Bab 69

Action Completed 20499

Jumpa aku sekarang!!! ~Mike

Mansion Mike di tengah hutan Greenland ditujuinya. Kelajuan kereta sport nya dipandunya laju tanpa perasaan. Jalan raya yang sunyi itu menambahkan lagi meter kelajuan kereta sport nya itu..

***
Wajah tampannya itu dibelasah buat kesekian kali, tanpa belas kasihan. Rahangnya dicengkam oleh Mike kuat cukup untuk membuatkan mengerang kesakitan. Walaupun dibelasah tanpa belas kasihan itu tidak membuatkannya membalas tumbukan dengan Mike. Dia hanya merelakan.

Mike yang mencengkam rahang Ryan itu merenung wajah Ryan dengan pandangan membunuh. Wajahnya saat ini sangat menakutkan untuk membuatkan anak buahnya tidak berani mengangkat wajah mereka. Mereka hanya menunduk tatkala Mike membelasah adiknya itu.

" Ryan!!" panggil Mike dengan menekan nama ryan saat memanggil nama adiknya itu.

Ryan merenung mata Mike dengan pandangan mata yang layu saat namanya diseru. Penat dibelasah Mike dan hancur hatinya dengan pemergian kembarnya itu.

" Kau tahu sebab apa aku belasah kau???"

" Aku punca Irene mati!!" ujarnya dengan mata yang bergenang dengan air mata.

" Sebab kebodohkan kau kita kehilangan Irene tapi untuk pengetahuan kau kita cuma kehilangan Irene bukan disebabkan Irene mati tapi disebabkan dia diculik!!" ujarnya sambil melepaskan cengkaman di rahang Ryan.

Ryan tersentak badannya yang lemah tadi kembali segar tatkala mengetahui Irene masih belum mati..

" Apa yang berlaku sebenarnya??" soal Ryan sambil berdiri bertentangan dengan Mike.

Mike yang masih dingin itu menjawab segala persoalan Ryan. Mereka membincangkan perancangan mereka untuk mengembalikan Irene.

" Sekarang aku nak kau ambil tanggungjawab kembalikan Irene!!"

Maafkan abang menyebabkan peristiwa hitam itu kembali lagi sekali!

****
Flashback

" Aku tak nak ada sebarang kesilapan dalam rancangan kali ni!!! Kalau ada yang menyebabkan kesilapan aku tak akan teragak ii bunuh orang tu faham?" ujarnya tegas kepada anak buahnya.

Sejurus mendengar arahan dari Ryan anak ii buahnya keluar dari bilik kerja Ryan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi kepada mereka.

Mark merenung ke luar jendela biliknya menghadap halaman taman hijau miliknya itu. Mansion kediaman persendirian miliknya itu tersengam indah di tengah ii hutan miliknya. Jauh dari dunia luar dan dikelilingi anak ii buahnya yang sentiasa berkawal di keliling mansion nya.

" Irene lepas ni kita akan bersama semula tanpa gangguan dan kau akan jadi milikku selamanya!!" ujarnya sambil tersenyum bahagia dan ketawanya terletus tatkala membayangkan hidupnya dengan Irene akan kembali bersama seperti waktu dulu.

Mark merancang menculik Irene dengan menukar badan Irene dengan wanita yang diubah wajahnya menyerupai Irene. Jangka hayat wanita itu juga mungkin tidak lama. Selepas dari kematian wanita itu mereka tidak akan tahu yang Irene sebenar ada dengan dia.

Mark tersenyum sinis memikirkan kerjayaan yang akan dicapainya.

Mark vs June mana satu yang sepatutnya jadi hero hehe.... Vote akan diambil kira untuk hero Miss Mafia huhu...:|

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience