Bab 67

Action Completed 20499

Ryan terduduk lemah di kerusi di hadapan bilik kecermasan itu. Badannya mengeletar teruk kerana Irene berada di bilik kecermasan itu. Sungguh dia berasa sangat bersalah kerana sepatutnya dia yang berada di dalam bilik itu bukan Irene. Dia berasa sangat gagal menjaga Irene dan gagal memenuhi janjinya keatas Irene.

Irene tolonglah kuat...Jangan tinggalkan aku kalau apa² jadi dekat kau aku tak pasti kalau aku boleh teruskan hidup aku lagi... Rasa serba salahnya kian menjadi apabila mengingati layanan buruknya ke atas Irene dulu. Sungguh dia rasa dia tidak layak menjadi kembar Irene. Dia kembar yang gagal.

Irene please.... sambil mengengam kuat tapak tangannya.

Kelihatan tiga orang sepupunya menghampirinya. Matanya yang kabur dengan air mata itu hanya mampu tertunduk. Tidak mampu menghadapi sepupunya.

Kolar bajunya ditarik sebelum tumbukkan padu dilepaskan di wajah Ryan yang basah dengan air mata.

" Kau memang tak guna lah Ryan!!!!" jerit June tumbukkan keduanya dilepaskan lagi. " Kalau aku tahu akan jadi macam ni aku tak biarkan Irene tu keluar berdua dengan kau!" tumbukkannya dihayunkan lagi belum sempat ke wajah Ryan badannya ditolak menjauhi Ryan.

" June kawal emosi kau... aku tahu kau risau dengan keadaan Irene tapi kau kena ingat Ryan pun mesti tak nak semua ni terjadi!" ujar Yoon kasar.

" Tak nak semua ni terjadi eihh kau lupa ka! Laki depan kau ni ego dia mana pernah suka kehadiran Irene selama ni.. kalau aku tahu dia ni tak dapat lindungi Irene aku tak akan biarkan dia keluar berdua... bentak June... Ryan kau dengar sini kalau apa² jadi dekat Irene aku tak akan biarkan hidup kau aman!" ujarnya sebelum melangkah keluar

Ryan hanya terbaring lemah di lantai sebelum dipapah oleh Min duduk di kerusi.

Yoon meraup kasar rambutnya. Serabut dengan keadaan ini. Irene tolong lah kuatkan diri kau.. Aku tahu kau kuatkan bisik hatinya sambil memerhati pintu bilik kecermasan di hadapannya.

*****

Pintu bilik kecermasan dibuka kelihatan seorang doktor muda keluar dari bilik itu dengan wajahnya kusut.

" Siapa dekat sini waris cik Irene?"

" Saya kembar kepada Irene.. Doktor macam mana dengan keadaan kembar saya tanya Ryan dengan suara yang serak.

" Maafkan saya tuan muda tapi keadaan cik Irene sangat teruk kerana hentakan di kepalanya sangat kuat dan ini kali kedua hentakan di kepalanya itu terjadi. Harapan cik Irene jugak sangat tipis untuk terus hidup!" ujar doktor muda itu dengan serba salah.

Mereka bertiga terduduk lemah apabila mendengar kata² doktor muda itu. Irene... bisik hati mereka butir² air mata jatuh sedikit di wajah mereka. Kesal pun tiada guna.

****

Irene ditempatkan di bilik ICU. Ryan memasukki ruang ICU dengan wajah yang sembap. Wajah irene yang berbaring di katil icu itu sungguh tenang seperti sedang tidur.

" Irene bangun lah please... aku tahu selama ni aku dingin kau... aku abaikan kau.. aku mintak maaf tapi tolonglah jangan tinggalkan aku.. Aku sayangkan kau! " ujarnya dengan nangis tersedu.

Ryan mengangkat wajahnya mencari tangan Irene. Tangan Irene digengamnya.

Irene kau tahu tak kenapa aku dingin dengan kau dulu... sebab aku ingatkan kau bukan Irene yang sebenar..Aku ingatkan Mike ambil kau sebagai pengganti Irene disebabkan rasa bersalah dia keatas Irene atas kecuaian kami yang gagal lindungi kau. Waktu tu aku ada dekat luar negara dengan datuk. Kau dengan Mike dekat korea.
Mike abaikan kau kerana sibuk dengan pelajarannya.

Tetapi kau selalu habiskan masa dengan Mark. Kau kenalkan Mark.. Ya Mark dekat sekolah lama kau tu! Mark tu sebenarnya kawan kau masa kecil. Aku pun tak berapa kenal dengan dia disebabkan aku dengan sepupu kita yang lain ada dekat luar negara.Tapi kau dengan dia sangat rapat sehingga lah kau hilang masa bermain dengan dia dekat hutan.

Ya Mark tu lah punca kenapa kita terpisah. Waktu kau hilang tu kami semua dah hilang harapan sebab mustahil budak perempuan kecil mampu bertahan di dalam hutan seorang diri. Aku percaya kau dah mati! Maafkan aku Irene aku bodoh.. Baru sekarang kau tu kembar aku yang sebernar bukan pengganti Irene. ujar Ryan pernuh penyesalan.

Tanpa dia sedari sepupunya² mendengar rintihan dia dari awal. Mereka masuk ke dalam ICU dan menepuk belakang badannya cuba memberi semangat.

" Ryan... aku tahu Irene kuat dia tak akan tinggalkan kita semua...!" ujar Min yakin dengan Irene tidak akan tinggalkan mereka.

Share this novel

Fatiha031422
2021-05-01 15:34:08 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience