Irene kelihatan kekok berduaan dengan June di dalam kereta jujur hatinya agak terusik dengan lamaran June tadi. Sejujurnya dia jugak mempunyai perasaan terhadap June sejak peristiwa dia melarikan diri dari mansion Mike lagi tetapi dia cuba untuk tidak melayan perasaannya.. Seketika dia mencuri pandang ke arah June yang fokus memandu itu.
June yang perasaan dengan Irene memandangnya hanya tersenyum suka.
" Why curi² pandang aku?? Muka aku ni handsome sangat ka sayang?" ujarnya romantis cuba menyakat Irene.
Muka Irene kemerah-merahan bila terkantoi mencuri pandang June.. dan sayang? June panggil dia sayang atau dia tersilap dengar.. Bertambah berbahang mukanya apabila June memanggilnya sayang.. "Eihh Irene jangan perasanlah mungkin kau silap dengar tu" bisik hati Irene sambil menampar wajahnya.
June yang perasan Irene menampar manja wajahnya itu cuba menghalang dengan menarik tangan Irene ke ribanya sambil mengosok tapak tangan Irene..
" Janganlah ditampar muka tu sayang nanti bengkaklah muka kesayangan saya ni! tengok tu dah merah² dah... sempat dikerling ke arah wajah Irene yang kelihatan merah tu dan bertambah merah padam wajah Irene bila June dengan selamba mengusap wajahnya. June tersenyum lebar bila menyedari wajah Irene yang merah padam bila sedari tadi kerana dia.
Irene semakin tidak tentu arah dengan kelakuan selamba dan terlebih romantis June pada malam ni. Tetapi dia tidak dapat menyangkal perasaan terujanya bila diperlakukan romantis oleh June.
" Aishh ada² ja lah kau ni June." ujarnya mendatar cuba untuk tidak kelihatan dia berdebar dengan kelakuan June sambil dia cuba menarik tangannya dari genggaman June. Tetapi makin kuat genggaman June..Akhirnya dia hanya membiarkan kelakuan June itu sambil memandang ke arah tingkap melihat suasana jalan untuk menuju ke arah Restoran untuk mereka makan malam.
June tersenyum senang bila Irene tidak cuba untuk menarik tangannya lagi dan lagi menyenangkannya apabila Irene yang kelihatan menaruh perasaan suka terhadapnya. June menarik tangan Irene ke bibirnya lalu dicium sekilas.. Dia menoleh ke arah Irene yang sudah terlelap itu.
" Irene mulai hari ni aku akan buatkan semakin cintakan aku dan jatuh ke dalam dakapan aku.. Lepas kau dah jatuh ke dalam dakapan aku.. kau tak akan boleh lari dari aku.." bisik June perlahan sambil mengusap wajah dan rambut Irene itu. Mereka sudah sampai di hadapan lobi restoran itu.
Irene yang kelihatan nyenyak tidur sedikit terganggu dengan usapan tangan kasar June di wajahnya. Matanya terbuka sedikit melihat wajah June yang sangat hampir dengan mukanya. Tertolak sedikit badan June apabila dia tidak sengaja menolak badan June kerana terkejut. June hanya beriak biasa dan tersenyum manis ke arah Irene.
" Sayang kita dah sampai jom turun!" bisik June di telinga Irene.
Irene mengeliat kegelian apabila bibir June yang dekat dengan telingannya.
June tersenyum kecil dengan Irene yang malu² itu.
" Tak nak turun ka sayang atau nak kita sambung date dekat sini!" ujarnya cuba untuk menyakat Irene lagi.
" Ada² ja lah jom lah turun!" ujar Irene kalut.
Belum sempat dia hendak membuka pintu keretanya. Pintu itu sudah dibuka dari luar. Lebih memgejutkan apabila melihat wajah orang yang membuka pintu itu....
Share this novel