Part 22

Action Completed 20499

Mereka berdua tersenyum kecil melihat gelagat Irene yang comel itu.

" Baik aku setuju tolong kau tapi sebagai balasannya nanti aku nak kau buat sesuatu untuk aku sebagai balasannya nanti! " ujar Min.

" Aku pun setuju tapi aku pun ada syarat jugak kalau kau setuju kira aku akan buat kan diorang menyesal untuk teruskan hidup dalam dunia ni!"
ujar Yoon jua nadanya kendengaran lebih tegas.

" Eiii korang ni tak ikhlas betul lah tolong aku! Okay fine aku setuju walaupun aku tak tahu syarat korang tu tapi sebagai syarat aku pulak aku nak korang rahsia kan hal ni dari semua orang!"

" Okay deal! " ujar mereka berdua serentak.

" Kau ada gambar diorang tak? " ujar Min tak sabar.

" Aku tak ada gambar diorang tapi aku ada video diorang buli budak kelas aku! Nanti aku send video tu kau korang nanti kau tahu kan nak buat macam mana nanti kan?" soal Irene.

" Kau tak perlu risau pasal hal tu biar kitaorang settle kan nanti!"

" Btw aku cop perempuan tomboy tu dulu Yoon kau ambil perempuan karisma sangat tu! Aku nak cabaran " ujar Min dengan penuh keyakinan.

" Okay aku ambil perempuan karisma tu! "

Irene melihat mereka berdua berselang-seli dengan senyuman dibibir. Dia memeluk mereka berdua kerana teruja dengan sikap prihatin mereka berdua kepadanya. Mereka hanya membiarkan kelakuan Irene.

" Siapa pun perempuan tu aku akan pastikan diorang menyesal hidup dekat bumi ni! Aku pastikan dunia akan jadi neraka untuk diorang!" bisik hati mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience