Bab 65

Action Completed 20499

Kedinginan malam kian terasa. Sedang Irene mengalamun jauh, ada sepasang tangan merayap memeluk pinggang dari belakang badannya.Bau perfume lelaki kuat dihidunya. Dia cuba merungkai pelukan erat di pinggangnya itu tetapi tidak berjaya. Irene meronta ingin dilepaskan kerana pelukan itu sangat erat.

"Hey rileks sis its me your handsome twin!" bisik Ryan halus di telinga Irene apabila merasakan rontaan kasar dari Irene. Mendengar bisikan Ryan rontaan tadi tidak lagi dilakukan.

Irene terkedu apabila mendengar bisikan dari Ryan dan menyedari orang yang mengejutkan lamunannya itu adalah Ryan. Irene memegang tangan Ryan dipinggangnya dan dia tersenyum bahagia apabila Ryan memeluknya. Walaupun dia tidak terlalu rapat dengan Ryan tetapi dia tetap sayang kepada kembarnya itu. Siapa sangka Ryan yang selalu dingin dengannya itu memeluk erat dirinya.

" Why you hug me Ryan?"
"Why.. tak boleh ka your twin hug you?"
"No lah... why you late?"
"Sibuk dengan kerja dekat pejabat! Abang kesayangan kau lah ni bagi banyak sangat projek dekat aku untuk uruskan! Btw kau tak rindukan aku ka Irene? hm" bisik Ryan lembut sambil mencium ubun² Irene sebelum melepaskan pelukan.

" Hm kau yang tak pernah datang sini tengok aku! Bukan kau suka ka aku duduk dekat sini jauh dari kau?" tanya Irene serkap jarang.

Raut wajah Ryan kelihat berubah mendengar kata² Irene.

Melihat wajah Ryan yang kelihatan berubah itu membuatkan Irene serba salah. Takut tiba² Ryan menolaknya dari rooftop bangunan ini. Dah lah bangunan kondo ni tinggi. Kalau jatuh mau mati katak.

" Sorry.... mesti kau terasa kan dengan aku kan Irene...!" ujarnya kesal sambil memeluk Irene lagi sekali.

Irene terkedu dengan sikap Ryan malam ni yang tersangat lain itu. Irene mengosokkan belakang badan Ryan sambil tersenyum.

" No lah... lagipun kau kan kembar aku tak kan lah aku nak terasa!"

Ryan melepaskan pelukan dan menatap mata Irene dengan kelembutan. Mereka berdua berbalas tantapan sebelum tersenyum manis.

" Irene lepas ni aku akan stay dekat sisi kau! Aku akan jaga kau dan menjadi bayang² kau... Aku janji!" ujar Ryan bersungguh sambil menaikkan tinggi tapak tangannya berikrar.

Irene tersenyum bahagia dengan kelakuan Ryan yang mencuit hatinya itu. Akhirnya Ryan dah tidak dingin lagi dengan dirinya.

Ryan mengusap lembut rambut Irene yang ditiup angin itu. " Irene esok kau free kan jom kita keluar date berdua tanpa diorang bertiga tu!" ajak Ryan dengan bersungguh.

Irene langsung bersetuju dengan ajakan Ryan.

*****

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memerhatikan mereka dari tadi.

****

Mereka bercadang untuk keluar awal pagi esok bagi mengelakkan tiga orang sepupunya itu turut menganggu mereka berdua menghabiskan masa berdua. haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience