Irene tersedar dari tidurnya apabila dia merasakan tangannya dipegang oleh seseorang. Ingatannya kembali mengingati memorinya yang hilang itu. Tangannya yang mengeletar itu cuba untuk merelaikan pegangan tangannya dari Yoon.
Yoon yang tersedar dari lenanya apabila Irene cuba merelaikan pegangan tangannya.
" Irene kau dah bangun!" ujarnya cuba untuk membuka matanya, menghilangkan rasa ngantuknya. Rasa mengantuknya lenyap serta- merta apabila melihat air mata yang membasahi muka Irene pada samar² malam itu.
" Irene kau kenapa? Kenapa kau nangis?"
"Aku...aku takut!!!.... aku..."
" Shhh jangan nangis aku ada.... Aku ada... jangan takut lagi ok!" pujuk Yoon sambil memeluk Irene.
"Aku takut akan hilang semua yang akan ada saat ini Yoon... Aku tak nak hilang semua ni... Aku bukan Irene.. Ya aku Anna... Anna Lee!" bisik hatinya. Tangis kian teresak².
" Shhh jangan nangis lagi... Shhh tidur balik ok... Everything will be ok... Tidur..." pujuk Irene.
Irene terpujuk dengan pujukan Yoon yang mengusap² belakangnya saat ini. Dia tertidur kembali.
Yoon yang melihat Irene tertidur kembali itu membaringkan Irene dalam keadaan yang selesa sebelum menyelimutkannya kembali.
" Irene kau kenapa? Jangan buat aku risau lagi! Aku sayang kan kau Irene.. Walaupun kita hanya sepupu tapi aku dah anggap kau macam adik aku.. Tolong lah jangan buat aku risaukan kau macam ni! Aku boleh gila Irene. Aku tak sanggup hilang kau lagi!" bisiknya perlahan sambil mengelap air mata di pipi Irene.
*********
Irene bangun pagi apabila jam loncengnya rancak berbunyi. " Argg beratnya kepala aku!". Irene memasukki bilik air untuk membersihkan dirinya. Di hadapan cermin dia melihat wajah yang sebam itu. Dia tersenyum kecil, kelihatan hampa.
" Irene? Anna indahnya hidup kau sekarang! Hidup atas identiti orang lain. Dikelilingi oleh orang² yang sayangkan kau. Pernuh dengan kemewahan dan kasih sayang. Padahal kau bukan Irene... Kau tu Anna manusia paling malang."
" Aku tahu aku bukan Irene tapi aku dah selesa dengan kehidupan aku sekarang. Hidup yang aku inginkan dipernuhi dengan orang² yang sayangkan aku... Aku cuma nak hidup sebagai Irene sekejap sahaja lagi. Sampai masa yang sesuai aku akan kembali menjadi Anna Lee manusia yang malang itu. Aku janji.." ujarnya perlahan sebelum mengusap wajahnya yang serabai itu.
Irene selesai membersihkan dirinya dan bersiap² ingin keluar berjumpa dengan June sebelum June kembali ke Korea esok pagi. Irene keluar dari biliknya dia melihat Yoon sudah pun siap memasak dan menunggunya sarapan pagi.
" Morning Yoon!" ucapnya sambil memeluk sepupunya itu. " Kau masak sarapan ka? Rajinnya kau harini!" ujar ceria.
Yoon yang melihat Irene kelihatan seperti tiada apa² itu hanya membiarkannya. Dia lega melihat Irene ceria semula. Hatinya tidak merisaukan Irene seperti semalam.
" Aku memang rajin pun cuma malas nak tunjuk! Ni kau nak pergi mana?" ujarnya saat melihat Irene sudah bersiap ingin keluar."
" Nak keluar date! Kenapa nak ikut ka?"
" Date dengan siapa? Siapa laki tu? Tak ada biar aku ikut sekali!"
" Elehh kalut lah kau... Tak boleh aku tak nak bawak kau... Semalam tak nak teman aku harini nak ikut pulak!"
" Pandai lah kau nak keluar sekarang... Semua lelaki kau luar sana kau tak boleh percaya... Dah kalau macam tu kau tak boleh keluar aku tak izin kan!" ujarnya tegas.
Irene hanya ketawa geli hati melihat mendengar kata² dari lelaki seperti Yoon nampak dingin tetapi sangat mengambil berat. " Kalau kau tahu aku bukan Irene mesti kau tak akan layan aku macam ni kan?" bisik hatinya sayu. Dia cuba menutupi perasaan sedihnya tidak mahu Yoon menyedari.
" Tak lah aku nak keluar dengan June! Esok kan dia dah nak balik. Semalam aku tak sempat nak jumpa dengan dia.... Tu lah sebab aku nak jumpa dengan dia..." ujarnya sayu cuba menagih simpati Yoon.
" Kau ni kan ada² ja kan!" ujarnya Yoon sambil mencubit hidung Irene.
" Auchh sakitlah!' jeritnya kecil sambil mengusap hidungnya.
" Dah jangan nak over sangat... Tunggu aku sekejap nak tukar baju... Kau tak abiskan makanan ni jangan keluar.." ujar Yoon sambil menunjukkan ke arah sandwich yang dibuatnya.
Irene hanya makan tanpa banyak bunyi. Dia tahu jika Yoon tidak benarkan dia keluar, dia tak boleh keluar jika dia melanggar arahan Yoon, kebebasannya akan ditarik balik.
Share this novel