" Yoon kau kalau tak sihat kita balik ja lah.. Kita pergi kliniknya.." ujar Irene risau.
Yoon yang tidak mahu Irene kecewa itu hanya berpura-pura ingin berehat disitu dan menghalau mereka berdua dari situ.
" Aku ok ja lah... Kau dengan June pergi lah main-main lagi. Aku nak rehat sekejap." ujar Yoon sambil melentokkan kepalanya di meja kayu itu.
" Kau ni Yoon.. Kita balik ja lah rehat dekat rumah lgi selesa."
" Tak apa kau pergi ja lah main sampai puas dulu nanti kita balik." ujar Yoon malas.
June yang melihat Yoon yang tidak bermaya itu menarik tangan Irene untuk menghabiskan masa bersama-sama. Sudah lama dia tidak menghabiskan masa bersama-sama dengan Irene sejak dia sibuk dengan debutnya.
Irene hanya mengikuti langkah June sambil matanya tidak lepas melihat Yoon yang tidak bermaya itu. Irene sempat menitipkan pesan supaya Yoon menefonnya atau menelefon June sekiranya ada apa-apa yang berlaku.
****
June POV
Akhirnya dapat jugak aku berdua dengan Irene.. Ingatkan dapat date berdua dengan Irene tapi tak tahu pulak Yoon tu nak mengekori mereka berdua. June tersenyum bahagia apabila melihat wajah teruja Irene apabila mereka menaiki roda ferris. Sudah lama sejak dia dan Irene menhabiskan masa berdua kerana kesibukkan.
Irene POV
Dia tersenyum manis apabila matanya bertentang mata dengan mata hazel milik June. Terasa bahagia apabila menghabiskan masa dengan sepupunya itu. Walaupun dia tahu kebahagiaan ini hanya sementara.
Tiba-tiba roda ferris itu berhenti berputar di saat mereka berada di betul-betul di tempat yang tinggi. Irene yang terkejut dengan itu badannya mengeletar kerana keadaan berlaku secara tiba-tiba di saat dia berasa teruja. Keadaan yang kelihatan tinggi dari tanah itu membuatkannya rasa gayat.
June memandang ketepi dan melihat Irene yang kelihatan tertunduk. Dia merasakan badan Irene yang mengeletar itu lantas memeluk Irene dan mencium ubun-ubun Irene bagi menyalurkan kekuatan kepada Irene.
Irene juga membalas pelukan June dan memeluk June erat. Badannya masih mengeletar. " June aku takut!" ujar Irene terketar-ketar.
" Irene rilekss ok nothing gonna happend! Aku ada dengan kau ni.." bisik June di telinga Irene.
Tiba-tiba dengar bunyi tembakan bunga api di dada langit.
" Irene look bunga api tu.. Tak ada apa-apa pun yang berlaku!" bisik June memujuk. Dia sengaja mengarahkan pekerja di situ untuk menghentikan roda ferris itu si saat mereka berada betul-betul berada di puncak.
Irene yang terpujuk dengan pujukan June itu mengangkat wajahnya melihat di dada langit. Irene kelihatan terpukau dengan keindahan bunga api di dada langit itu. Irene teruja apabila melihat namanya dan June di dada langit.
" June always with Irene and I love you!" saat membaca tulisan itu Irene tergamam dan mencari anak mata June. June yang merasakan Irene merenungnya turut membalas pandangan itu. Irene merasa sebak.
" June...!" panggil Irene perlahan.
June tersenyum melihat Irene yang kelihatan tergamam itu.
" I'm serious Irene... be mine.." bisik June halus bagi memjawab persoalan di minda Irene itu.
Irene tidak tahu ingin berkata apa kerana merasakan semua berlaku secara tiba-tiba. Dia juga berasa terharu melihat kesungguhan June itu.
*****
Yoon yang melihat bunga api di dada langit itu hanya tersenyum nipis. Dia segera menghantar chat kepada June. Yoon tahu yang selama ini June mempunyai perasaan kepada Irene lebih dari sepupu.
" June aku balik dulu jaga Irene baik-baik... kalau apa-apa terjadi dekat Irene siap kau!" chat itu dihantar kepada June.
Share this novel