Bab 64

Action Completed 20499

Irene mengosok² tangannya bagi mengeluarkan haba panas di tangannya. Suasana malam di bandar tokyo ini sangat indah di lihat dari rooftop kondominium yang didiami olehnya.

Fikirannya kembali mengingati moment² indah yang dirasakan siang tadi. Sungguh dia tidak menyangka June akan melamarnya. Walaupun dia masih tidak memberi kata putus tentang lamaran itu. June tidak seperti memaksanya dan memberi ruang kepadanya untuk membuat keputusan.

Kotak cincin di tangannya itu dibuka dan dibeleknya. Sangat cantik dan mewah rekaan cincin itu pandai June memilihnya bisik hatinya sambil tersenyum kecil.

Keluhan kecil kedengaran dari bibir mungilnya. " Entah sampai bila aku akan dilayan seperti seorang princess dan adakah selepas ini aku akan dilayan seperti sampah lagi!"

Flashback

"Woi perempuan malang!! Masih hidup lagi kan kau? Kenapa kau tak mati ja sekali dengan mak dengan ayah kau tu!" herdik Soo Ah kuat dan disambut dengan ketawa kuat rakan²nya yang seramai empat orang tu. Kedengaran sinis ketawa mereka itu.

Bibir Anna diketap kuat cuba untuk menahan air matanya dari jatuh. Dia harus kuat dan tidak kelihatan lemah di hadapan Soo Ah and the gang yang tidak habis² menganggu hidupnya.

" Apa masalah kau ni Soo Ah? Aku tak kacau hidup kau pun kan kenapa tak habis² nak ganggu hidup aku! Apa yang kau tak puas hati sangat?"

Soo Ah ketawa sinis mendengar kata² Anna itu. " Tak puas hati?? Kau ingat kau tu bagus sangat ka, sampai aku nak jeles dengan kau. Aku ni anak orang kaya bukan macam kau anak yatim.. piatu pulak tu! Dah lah tu nasib pulak malang!" herdik Soo Ah sambil menunjal kepala Anna.

Anna cuba menepis tangan Soo Ah yang menunjal kuat kepalanya. Sakit kepalanya tidak setanding dengan sakit di hatinya. Anna mengangkat tangannya untuk menampar wajah Soo Ah yang putih bersih tanpa jerawat itu. Walaupun wajahnya kelihatan innocent tetapi perangainya tidak ubah seperti syaitan.

kedebukkk badan Anna ditolak kasar ke lantai tandas yang sunyi tanpa pelajar lain hanya mereka berenam sahaja berada di situ.

Air mata yang cuba tahan dari tadi akhirnya tumpah jugak. Badannya sangat sakit bila ditolak kasar ke lantai tandas yang keras itu.

"Aloooo Anna menangis lah mesti sakit kan jatuh dekat lantai ni!" ujar Soo Ah yang kedengaran psiko di telinganya belum sempat dia mencelah kata² Soo Ah, Soo Ah terlebih dahulu menarik kuat rambutnya hingga mendonggak kepalanya melihat Soo Ah yang tersenyum sinis itu.

" Hoii perempuan lain kali jangan cuba tunjuk bagus depan aku! Lepas ni aku nak kau dengar semua arahan aku kalau kau cuba melawan aku akan pastikan sekolah ni jadi neraka untuk kau! Kau dengar tak?" bentak Soo Ah kuat sambil menguatkan lagi cengkaman di rambut Anna.

Anna meringis kuat hanya mampu menganggukkan sikit kepalanya sebagai isyarat.

" Eihh kau pekak ka tak dengar apa yang Soo Ah cakap!" bentak Min Ah apabila Anna tidak menjawab arahan Soo Ah. Tiga lagi kawan mereka berjaga di luar tandas bagi menghalang pelajar lain dari memasukki tandas.

"Faham...." sebut Anna lemah. Cengkaman di rambutnya dilepaskan.

" Soo Ah....." panggil Min Ah meleret " kau tak bau busuk ka... Aku rasa Anna ni mesti tak mandi lagi.. ya lah dia kan tak ada mak dengan ayah mesti tak mampu nak bayarkan bil air!"

Soo Ah tersenyum sinis dia dapat mengangak fikiran jahat Min Ah. " Bau jugak lah!" sambil menutup hidungnya dengan jari runcingnya.

Air kotoran diambil oleh Min Ah dan dia terus menjirus badan Anna yang meringkuk di lantai tu.
Splashhh habis basah badan Anna dengan air kotoran mop tu. Baldi dicampak kasar ke tepi badan Anna. Setelah berpuas hati dapat membuli Anna mereka keluar dari tandas itu dengan muka enjoy. Pintu luar tandas itu dikunci bagi menghalang Anna dari keluar.

Esakan dari bibir Anna kedengaran semakin lama semakin kuat. Badannya sakit diperlakukan sebegitu oleh mereka. Anna lantas bangun dari lantai dengan perlahan kerana badannya masih sakit ditolak. Rambut Anna kelihatan serabai.. bajunya jugak habis basah lencun akibat dari dibuli. Anna melihat dirinya di cermin sangat menyedihkan. Anna menangis lagi mengenangkan dirinya yang malang itu.

Setelah membersihkan diri dan mengeringkan bajunya. Anna melangkah ke pintu untuk keluar kerana rehatnya hampir habis. Waktu kelasnya hampir tiba. Dia mencuba lagi untuk membuka pintu itu tetapi hampa kerana pintu dikunci dari luar.

Anna terduduk ke lantai dengan lemah. " Soo Ah.. Min Ah kenapa korang kejam sangat dengan aku! Kenapa korang benci sangat dengan aku?" jeritnya cuba melepaskan perasaan sakit hatinya.

Endflashback
Wajah Irene kelihatan tegang mengingati kenangan lamanya ketika menjadi Anna sungguh berbeza dengan dirinya ketika menjadi Irene yang dilayan seperti seorang puteri raja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience