Part 54

Action Completed 20499

2 tahun sejak peristiwa Irene dan Mike berlaku kini hubungan mereka kian baik. Atas faktor keselamatan Irene, Irene dihantar berpindah di Jepun bersama dengan Yoon bagi melanjutkan pelajaran mereka berdua di sana. Tanpa pengetahuan Irene, Mike telah menghalangi Mark dari dekati Irene lagi.

Flashback~~

Di restoran mewah yang telah disewa oleh Mike.

" Aku nak kau jauh kan diri kau dari Irene Mark! Aku tak nak peristiwa hitam dulu berlaku lagi. Kalau kau nak Irene bahagia lepaskan dia."

" Kalau aku tak nak? Kau tak boleh pisahkan kami! Kau tahu kan Mark perjanjian dah dibuat dibuat sejak kami berdua kecil lagi! Kau tak boleh mungkiri janji! "

" Kau akan menyesal kalau kau tetap berdegil Mark! Aku tak akan pertaruh kan nyawa Irene lagi sekali disebabkan perjanjian bodoh tu Mark! Demi Irene aku sanggup buat apa sahaja!"

Mark tersenyum sinis mendengar kata² dari ketua mafia di hadapannya saat ini.

" Sembunyikan dia dari pandangan aku Mark! Kalau aku jumpa dia, aku akan pastikan aku tak akan lepaskan dia lagi.. Walaupun terpaksa hapuskan kau Mike!" ujarnya tegas sebelum berlalu meninggalkan Mike dengan perasaannya yang bercampur baur.

End flashback~~

" Oii Yoon!!! Kau ni tak habis² dengan eksperimen bosan kau ni! Bila kau nak keluar enjoy tengok permandangan dunia luar yang indah ni?" ujar Irene ceria.

Moodnya kini sudah tidak moody lagi. Dia kini lebih ceria dan ramah dengan sesiapa sahaja disini. Jauh dari Korea dan hidupnya sudah tidak dikawal lagi. Irene juga kini merupakan pelajar di universiti terkenal tokyo dan mudah didekati oleh orang sekeliling.

" Tak nak! Aku nak habiskan eksperimen ni dulu! Kau keluar lah dengan kawan² kau... Aku...." ujarnya sebelum dipotong kata²nya oleh Irene.

" Alaa Yoon jom lah tengok konsert Tokyo June! Aku ada 2 tiket ni... June suruh paksa kau datang kalau kau tak nak datang nanti dia marah!" ujarnya cuba memujuk.

" Sejak bila kau ni kisah June tu marahkan kau! Alaaa pergi je lah sendiri. Malaslah"

" Ok fine... Lepas ni aku tak nak ajak kau dah... Kalau kau nak mintak tolong aku menyamar jadi girlfriend kau lagi aku tak nak tolong."

" Aikk yang kau tolong tu sebab upah aku dan Min tolong settle perempuan duaorang tu. Buat² lupa pulakk."

" Haishh menyampah lah dengan kau ni Yoon macam katak bawah tempurung. Asyik dengan eksperimen kau ni ja. Ok fine aku pergi sendiri."

Irene mengingati kembali saat dia kembali ke rumah agam Mike dua tahun lepas Min dan Yoon sangat risau tentang keadaannya yang menghilangkan diri secara tiba². Mereka berdua telah settle kan dua rakan sekelasnya dulu dengan mempermainkan perasaan mereka berdua dan mempermalukan internet dengan menyebarkan gambar² senonoh mereka dan video² buli mereka sehingga mereka sudah tidak berani lagi kembali ke sekolah itu. Dan tanpa pengetahuan Irene mereka berdua jugak telah merempat di jalanan kerana keluarga mereka telah muflis dikerjakan oleh Mike. Kini mereka berdua telah sebatang kara mungkin sudah menjadi call girl di kelab malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience