Irene yang telah bersiap memakai pakaian seragam sekolah, melihat wajahnya yang cantik berseri itu di cermin biliknya.
Mata bulat, bulu mata lentik, hidung mancung, bibirnya yang merah merekah dan anak mata yang yang berwarna hazel itu pasti akan menarik perhatian siapa sahaja yang melihatnya.
Irene tersenyum puas melihat rupanya yang dipakaikan mekap nipis itu. Irene mengambil beg galasnya yang tergantung itu terus keluar menuju dengan mood yang bahagia ke arah meja makan.
Orang- orang gaji Mike setia berdiri di meja makan yang panjang itu bagi memudahkan mereka melayan tuan mereka. Orang-orang gaji segera menegur Irene apabila menyedarinya menghala ke arah meja makan. Orang gaji yang bertanggungjawab melayan Irene menghidangkan roti bakar di pinggan Irene.
Kelihatan Ryan dan sepupu-sepupunya itu telah berada di meja makan sedang menikmati makanan itu mengangkat wajah mereka melihat Irene.
"Hey Little Princess" tegur mereka dengan senyuman manis di bibir mereka, seperti tiada apa- apa yang berlaku semalam.
Irene membalas senyuman ke arah mereka dan mengambil tempat di sebelah Min.
"Sleep well last night?"
Mereka tersenyum kecil mendengar pertanyaan Irene.
"So Irene! kau nak aku hantar kau pergi sekolah tak hari ni? Pemandu peribadi kesayangan kau tu cuti hari ni!" tanya Yoon yang sentiasa mengambil berat tentang Irene itu.
"No need! lagipun sekarang aku dah ada kereta aku sendiri dan aku tak nak ada orang yang tahu kita berhubungan." ujar Irene yang kendengaran sedikit tegas.
" Aku ni tak cukup handsome ka sampai kau tak nak orang tahu yang kita berhubungan? tanya Yoon dalam nada yang kecewa.
"Sebab kau tu handsome sangatlah aku tak nak kau hantar! Nanti tak pasal- pasal ada peminat kau datang serang aku dah la kau tu trainee idol" jawab Irene dalam nada yang bersahaja, sambil menyuap makanan yang dihidangkan di pinggannya itu.
"Ya.. ya lah tu!" ujar Yoon ujar sambil tersenyum.
"Dah-dah lah tu korang ni! Dah lewat dah ni tunggu korang ni habis bergaduh sampai esok pun tak habis!" ujar Ryan.
"Acah ja kau ni Ryan! macam lah kau pernah datang awal !" ujar June
"Daripada kau! Nama ja Ketua Pelajar! Attitude ke laut!
" Dah stop!! Dari korang terus bergaduh lebih baik kita gerak sekarang ! Nanti tak pasal - pasal makin lewat." ujar Min
Hubungan mereka yang rapat itu, menghidupkan suasana rumah agam mewah yang terletak di atas bukit di pinggir bandar Seoul itu.
Mereka terus bergegas ke garaj mewah banglo yang menempatkan sport car mewah mereka. Ryan, Min, June dan Yoon memandu kereta sport mewah mereka keluar dari garaj ke George International High School, manakala Irene memandu kereta sport Audinya ke Camelia International High School.
Mereka terpaksa berpisah sekolah dengan Irene atas arahan Mike, yang tidak mahu identiti Irene diketahui publik lagi kerana risau musuhnya mengetahui kewujudan Irene. Keadaan masih berbahaya untuk Irene buat masa ini. Mike terpaksa menunggu Irene sehingga betul-betul telah bersedia dengan dunia dia yang baru ini.
Share this novel