Irene kembali ke rumah agam Mike dengan memandu sport car Audinya itu di garaj. Kenderaan sport milik Ryan dan sepupunya yang lain jugak kelihatan. Irene mematikan enjin keretanya dan turun dari keretanya.
Kendengaran suara dari arah swimming pool membuatkan Irene melangkah kakinya ke arah swimming pool bagi memastikan identiti pemilik suara itu."Siapa pulak yang guna swimming pool ni?"
Orang2 gaji berdiri di sekeliling kolam renang memegang tuala dan jubah mandi di lengan mereka. Mereka tersenyum dan menegur Irene apabila melihatnya memasuki kolam renang di halaman rumah agam itu. Irene hanya mengabaikan teguran orang gaji Mike itu dia tidak suka bercampur dengan orang gaji Mike yang suka mengampu dia itu. Matanya ralit melihat mereka bereempat.
Irene melihat Ryan, Yoon, Min dan June yang sedang berlumba berenang itu sambil tersenyum melihat gelagat mereka yang seperti kanak-kanak itu. Mereka hanya berpakaian seluar renang dan mendedahkan badan sasa mereka itu.
"Macam budak2 ja mereka ni... Ni kalau perempuan lain tengok ni memang tak lena tidur malam lah!"
June yang perasan Irene memerhati mereka sambil tersenyum kecil dari hujung pool itu segera memanggil Irene.
"Hoi kau buat apa sorang2 kat situ datang lah sini! Join kami!" ujar June sambil melambai tangannya memanggil Irene.
Ryan, Yoon dan Min yang perasan Irene yang berdiri di hujung pool itu jugak memanggil Irene.
"Sinilah kau buat apa kat situ! Kami tahulah badan kami ni seksi kau tak payahlah tengok jauh2 datang ja tengok dekat-dekat! Untuk kau kami bagi special" ujar Yoon nakal mengenakan Irene.
"Yer Irene untuk kau free ja! kau tak perlu bayar tengok show kitaorang! Untuk kau special datanglah sini cepat join kitaorang berenang!" tambah Min mengenakan Irene.
"Ke kau malu tengok badan kami yang sasa ni?" ujar yoon sambil mereka berempat ketawa besar berjaya mengenakan Irene.
Irene melangkah mendekati mereka, apabila dia rasa tercabar dengan ayat yang dilontarkan mereka.
" Hello siapa yang malu! Badan korang tu tak cukup seksi lah untuk tarik perhatian mata aku ni! Lain lah kalau korang tu ada 8 pack abs ni 6 pack ja kot"
" Wow boleh tahan ayat kau ni! kau tu kira beruntung tau dapat tengok show badan sasa kami ni! Kau cakap macam kau tu ada 8 pack abs..Atleast kitaorang ni ada pakej handsome sekali tau!" bidas Yoon mengenakan lagi Irene.
Irene yang kelihatan geram dengan ayat yang dilontarkan mereka, melangkah kaki kegeraman laju ke arah mereka . Sebelum Irene sempat melakukan sesuatu ke mereka. June cepat menolak badan Irene ke dalam swimming pool, tatkala Irene menghampirinya. Mereka berempat yang duduk di tepi pool itu melihat Irene jatuh ke dalam pool tersenyum kecil. "Padan muka kau kutuk kitaorang lagi!" ujar mereka.
Irene yang tidak sempat membuat apa-apa itu terjatuh ke dalam swimming pool. Irene berpura-pura lemas untuk membuatkan mereka terpedaya.Irene membiarkan diri dia tengelam dalam air untuk membuatkan mereka tertipu. Balasan sebab mengenakan dia.
"Irene!!!" June, Yoon, Min dan Ryan jerit mereka berempat apabila melihat Irene terkapai2 kelemasan. Mereka memanggil nama Irene dengan cemas sebelum mereka berempat terjun ke dalam kolam. Mereka kelihatan tertipu dengan lakonan Irene.
Ryan menarik badan Irene keluar dari kolam. Muka Irene kelihatan pucat. Mereka mengelilingi Irene dan memanggil namanya.
"Irene!! Bangun! tak lawaklah Irene! Tak kan lah kau tak boleh berenang... baik kau bangun sekarang sementara aku masih berlembut!" ujar Ryan risau melihat Irene yang pucat itu tak seperti berpura2 lemas.
June kelihatan risau turut memanggil nama Irene sambil melakukan cpr tekanan di dada Irene.
"Irene! Sorry aku tak sengaja! Aku cuma bergurau ja tadi...aku tak tahu yang kau tak boleh berenang, kalau tak aku tak tolak kau tadi." ujar June yang kelihatan serba salah itu sambil menekan dada Irene untuk memberi bantuan cpr kepadanya.
Irene yang menyedari lakonannya yang berjaya itu segera menolak badan June dengan mata yang tertutup. Nasib membelahi dia apabila mereka betul2 dekat dengan pool. June terkejut dengan keadaan itu tidak sempat membuat apa-apa dah jatuh ke dalam kolam. Mereka bertiga juga kelihatan terkejut dengan lakonan Irene sebelum mereka jugak ditolak ke dalam swimming pool.
Mereka berempat yang berada di dalam kolam itu merenung Irene dengan pandangan tidak berpuas hati kerana tertipu dengan lakonan Irene.
" Hahahaha....Padan muka korang tulah kenakan aku lagi kan!" ujar Irene nakal sambil ketawa melihat muka tidak puas hati mereka.
"June, Yoon, Min dan Ryan merenung kenakalan Irene sambil ketawa kecil.
"Ouh dah pandai berlakon eih sekarang! ujar June, Yoon dan Min dengan nada tidak puas hati.
Irene hanya menjelir lidah mendengar ucapan mereka.
Ryan jugak kelihatan tidak puas hati kerana dia yang tidak mengenakan Irene itu turut ditolak ke dalam swimming pool.
"Then kenapa aku pun kena sekali? Aku tak kenakan kau pun tadi?"
" Yelah dah kau tak tolong back up aku tadi! Kira kau pun berkomplotlah dengan diaorang.... so padanlah muka kau! ujar Irene nakal sambil menjelir lidah ke arah Ryan.
Ryan yang tidak berpuas hati itu segera memikir idea mengenakan Irene.
"Ok fine aku salah so sekarang ni tolong aku naik kat atas!" sambil menghulurkan tangannya ke arah Irene supaya membantu dia naik ke atas tepian pool.
Irene yang tidak tahu tentang plan nakal Ryan itu hanya menarik tangan Ryan untuk membantu abang kembarnya itu naik.
Ryan yang memegang tangan Irene itu segera menarik tangan Irene untuk masuk ke dalam kolam.
Mereka bertiga ketawa besar apabila melihat Ryan turut mengenakan Irene jugak. Ryan turut ketawa besar apabila rancangannya mengenakan Irene berjaya.
"Tulah balasan kenakan orang lagi! Padan muka kau Irene!" ujar mereka berempat dengan tawa yang masih tersisa di bibir.
Irene kelihatan tidak puas hati dengan Ryan apabila abang kembarnya itu turut mengenakannya. Irene lantas menepuk air kolam ke arah mereka berempat tanda memprotes. Mereka berempat turut membalas. Mereka berlima keasyikan berseronok tanpa menghiraukan masa yang berlalu. Hubungan Irene dan Ryan jugak kelihatan lebih membaik.
Share this novel