Setelah bersarapan bersama dengan datuk mereka berdua naik ke bilik untuk berehat. Irene sempat memujuk datuk supaya merahsiakan keberadaannya. Datuknya hanya mengiyakan permintaan Irene tanpa banyak tanya.
Di bilik June......
" Woww cantiknya design bilik kau nampak sangat menarik!" ujar Irene teruja melihat bilik June yang sangat mewah itu.
" Bilik kau pun sama je lah... Dah lah pergi lah keluar aku nak tidur! Mengacau je lah!" ujar June yang tahan ngantuk di atas katilnya itu.
" Kalau aku tak nak keluar? " ujar Irene sambil berbaring di sebelah June cuba mengacau June.
" Suka hati kau lah! Dah sekarang aku nak tidur! jangan kacau.... kalau kau bising aku call abang Mike..." ujar June cuba menakutkan Irene.
" Aishhh kau ni kan! Okay fine aku baring sekejap ja kat sini.... sekejap lagi aku keluar " ujar Irene yang sedang berbaring di atas katil june sambil membaca buku cerita di atas rak sebelah katil June.
" Suka hati kau lah Irene" ujar June sambil terlelap kerana terlalu penat drive dan dia tidak cukup rehat kerana seharian berlatih menari dan vokal.
" Thankss June sebab selalu ada di sisi aku!" ujar Irene sambil mengusap rambut June sambil tersenyum sebelum keluar menuju ke bilik tidurnya.
Share this novel