Part 29

Action Completed 20499

"Bagi meraikan hari lahir saya yang sudah lanjut ini pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga kepada tetamu yang hadir bagi menyambut hari lahir lelaki tua ini ujarnya cuba berseloroh saya ingin menjemput cucu² lelaki saya untuk berada di samping saya ujar Tuan Richard Park.

Mereka berempat bergerak ke atas pentas untuk memenuhi permintaan datuk mereka itu. Di tepi pentas mereka diserahkan hadiah yang mereka bawa untuk datuk mereka itu untuk diberikan sendiri hadiah kepada datuk mereka itu.

Irene hanya biarkan mereka berlalu ke arah pentas. Dia tahu identitinya cuba untuk dirahsiakan lagi mungkin fikirnya cuba positif.
Dia bersendirian saat itu.

Tatkala mereka berempat sudah berdiri di samping datuknya abang kesayangan jugak memunculkan diri di sebelahnya. Agak terkejut tatkala secara tiba² Mike muncul.

" Abang why are doing here? kenapa tak naik atas pentas?" tanya Irene sedikit pelik dengan kehadiran Mike tetapi sedikit lega kerana ada penemannya saat ini.

Mike hanya tersenyum mendengar pertanyaan Irene saat itu.

"Sebelum itu berdirinya saya saat ini, saya ingin berkongsi satu hadiah istimewa hari lahir saya tahun ini iaitu..... Cucu perempuan saya sudah kembali ke pangkuan saya semula!"

Semua tetamu terdiam mendengar kata² Tuan Richard Park. Mereka berbisik sesama sendiri sejak bila dia ada cucu perempuan yang hilang.

" Cucu perempuan saya yang merupakan kembar kepada Ryan!"

Mereka semua terkedu dengan kernyataan itu. Turut terkedu Irene dan mereka berempat.

Mike sudah menjangkakan keadaan ini mengambik tempat di sebelah Irene dan menarik tangannya menuju ke arah datuk mereka.

Irene masih lagi blank. Setelah sampai di atas pentas datuk mereka memeluk Irene di hadapan tetamu yang hadir.

Keadaan dewan sunyi seketika sebelum kendengaran lensa kamera ditekan memgambil detik² yang tidak disangka ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience