Kelihatan sepasang mata merenung tajam melihat ke arah Irene yang sedang berjalan ke mejanya itu.
Irene memasuki kelasnya dengan senyuman manis di bibir. Irene tersenyum kecil apabila menyedari Mark merenung tajam ke arahnya. Irene terus duduk di mejanya.
Irene membaca kertas note yang dilekatkan di dalam buku notnya yang tertinggal di bawah mejanya itu.
"Jumpa Aku dekat rooftop time rehat ni??....'M' "
" 'M'? Mark!! mamat ni nak apa nak jumpa aku?" bisik hatinya dan lantas menoleh ke arah Mark.
Mark merenung ke arah Irene apabila menyedari Irene menoleh mukanya melihat dia. Mark membisik ke arah Irene "Jangan lupa sayang"
Tanpa disedari ada mata yang memerhatikan mereka dengan pandangan yang tidak puas hati.
Puan Lily yang memasuki kelas itu lantas menyedarkan Irene yang sedang memandang ke arah Mark itu.
"Nak apalaa mamat ni Aku tahu lah Aku ni cantik! Haishhh susah betul lah jadi cantik ni ada saja orang nak kacau! nak pergi ke tak.. .. kalau tak pergi nanti curious pulak" bisik hati Irene.
*******************************
Waktu rehat yang ditunggu-tunggu~~
Irene menaiki tangga ke rooftop bangunan utama setelah membuat keputusan untuk berjumpa untuk memberi amaran kepada Mark supaya tidak menganggunya lagi. Kelihatan dua orang lelaki sedang menjaga pintu saat Irene memasuki rooftop itu
"Ni mesti dua orang gang Mark yang disebut Airen haritu" bisik hatinya
"So kau Irene kan? tanya Daniel dingin bagi memastikan identiti perempuan itu.
"Yes Aku Irene"
" Hi Irene! kenalkan aku ni Haru dan ni Daniel kami ni kawan baik Haru!" ucap Haru yang kelihatan ramah memperkenalkan dirinya.
"Ouhh ok! Aku Irene! Btw mana Mark?" ujar Irene segera yang malas melanjutkan perbualan dengan mereka berdua. Misinya sekarang adalah memberi amaran kepada Mark supaya berhenti menganggu dia.
"Mark tunggu kau dekat hujung koridor tu!" ujar Haru sambil menunjukkan arah keberadaan Mark. Apabila Irene telah pergi ke arah Mark, Haru segera keluar bagi menjaga pintu supaya tiada pelajar yang mengacau plan Mark dan Daniel bersiap sedia mengeluarkan kamera dslr seperti plan Mark.
Irene terus menuju ke arah yang ditujukkan oleh mereka tadi. Irene langkah menuju ke arah itu dan menyedari kawasan itu agak tersembunyi dan agak sunyi untuk disedari oleh pelajar lain jika terjadi sesuatu.
" Damn it ! Aku dah masuk perangkap ka?" bisik hatinya.
Kendengaran suara Mark dari arah belakangnya mengejutkan Irene. Mark memunculkan diri apabila menyedari Irene telah memasuki perangkapnya.
"Hai sayang rindu Aku tak"
"Rindu! kau? Kau siapa? Aku kena rindu kau? and please stop call me sayang! Geli lah dengar perkataan tu" ujar Irene yang kendengaran agak menjengkelkan itu.
" Sampai hati sayang cakap macam tu! Seriously I'm miss u so much dear !" ujar Mark sambil mendekatkan badannya dengan Irene.
" Hati aku memang tak sampai pun kat kau! Dan tak payahlah kau nak rindu aku dan kau tak perlulah susah-susah panggil aku datang sini lagi next time sebab ni first and last time aku datang jumpa dengan kau" ujar Irene dingin
Mark cuba untuk bertenang mendengar kata-kata dingin dari mulut Irene.
" So kenapa kau nak jumpa aku kalau tak ada apa-apa aku pergi dulu!" ujarnya yang berkira-kira hendak melangkah pergi itu.
"Aku nak kau jadi milik aku "
Langkah Irene terhenti mendengar kata-kata Mark itu.
" Aku rasa kau ni memang betul dah gila la macam rumor yang tersebar tu" ujar Irene yang agak kasar sebelum bergerak hendak meninggalkan Mark.
"Ya aku memang dah gila!... Aku gilakan kau Irene! bisiknya sambil tersenyum sinis mendengar kata-kata dingin Irene tadi.
Sedang Irene berjalan melintasi Mark, Mark segera menarik lengan Irene dan menolak badan Irene ke arah dinding balkoni.
" Kau nak atau tak nak kau tetap akan jadi milik aku! " ujar Mark dingin sebelum Mark membenam bibirnya mencium bibir Irene yang melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya itu.
Daniel segera mengambil gambar mesra mereka menggunakan kamera dslr seperti yang diarah oleh Mark tanpa disedari Irene.
"Nice" ucapnya.
Irene yang terkejut dengan perbuatan Mark tu segera menolak badan sasanya. Terasa ada cecair di bibirnya itu.
" Darah! Tak guna! Aku benci Kau!" ujar Irene sambil mengelap darah di bibirnya itu dan berlari menuju ke pintu keluar.
Mark berpuas hati dengan mengunci bibir Irene dengan bibirnya itu. Dia berpuas hati memberi pengajaran kepada bibir manis Irene itu.
" Irene walau macam mana sekali pun aku akan tetap akan dapatkan kau! Sebab kau tetap milik aku! dulu kini dan selamanya." bisiknya perlahan sambil tersenyum sinis.
Haru dan Daniel menepuk belakang badan sasa Mark.
"Bro semua berjalan sesuai dengan rancangan kau, ni gambar mesra kau hasil dari rancangan kau!" ujar Daniel menujukkan hasil tangkapan dslr kepada Mark.
Mark segera melihat gambar yang telah di ambil menggunakan kamera dslr itu. Dia kelihatan tersenyum, berpuas hati melihat hasil tangkapan gambar itu.
"Kau nak buat apa dengan gambar ni?" tanya Haru yang kelihatan pelik dengan kawan baiknya itu.
" Aku nak bagi dia pengajaran sebab mulut dia yang celupar tu! dan jadikan ni tiket untuk dia jadi milik aku semula!" ucap Mark yang kelihatan bertenaga itu.
" Nasib kaulah Irene! kerana mulut badan binasa!" bisik hati mereka sebelum tersenyum ke melihat Mark yang kelihatan senang itu.
Irene menuju ke arah tandas bangunan utama yang menempatkan kelasnya itu bagi membersihkan bibirnya itu.
Di hadapan cermin di melihat bibirnya yang dibersihkan dengan air itu.
" Tak gunalah kau Mark! Aku akan balas balik perbuatan kau ni!" janji Irene yang kelihatan geram apabila first kissnya itu diambil Mark.
Irene mendengar suara seseorang yang sedang merayu- rayu sayup-sayup kendengaran di hujung tandas. Tandas pelajar yang agak besar ini boleh memuatkan sepuluh orang pada satu-satu masa. Jika sesuatu terjadi agak sukar untuk orang di luar tandas mendengarnya.
Irene mencari- cari arah datangnya suara itu. Irene menyedari suara itu datang dari tandas hujung dari belakang dinding yang dia berdiri.
Irene cuba mengitai dari tepi dinding penghadang tandas dengan bilik air yang dia sedang berdiri itu.
"Tolongggg... tolonglah jangan buli saya lagi Airen! Saya janji! saya tak akan buat perkara yang Airen tak suka lagi!"
"Perkara yang aku tak suka? Kau tak tau perkara yang aku tak suka? Tak kan?" ujarnya sambil menarik rambut pelajar perempuan itu.
"Sakit....sakit....sakit Airen tolonglah kesian kan saya." ujar pelajar itu yang sedang merayu dalam kesakitan itu.
"Hati aku lagi sakit kau tau tak? tengok Irene perempuan yang perasan bagus tu! Kalau kau nak aku berhenti buli kau.. Aku nak kau buat sesuatu dekat seraya berbisik di telinga pelajar malang itu."
Irene kelihatan agak terkejut segera mengeluarkan smart fonnya dan mengambil video Airen dan Mell, sebelum melangkah ke arah tandas utama hadapan dan membuka pintu tandas itu dengan kuat bagi mengejutkan Airen dan Mell yang sedang membuli pelajar itu.
Idea itu membuahkan hasil, apabila Airen dan Mell kelihatan terkejut dengan kehadiran pelajar ke tandas itu. Mereka segera keluar dari tandas menuju ke kelas untuk kelas yang seterusnya.
Irene melihat mereka berdua keluar dari tandas. Sebelum memerhati identiti pelajar malang itu.
"Airen! Mell aku dah agak sesuatu yang pelik tentang korang berdua!" sambil memikirkan pelajar malang yang dibuli mereka itu.
"Jessica! patutlaa aku tengok kau semacam ja! rupanya kau badut sekolah ni! sambil memikirkan plan yang akan dibuatnya untuk memberi pengajaran kepada Airen. Irene segera kembali ke kelas untuk kelas yang seterusnya.
p/s badut sekolah tu maksud dia adalah pelajar lemah yang dijadi target pembuli sekolah.
Share this novel
test_account