tiada cara untuk lari dari situasi itu dan untuk tidak menjatuhkan imejnya di hadapan mereka berdua.
Share this novel